Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli UMNO tidak akan sesekali ‘berlakon’ dan menyanggah parti keramat itu yang dipertahankan selama ini, justeru mereka akan terus berjuang mempertahankannya.
Tegas beliau, setiap legasi, dasar, peraturan, konvensyen serta didikan Dr. Mahathir sendiri dalam menguruskan parti dan negara akan terus dipertahankan walaupun pemimpin itu kini ‘mudah lupa’ mengenainya.
“Kepada ahli UMNO, marilah kita rapatkan saf dan beristiqamah bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan tetapi kita perkasakan berkat kita bersatu, bersetia, berkhidmat.
“UMNO tidak mampu berdrama kerana mandat rakyat adalah untuk kita berkhidmat membela nasib rakyat yang secara nyata memerlukan kita mengerah segala kekuatan dan ke­upayaan mengurus negara dalam situasi dunia media baharu yang tidak menentu, penuh fitnah, ha­sutan dan tipu muslihat.
“Kita bertanggungjawab memajukan ekonomi, memupuk perpaduan kaum, menjamin keamanan serta keadilan di samping mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Dr. Mahathir yang hadir dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ bersama-sama pemimpin pembangkang antaranya Pengerusi DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai pengli­batan Dr. Mahathir, Annuar berkata, perkara itu adalah takdir dan karma dalam politik, justeru beliau secara sinis meminta pakatan pembangkang memikirkan usaha membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara de­ngan sokongan Dr. Mahathir.
“Tidak sukar untuk mereka mentafsir sendiri kerana watak-watak yang terlibat sudah lama rakyat kenali. Kita ucapkan tahniah kepada DAP, PKR, PAN dan Bersih kerana akhirnya me­nerima pimpinan bekas Pre­siden UMNO yang berpuluh tahun berjuang supaya anda menerima kepemimpinan­nya,” tegas beliau.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.31 am on 05 March,2016.