Lebih daripada itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga percaya Ahmad Bashah mampu memberi kepuasan terhadap permintaan rakyat negeri ini.
‘‘Kalau dari segi sokongan, beliau sememangnya mendapat sokongan daripada ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ketua-ketua Bahagian UMNO serta parti-parti komponen.
‘‘Saya percaya beliau mampu menjalankan tugas dengan berkesan supaya rakyat mendapat lebih rezeki selain menjaga kebajikan seluruh rakyat,’’ katanya.
Beliau berucap di hadapan hampir 3,000 hadirin ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan ADUN Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Perdana Menteri dalam pada itu turut berjanji kerajaan Pusat akan memberi sokongan dan kerjasama sebaik-baiknya kepada kerajaan negeri apatah lagi Kedah ketika ini mengalami kekurangan hasil dan dana.
‘‘Tanpa sokongan kerajaan Pusat, mungkin sukar untuk kerajaan negeri melipat gandakan usaha pembangunan dan kebajikan kepada rakyat. Semua itu, insya-Allah boleh dibantu dengan suntikan dana oleh kerajaan Pusat,’’ katanya.
Terdahulu Ahmad Bashah dalam ucapannya turut melafazkan janji di hadapan Perdana Menteri untuk menjalankan tugas dengan berkesan sekali gus memenuhi aspirasi rakyat.
‘‘Saya berjanji kepada Perdana Menteri dan rakyat untuk memastikan negeri ini maju seperti yang termaktub dalam agenda pembangunan negeri.
‘‘Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Perubahan ini menunjukkan Perdana Menteri sentiasa mendengar dan mengambil berat permintaan serta suara pemimpin politik di negeri ini,’’ katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 3.27am on Februafy 06,2016.