![]() |
Datuk Takiyuddin Hassan |
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai isu tersebut dalam mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di JKR 10 di sini malam ini.
Beliau berkata, Pas dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain untuk kepentingan politik biarpun parti yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu telah menerima ahli Pas yang disifatkan sebagai 'pengkhianat'.
“Sehubungan dengan itu, Pas menegaskan bahawa Pas mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR.
Mengikut keputusan muktamar kita mengekalkan kerjasama dengan PKR tetapi mengesahkan hubungan dengan DAP terputus, yang memutuskan hubungan ialah DAP, kita hanya mengesahkan.
“Pas buat masa ini kita bersama dengan PKR bukan bermakna kita tidak boleh bergerak sendiri tetapi dalam suasana sekarang kita mempunyai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR dan PKR pun nak bekerjasama dengan kita, jadi tidak ada masalah.
“Kedudukan (Pas dalam kerajaan negeri) di Selangor tidak ada apa-apa, itu atas kerjasama kerajaan, wakil Pas memberikan keyakinan kepada Menteri Besar dan Exco dalam kerajaan negeri, Pas, PKR dan DAP akan bekerjasama atas dasar kerajaan untuk rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Hari ini, dalam sidang meja bulat Pakatan 2.0, parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP bersetuju untuk menubuhkan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sebelum ini turut dianggotai oleh Pas.
Malah Pas juga turut 'memboikot' sidang meja bulat tersebut. Sebelum ini, PKR menerima dua tokoh Pas iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib menyertai parti itu.( Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 7.19 am on September ,23,2015.
No comments:
Post a Comment