Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu dibuat demi kesempurnaan perjalanan parti.

Malah jelasnya, penggantungan Muhyiddin berbeza dengan fasal 9.12 Perlembagaan UMNO mengenai perlucutan jawatan mana-mana ahli MT UMNO.

“MT UMNO merupakan badan keputusan tertinggi pada waktu ketiadaan perhimpunan agung tahunan. Ini jelas dalam Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO. Apa jua keputusan MT akan dimaklumkan kepada perhimpunan agung bila tiba masanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan atau persoalan-persoalan yang dibangkitkan Muhyiddin dalam sidang akhbar hari ini mengenai jawatannya yang digantung tidak mengikut prosedur dan tidak selari dengan Perlembagaan UMNO.

Muhyiddin turut merancang untuk menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengenal pasti kesahihan penggantungan itu atau pun sebaliknya.

Menjawab persoalan Muhyiddin yang akan menghantar surat kepada ROS bagi mendapat kepastian mengenai status penggantungannya, Tengku Adnan menjawab, Seksyen 16 Akta Pertubuhan adalah berkenaan pertikaian sesama ahli atau dalam kalangan ahli.

“Ia tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan Muhyiddin. Mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah,” ujarnya.
Beliau memberitahu, saluran yang patut diambil bagi kes Muhyiddin adalah secara dalaman parti sahaja.( Utusan online).Posted by abnmulta // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 7.50 am on March 04,2016.