Monday, September 7, 2015

Perhimpunan Melayu terbesar

Himpunan Rakyat Bersatu bukti penyatuan Melayu


Maisarah Sheikh Rahim :7 September 2015 1:38 AM

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Himpunan Rakyat Bersatu yang akan diadakan pada 16 September ini akan menjadi perhimpunan orang Melayu terbesar membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300,000 orang. Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia,

Datuk Jamal Mohd Yunus
Datuk Jamal Md. Yunos berkata, sebanyak 500 pertubuhan Melayu di seluruh negara telah menyatakan komitmen dan kesediaan untuk bersatu dalam perhimpunan tersebut.

 Jelas beliau, mereka akan berhimpun secara aman di lokasi tertentu seperti Bukit Bintang, Petaling Street dan kawasan sekitarnya sebagai membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik masing-masing.

“Walau dengan apa kekangan dan halangan, sekali pun ribut, hujan atau gempa yang berlaku, perhimpunan ini tetap akan berlangsung.

Kita mengucapkan ‘terima kasih’ kepada perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana dengan adanya perhimpunan itu yang banyak membawa slogan penghinaan kepada pemimpin Melayu, me­nyebabkan orang Melayu hari ini bersatu hati menyertai perhimpunan pada 16 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamal, tidak ada sebab mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa untuk menggagalkan atau menghalang perhimpunan tersebut kerana perhimpunan Bersih 4.0 yang diisytiharkan haram juga tetap diadakan walaupun jelas sekali mahu menganggu sambutan Hari Kebangsaan.

Tambahnya, keluhan dan aduan peniaga Melayu di kawasan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka supaya tidak diadakan perhimpunan Bersih kerana menganggu perniagaan mereka juga tidak pernah dihiraukan.

Katanya, selama ini orang Melayu begitu bersabar walaupun maruah mereka dicabar dengan penganjuran Bersih 1,2, 3 dan 4 yang penyertaannya dikuasai penyokong DAP.

 “Selama ini kita berdiam bukan bermaksud kami tidak marah tetapi kita mendengar arahan pihak berkuasa semata-mata mengikut undang-undang untuk tidak melakukan protes.

“Namun kali ini, kami tidak akan tunduk lagi, kami tetap akan berhimpun. Banyak laporan polis dibuat terhadap perhimpunan ini termasuk oleh pemimpin DAP.

“Kita nak bertanya kenapa mereka perlu khuatir sedangkan perhimpunan Melayu ini dicetuskan daripada tindakan mereka sendiri menganjurkan Bersih yang kotor, yang banyak menghina orang Me­layu,” katanya.(Utusan online-).Posted by abnmulya / Hj.Baaklar ninggal.blogspot.com.at 1628 hrs on September 07.2015.

No comments: