![]() |
MEDAN 10 April – Sebanyak 14 cawangan Kelab UMNO Luar Negara Indonesia menzahirkan sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui deklarasi #supportMyPM.
Kesemua 14 pengerusi cawangan Kelab UMNO Luar Negara Indonesia yang bernaung di bawah Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia itu menandatangani deklarasi sokongan berkenaan sebagai mewakili kira-kira 2,500 ahlinya.
Majlis menandatangani deklarasi #supportMyPM itu disaksikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh dalam majlis malam gala BPN di sini, malam tadi.
Pengerusi BPN Indonesia, Muhammad Aiman Dzulkifli, 22, berkata, deklarasi itu mengandungi lapan faktor yang mendorong kepada sokongan tersebut termasuk Perdana Menteri cekap melaksanakan tanggungjawab, sabar serta berintegriti dalam memimpin negara.
“Perdana Menteri juga seorang yang idealis serta patriotik selain bijak mentadbir dan mengurus ekonomi negara, walaupun pada keadaan ekonomi dunia yang mencabar,” kata mahasiswa tahun tiga jurusan Bimbingan Kaunseling Islam Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu.
Selain itu, Muhammad Aiman yang juga Pengerusi Cawangan Kelab UMNO Luar Negara Pekanbaru berkata, Najib juga prihatin terhadap kebajikan mahasiswa dalam dan luar negara dengan pelbagai bantuan dan insentif.
Muhammad Nazim Abd Malek, 27, berkata, kerajaan di bawah pimpinan Najib banyak membantu BPN Indonesia dari segi kebajikan pelajar selain memberi peruntukan dalam penganjuran program sosial dan sukan.
“Jika berlaku bencana seperti gempa bumi di Indonesia, kerajaan akan bertindak pantas dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar tanpa mengira latar belakang,” katanya.
Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pergigian Universitas Sumatera Utara itu berkata, mahasiswa tidak boleh mudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu.
Bagi Abdul Mun-im Alias, 29, perkembangan terbaharu terutama melibatkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai tadbir urus 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan segala tuduhan terhadap Najib selama ini adalah tidak berasas.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.00am on April 11,2016
No comments:
Post a Comment