Thursday, May 26, 2016

Bertindak bijak di Sungai Besar

Kemenangan majoriti tipis 399 undi dalam PRU-13 wajar jadi peringatan – 

KAMIL MASLIH: 26 Mei 2016 1:55 AM

AHMAD ZAHID HAMIDI berbincang dengan Liow Tiong Lai dan Mah Siew Keong selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan untuk Parlimen Sungai Besar di Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRA JAYA 25 MEI: Barisan Nasional 9BN0 perlu bekerja kerasa serta berttindak secara bijaksana bagi mengatasi semua permasalahan dalaman dan luara dalam menghadpi Pilihan Raya Kecil (pRK0 Parlimen Sun gai Besar,18 Jne ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan dengan majoriti tipis 399 undi di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu dijadikan peringatan untuk parti berusaha secara lebih bersepadu.

Jelas beliau, dengan kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh pakatan pembangkang, kekangan-kekangan yang bakal dihadapi perlu ditangani secara bijaksana dan setiap strategi yang disusun harus dipastikan keberkesanannya.
“Di Sungai Besar kita adalah lebih kepada ‘underdog’ kerana hanya mempunyai kemenangan 399 undi (dalam PRU-13) dan kerajaan negeri di bawah orang lain. Tentunya kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana dalam menangani semua permasalahan dalam PRK Sungai Besar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyua­rat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan untuk Parlimen Sungai Besar.
Yang turut hadir Pengerusi BN Selangor yang juga Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK Sungai Besar, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat yang diadakan hari ini adalah sama sebagaimana mesyuarat penyelarasan untuk Parlimen Kuala Kangsar yang diadakan di Ipoh, Perak, kelmarin.
“Kita tidak mahu pertindihan dari segi program dan aktiviti yang dilakukan kerana kita tahu kerajaan negeri Selangor tidak sama dengan Putrajaya,” kata­nya.
Menurutnya, BN menyenarai pendek tujuh calon dan parti akan mencalonkan individu yang boleh menang dan disukai ramai untuk kerusi itu.
“Perbincangan (tentukan calon) akan diadakan dengan pemimpin BN Selangor dan Sungai Besar sebelum keputusan diambil. Ramai yang mengharapkan wanita dipilih sebagai calon, walau bagaimanapun kami ada pertimbangan yang lain juga.
“Calon yang boleh menang dan disenangi turut menjadi keutamaan kami,” katanya.

No comments: