![]() |
Perdana Mentgeri Malaysia dan merangkap Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Njaib Tun Razak. |
KUALA LUMPUR 12 April – Ringgit kini merupakan mata wang Asia paling kukuh apabila mampu mencecah paras RM3.88 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, perkara itu sekali gus menepis dakwaan musuh-musuh politiknya bahawa jika beliau terus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, ringgit akan jatuh kepada RM4.80 berbanding dolar AS.
Menurut beliau, rombakan Kabinet pada Julai tahun lalu juga telah diakui beberapa pihak sebagai antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan berterusan indeks saham di Bursa Malaysia.
Perkara tersebut jelasnya, menunjukkan bahawa pasaran ‘menyukai’ barisan kepemimpinan yang kukuh, kestabilan politik dan pelan ekonomi yang boleh dipercayai.
“Seperti yang dilaporkan Blommberg kurang dua minggu lalu, kemasukan dana asing ke Malaysia adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan Kuala Lumpur mempunyai tahap ketidaktentuan paling rendah di rantau ini.
“Sekarang saya tahu bahawa ada pihak yang mahu anda beranggapan bahawa ekonomi kita dalam masalah. Malah mereka ini yang telah melanggar prinsip sendiri sanggup meminta campur tangan pihak asing. Mereka ini yang juga tahu situasi sebenar sengaja mendakwa bahawa Malaysia sedang jatuh,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Persidangan Invest Malaysia 2016 yang turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, segala tuduhan liar kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB juga telah dibuktikan tidak benar oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) termasuk dakwaan kehilangan RM42 bilion.
Realitinya, kata beliau, sebahagian besar hutang telah dibayar termasuk kemudahan kredit tersedia sebanyak RM950 juta kepada kerajaan tahun lalu melalui proses rasionalisasi.
Beliau berkata, masa akan membuktikan bahawa projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia yang sedang dibangunkan akan menjadi legasi kepada 1MDB.
“Sejarah akan menunjukkan bahawa segala kejian dan tuduhan bermotifkan politik yang dibuat terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi adalah palsu.
“Kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset. Sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan dan memberi tumpuan semula kepada usaha mengukuhkan lagi ekonomi negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, Najib menegaskan, syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia wajib mendedahkan dalam laporan tahunan masing-masing wakil jantina yang menduduki kumpulan ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan.
Beliau berkata, Suruhanjaya Sekuriti sedang memperkukuhkan cadangan mengenai kepelbagaian gender dalam semakan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
“Saya berbangga untuk menyatakan bahawa kita hanya memerlukan 130 wanita lagi untuk mencapai sasaran kuota 30 peratus daripada golongan itu yang menduduki barisan lembaga pengarah di 100 syarikat terbaik di Malaysia,” kata Perdana Menteri lagi.( Utujsna online).Posted by ab nmulya //haji abau bakar ningfgal.blogspot.com at 130 hrs on April14 ,2016.
No comments:
Post a Comment