PUTRAJAYA 17 Mac – Persatuan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) mengecam tindakan Majlis Peguam yang akan membahaskan usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu Sabtu ini bagi meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara.
Menurut JALSOA dalam satu kenyataan, tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan proses perundangan yang telus dan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata kenyataan itu lagi, sekiranya desakan tersebut diteruskan, ia boleh dilihat sebagai mengganggu pelaksanaan kuasa dan budi bicara Peguam Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan pertubuhan tersebut untuk membahaskan usul mendesak Peguam Negara meletakkan jawatan serta-merta semasa Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-70 Sabtu ini telah mengundang rasa tidak puas hati Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
“Sehubungan itu, JALSOA yang merupakan sebahagian daripada institusi perundangan Malaysia mengecam tindakan Majlis Peguam Malaysia tersebut,” kata satu kenyataan daripada Jawatankuasa Eksekutif JALSOA di sini hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, JALSOA akan mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa berikutan tindakan Majlis Peguam itu.
Kata kenyataan tersebut, JALSOA akan membahaskan usul bagi menolak sebarang campur tangan dan tekanan daripada mana-mana badan termasuk Majlis Peguam Malaysia terhadap urusan institusi Peguam Negara melaksanakan kuasa dan budi bicara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.(Utusan online).Posted by abnmlya //haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.01 am on Marchj18,016.
No comments:
Post a Comment