Friday, July 21, 2017

Bentuk kerajaan tuntutan islam

                                TAN SRI ANNUAR MUSA

Asma Hanim Mahmood
21 Julai 2017 1:09 PM  

KOTA BHARU 21 Julai - Ahli dan pimpinan UMNO seluruh peringkat sepatutnya sedar mereka sebenarnya berada dalam saf perjuangan bagi membentuk kerajaan sebagaimana tuntutan Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha membentuk kerajaan adalah sebahagian daripada fardhu kifayah dan pekerjaan agama. Justeru katanya, solidariti kalangan ahli UMNO khususnya di negeri ini perlu diperkuatkan dan setia menyokong pimpinan yang sentiasa teguh berhadapan pelbagai ujian.

“Perjuangan kita melalui lingkaran yang cukup panjang. “Usaha membentuk kuasa pemerintahan dan kerajaan adalah pekerjaan agama, ulama tersohor Imam Tabrani mengatakan ia sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah.

“Maka kita patut bersyukur kerana menjadi sebahagian saf perjuangan yang melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya semasa menyampaikan pidato khas di Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh di sini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad. - UTUSAN ONLINE (Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 16 49 hrs on July 21,2017.

No comments: