Pengerusi Alumni 4B Selangor, Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman menegaskan, SPRM seolah-olah sengaja mencabar kewibawaan Peguam Negara dengan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat jika berbuat demikian.
Lebih-lebih lagi katanya, kes tersebut membabitkan kepenti­ngan awam yang menarik perhatian seluruh dunia.
“Maka ada segelintir pihak yang sengaja mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan spekulasi serta memberi ulasan negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun nyata sekali ulasan tersebut hanya berasaskan agenda politik dan bukannya agenda keadilan semata-mata.
“Motif mereka hanya mahu menjatuhkan pemimpin politik kerajaan, bukan mahu mencari kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Bhari memohon SPRM supaya bekerjasama dengan Peguam Negara serta menghormati keputusan yang dibuat.
Beliau turut menyatakan Alumni 4B tetap akan memberi sokongan jitu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Najib yang kini cuba digulingkan oleh pihak-pihak tertentu dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
Sementara itu, Penasihat Undang-undang Alumni 4B Selangor, Kamarudin Ahmadberkata, mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk menutup mana-mana pendakwaan kes sekiranya kes berkenaan tidak mempunyai asas untuk dirujuk ke muka pengadilan.
Katanya, kuasa itu adalah bersifat mutlak tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak,
“Perkara yang sama dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 45 Akta SPRM 2009, iaitu Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memba­talkan mana-mana siasatan yang difikirkan tidak mempunyai bukti yang kukuh,” ujarnya.
Sebelum ini, Mohamed Apandi memutuskan beliau berpuas hati tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion serta SRC International dengan kes-kes tersebut diarahkan tutup.
Bagaimanapun, sebulan kemudian, Panel Penilaian Operasi (PPO) meminta SPRM membuka semula siasatan terhadap sumbangan kontroversi yang diterima oleh Najib, walaupun peguam utama negara itu telah mengarahkan kes ber­kenaan ditutup.
PPO adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau operasi SPRM dan memberi pandangan mengenai kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan oleh pendakwa raya.( Utusan online-).Posyted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1353 hrs on February 29,2016.
<