Monday, May 1, 2017

PAS TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN PENENTANG ISLAM--abdul hadi.

MUKTAMAR PAS KE-63 

Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) bergambar bersama Naib-naib Presiden Pas, (dari kiri) Datuk Mohd. Amar Bin Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad pada penghujung Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat Alor Setar bermula 29 April hingga 1 Mei. - UTUSAN ONLINE.


Nurulanuar Mansor: 
01 Mei 2017 5:36 Pm. 

ALOR STAR 01 Mei--PAS tidak akan sama sekali berkompromi dengan pihak-pihak yang sama jelas menolak Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 berkata, sejarah menunjukkan sebelum ini Pas pernah dipujuk untuk bertahaluf oleh tiga buah parti.

Namun, kata beliau, Pas menolak tawaran berkenaan kerana pada waktu itu mereka mengakui boleh menerima perbezaan yang ada dengan parti itu. 

Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi, pihak-pihak berkenaan sebenarnya mahu menggunakan Pas untuk mencapai agenda mereka. 

"Mana boleh kita bersetuju dengan orang yang menentang Islam yang kita bawa?"

"Pas merupakan sebuah parti yang berprinsip dan bergerak berdasarkan syarak untuk bertanding dalam pilihan raya bagi memberi suara Islam kepada rakyat," katanya sewaktu sesi akhir muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini petang tadi.


Abdul Hadi dalam masa sama mengingatkan para ahli Pas agar sentiasa menjaga keharmonian masyarakat walaupun ketika berlaku perbalahan. - Utusan online. ( Posted by abnmujlya // haji abu bakar ninggal.blogspt.com at 3.01 am on Mei 02,2017.

No comments: