Monday, February 15, 2016

Tun Dr.Mahathir disiasat berhubung kenyataan berunsur fitnah-KPN

FEBRUARY 15, 2016.:Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah.

Tun Dr.Mahathir Mohamad
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera.

“Laporan polis itu diterima sehari dua lepas…setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan.

Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara. “(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara, bila (terbukti) ada kes yang perlu diambil tindakan, kami akan ambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dan Datuk Abdul Ghafar Rajab.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.50 am on February 16,2016.

No comments: