Monday, December 12, 2016

Sambutan Maulidurrasul Anjuran Pertubuhan Ibu-Ibu Tungal Lembah Kelang

;13 Rabiul Awal 1438H/ Bersamaan 12 Disember 2016M.Isnin 9.00 pagi.

;Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan member of parlimen Umno Bahagian Gombak , pada PRU ke-11 pada tahun 2004  dan juga sebagai Presiden Gabungan Ngo-ngoi Gombak dan sekaligus sebagai Presiden Pertubuhan Cendikiawan Dan Profesional Malaysia (CenPro) sedang memberi ucapan rengkas sebelum merasmikan majlis menyambut Maulidurrasul pagi tadi,bertempat di dalam Dewan Rukun Tetangga Kawasan Permata,Ulu Kelang,Gombak. 


                         
Haji Abu Bakar Ninggal 
Isnin,December 12,2016  @ 5.11pm.



Rauluullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa membesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan untuk majlisku seumpama dia membelanjakannya emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."


Sebahagian hadirin sedang
berqasidah di majlis  itu pagi ini.
Laazimnya pada setiap tahun menjelang 12 Rabiulawal,umat Islam sedunia mengadakan majlis memperingati kelahiran Rasulullah SAW, di namakan Maulud Nabi seperti perarakan, jamuan dan sebagainya.
Mereka tahu hari itu hari yang mulia,istimewa..Hari kelahiran Rasulullah SAW itu patut dibesarkan sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW tanpa dicemnari oleh suasana yang bercanggah dengan syariat.

Maka dalam konteks menyambut Maulidurrasul pada tahun ini. Pertubuhan Ibu2 Tunggal Lembah Kelang di bawah pimpinan Puan Rosnah Abdul telah mengadakan majlis sambutan mulidurasul itu pada pada pagi ini,tanggal 13/12/2016 pada jam 9.pagi tadi.

Bekerjasama dengan Pertubuhan Ibu-Ibu Tunggal Kebangsaan Parlimen Gombak di mana Puan Rosnah Abdul juga sebagai Pengerusinya..
Puan IszatulAkmal Zulkifli
Pengerusi Ibu-Ibu tungal
Selangor sedang memberi
ucapan di dalam majlis
tersebut.

Majlis itu diadakan di dalam suasana yang sangat meriah di dalam Dewan Rukun Tetangga,,Hulu Kelang,Gombak.(RTKP

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Ahli Parlimen Gombak, pada PRU-ke-11 tahun 2004.

Datuk Dr.Rahman Ismail ini dah lama dah pegang jawatan sebagai Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan sekaligus sebagai Pengerusi Pertubuhan Cendikiawan Dan Profesional Malaysia (CenPro).
.
Lebih kurang seramai 250 orang ibu-ibu tunggal di Lembah Kelang dan juga di parlimen Gombak telah hadir di majlis terebut.

Turut juga hadir pada pagi tadi ialah Puan IszatulAkmal Zulkifli,selaku Pengersusi Pertubuhan Ibu-Ibu Tunggal Selangor Darul Ehsan.
Di majlis tersebut para tetamu diraiekan dengan bacaan qasidah dan selawat Nabi SAW oleh murid-murid dari Ma'had Tahfiz Al-Quran AI-Imam Shafie,,dari Taman Zoo View,Hulu Kelang, Gombak Selangor..
Puan Rosnah Adl terus menerus 
peg ang  jawatan Pengerusinya.

Jamuan nasi lemak dan mee goreng dan kuih muih telah dihidangkan pada para tetamu yang hadir. 

Penulis hadir bersama-sama Datuk Dr.Rahman Ismail dan beberapa orang lagi AJK2 Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan (CenPro).

Sambutan majlis Maulidurasul ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Ibu-ibu tunggal lembah Kelang ini setiap tahun bila tiba tarikh lahir Nabi Muhamad SAW pada bulan Rabiul awal.

Penulis dan Datuk Dr.Rahman Ismail jika tidak silap dah 5 tahun berturut-turut dijemput ke majlis anjuran Pertubuhan Ibu-Ibu Tunggal Lembah Kelang ini .

Jemputan itu secara terus menerus di bawah pimpinan Puan Rosnah Abdul yang mana penulis dapati beliau telah berusaha dengan gigihnya untuk terus mahu menghidupkan pertubuhan 
ini.

(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1711 hrs on Disember 12,2016).

No comments: