SHAH ALAM 28 April – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kesalahan ke atas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung isu skandal kerugian Bank Negara melalui aktiviti spekulasi mata wang yang berlaku sekitar 1990-an seolah-olah satu sandiwara politik bagi melindungi pihak pembangkang.
![]() |
Irmohizam Ibrahim |
sebagai individu bertanggungjawab di sebalik skandal tersebut.
“Namun, hakikatnya Anwar dikatakan telah mengubah kenyataannya ketika memberikan keterangan dalam siasatan kerugian Bank Negara itu. Kenyataan terbaharu Anwar itu bagaikan petanda bahawa beliau boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian politiknya selain berkemungkinan telah menerima Dr. Mahathir (sebagai sekutu politik).
“Sudah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar kenyataan yang diubah-ubah. Rakyat mungkin tidak percaya jika kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan mencurigakan.
“Saya mengandaikan inilah sandiwara politik yang cuba dimainkan untuk menjuarai hati rakyat agar dapat menutup kebatilan silam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada tahun 1993, Anwar menafikan kerugian Bank Negara akibat perdagangan mata wang itu ketika memberikan maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Parlimen.
Namun, setahun selepas itu, Anwar memberitahu Parlimen bahawa apa yang berlaku membabitkan Bank Negara itu melibatkan kerugian kecil sahaja dan hanya ‘atas kertas’.
Walau bagaimanapun, menerusi satu forum di Pulau Pinang pada tahun 2012, Anwar menukar ceritanya pula dengan memberitahu bahawa kerugian itu berjumlah AS$10 bilion (RM43.4 bilion) dan turut menamakan tiga individu terlibat termasuk Dr. Mahathir dan Daim.
(Utusan online).).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1459 hrs on April 29,2017.
No comments:
Post a Comment