Dia melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video terbaharu yang menjadi viral di Facebook dan Twitter selepas disiarkan oleh laman Facebook ‘Barisan Merdeka’ hari ini.
“Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya.
Sirul Azhar memberitahu, dia mengerti tentang kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan individu tertentu.
Walau bagaimanapun, Sirul Azhar menegaskan, dia tidak pernah diajar dan diasuh untuk memfitnah orang lain.
“Adalah dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu,” jelasnya.
Rakaman video berdurasi 54 saat itu merupakan pengakuan ketiga Sirul Azhar berhubung isu kes pembunuhan Altantuya yang disebarkan melalui media sosial.
Pada 21 Januari lalu, Sirul Azhar melalui rakaman video pertama menyuarakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah individu lain.
Sementara itu, melalui rakaman video kedua yang tersebar menerusi media sosial pada 24 Januari lalu, dia turut mengesahkan dakwaan pihak tertentu kononnya Altantuya mengandung ketika dibunuh adalah tidak benar.
Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Per­sekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia( UItusan online ).Posted by abnmulya / /haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 1629 hrs on Feb ruary 01,2016.