![]() |
Datuk Jamal Md..Yunos |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata, Jamal ditahan kira-kira pukul 8.50 malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Menurut beliau, Jamal ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah (KAJ) iaitu cubaan mencetuskan huru-hara. “Ya, pihak kami telah menahan beliau di IPD Ampang Jaya,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Terdahulu, Jamal hadir ke IPD Ampang Jaya kira-kira pukul 7.30 malam bagi membantu siasatan berhubung 17 laporan polis terhadap pelbagai fitnah di media sosial mengenai beliau.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 105 KAJ terhadap mana-mana individu yang cuba mencetuskan huru hara di Jalan Petaling, di sini.
Perhimpunan di Petaling Street itu akan diadakan esok bertujuan membantah kehadiran warga asing yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.( Utusan online-).Posted by abnmulya hj,bakar ninggal.blogspot,\com.at .04 am on Septembe 26,201.
No comments:
Post a Comment