Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.
![]() |
Datuk Zulkifli Ahmadd |
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Dzukifli telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan subseksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.
Ali Hamsa juga mengumumkan pertukaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali yang ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baharu berkuatkuasa 1 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam. –UTUSAN ONLINE( POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOSPOT.COM.AT 2001 HRS ON JULY30,2016.
No comments:
Post a Comment