Wednesday, August 10, 2016

" SAYA TAK HARAPKAN SOKONGAN AHLI UMNO".

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR:
OGOS 09,2016.
DIPETIK DARI  "SINAR ONLINE".

Tan Sri Muhyiddin Yassin,Presiden Parti "Bersau"yang bari ditubuhkan dan proses pendaftaranya elah u dihantar ke ROS.
 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengharapkan sokongan ahli Umno terhadap parti baharu yang bakal diterajuinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno bagaimanapun berkata, Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu.

"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno kerana mereka ahli Umno. Saya faham kerana kami pun tahu sebagai bekas ahli Umno, boleh dikatakan ramai ahli parti yang saya kenal menunjukkan perasaan tidak 'menggalakkan' terhadap kepimpinan yang ada.

"Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka. Bagi saya, sekarang ini kita sudah menyediakan ruang baharu bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama untuk bersama dengan kita," katanya selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (Ros). 

 Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja Bersatu iaitu bekas ahli Wanita Umno  Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin; Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman; pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.

Dua lagi ahli jawatankuasa penaja iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak hadir kerana difahamkan berada di luar negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui, sebagai sebuah parti baharu, Bersatu tidak mampu bergerak sendiri dan akan menjalinkan kerjasama rapat dengan parti pembangkang lain.

"Secara tidak rasmi, sebelum penubuhan parti ini, kita mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa parti politik. Bagi saya, ia agak positif dan menggalakkan.

"Kita harap selepas parti ini didaftarkan secara sah, maka boleh diadakan perbincangan lanjut untuk menunjukkan kerjasama politik yang mapan. Dengan cara itu kita sama-sama dapat berjuang untuk mencapai matlamat kita bagi menyelamatkan negara," katanya.( Posted by abnmulya // haji abu bakarninggal  at 1839 hrs on Ogos 10,2016>


No comments: