Ekoran bekas Perdana Menteri keluar parti kali kedua
NIZAM HAMID MELAPORKAN DARI ARAB SAUDI03 Mac 2016 1:53 AM
JEDDAH 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO buat kali kedua tidak akan menggugat parti itu. Perdana Menteri berkata, beliau percaya tindakan bekas Presiden parti itu tidak memberi kesan terhadap kekukuhan UMNO.
“Biasanya kali pertama akan beri kesan. Tetapi sudah dua kali, orang kata tidak sangat beri impak yang boleh menggugat UMNO,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah di sini malam tadi.
Mengulas tindakan Tun Dr Mahathir keluar daripada UMNO, katanya, ia bukan perkara menyedihkan.
Katanya, UMNO akan meneruskan agenda parti dan berharap dapat mengukuhkan parti itu terutama dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
Ditanya kemungkinan ada lagi pemimpin UMNO yang akan mengikuti langkah Dr. Mahathir, katanya, terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.
Namun katanya, kekuatan parti akan terus diperkukuhkan.
“Maknanya pemimpin yang komited pada UMNO dan setia bersama saya akan terus perkukuhkan parti,” ujarnya.
Ditanya mungkin ada usaha untuk memujuk Tun Dr. Mahathir, katanya, ia bukan semudah itu.
Menurutnya, namun UMNO bukan parti yang menolak bekas Presiden itu dan beliau pula bukan seorang yang memikirkan kedudukannya sahaja.
“Saya dipilih dalam pemilihan paling terbuka iaitu 160,000 ahli tentukan, bukan seperti dahulu 56 bahagian kena buat pencalonan.
“Saya mendapat mandat daripada perwakilan yang paling terbuka berasaskan demokrasi dan saya beriltizam teruskan mandat itu,” ujarnya.
Mengenai tindakan Dr. Mahathir yang terus mengkritik kerajaan, katanya, sepatutnya ahli parti perlu mempertahankan UMNO dan kerajaan.
Katanya, sepatutnya apa yang perlu dilakukan mestilah untuk membangun dan mengukuhkan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat-( Utusan pnline).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at .29 am on M,arch 03,2016.
No comments:
Post a Comment