KUALA LUMPUR 21 Sept. – Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan UMNO dan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, hujung bulan ini.

Tengku Adnan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah dan akan terus mendapat maklum balas dari Bahagian-bahagian dan ahli-ahli di peringkat akar umbi mengenai usul persempadanan semula kawasan pilihan raya itu.
“Sehubungan itu, UMNO juga ingin menyatakan bantahan terhadap hal tersebut dan berharap agar pandangan daripada semua pihak diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Dalam hal yang sama, UMNO menolak spekulasi dan provokasi pihak tertentu yang mendakwa persempadanan itu sebagai taktik politik untuk memenangkan sesebuah parti pada pilihan raya akan datang,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan di sini hari ini.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu serta Sabah bermula 15 September lalu.
Setiausaha SPR,
Menurut Abdul Ghani, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan iaitu hingga 14 Oktober ini.( Utusan online-politik).Posted by ab nmulya //haji abu bakar ninggal. //haji abu bakar ninggal.blogspot,com. at 2.18 am on September 22,2016.
No comments:
Post a Comment