Friday, September 15, 2017

Dakwaan Pembangkang Mengenai Pelaburan Di Amerika Syarikat AdalahTIidak Benar

Dipetik dari MyKmu.Net
15 hb.September 2017.

Tidak ada idea sudah hendak dibangkang. Pelaburan baik untuk ekonomi negara pun hendak dijadikan isu. Pembangkang “terkangkang” bila melihat kemesraan Trump dan Najib di White House. Isu DoJ tidak menjadi, satu lagi propaganda mereka sudah mati.

Mulalah pembangkang putar belit tentang pelaburan besar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi Malaysia di Amerika Syarikat. Tuduh semua pelaburan itu sebagai tidak menguntungkan.

Kononnya pelaburan KWSP tidak untungkan rakyat dan hanya untungkan satu pihak sahaja. “Saya ingin jelaskan putar belit kononnya kita menyumbangkan kepada ekonomi AS tanpa mendapat pulangan.

Ia tidak betul” “Jika kita melabur di AS seperti KWSP, kita akan dapat pulangan dan dividen akan diberi semula kepada pekerja yang mencarum. Ia bukan jalan sehala (menguntungkan AS sahaja).

Ada yang putar belit kononnya saya di sini (lawatan ke AS) untuk membeli pengaruh dari AS,” kata Datuk Seri Najib. Bila dividen KWSP sedikit, mereka marah.

Jika mahu dividen tinggi maka perlu buat pelaburan yang menguntungkan. Di zaman Mahathir antara 2000 hingga 2003, dividen KWSP hanyalah 4.25% hingga 6% sahaja.

Namun di zaman Datuk Seri Najib kadar dividen KWSP adalah lebih tinggi, antara 5.7% hingga 6.35%, antara tahun 2013 dan 2016. Terkejut pembangkang bila dengar KWSP mahu melabur AS$4 billion di AS.

Pembangkang di Malaysia memang jahil, mereka tidak tahu bahawa KWSP sudah lama membuat pelaburan bernilai AS$7 bilion di dalam pasaran ekuiti AS.

Manakala sehingga akhir 31 Mac 2017 nilai aset pelaburan KWSP adalah RM747.17 bilion dengan pendapatan dari pelaburan RM11.79 billion, 29% hasil adalah dari pelaburan di luar negara.

Hasil keuntungan pelaburan inilah yang membolehkan KWSP membayar dividen kembali kepada pencarum. PKR pernah mendakwa KWSP rugi sampai RM75 juta.

PKR membuat cerita tersebut dalam Malaysiakini, 11 Jun 2013. Namun Naib Presiden PKR, Rafizi masih lagi kaut dividen KWSP sampai RM40,000. Tidak tutup pun akaun di KWSP.

Oleh itu jangan terpedayalah dengan cerita propaganda mengenai pelaburan KWSP di AS ini.
Jangan jadi macam beberapa orang pendeposit Tabung Haji, tutup akaun kerana terpedaya dengan cerita Rafizi. Namun Rafizi sendiri tidak tutup akaun Tabung Haji miliknya.
Apabila Penerbangan Malaysia Bhd (MAB) membeli pesawat Boeing baharu, ia bertujuan menjadikan ia lebih kompetitif termasuk membeli jenis Dreamliners, selaras dengan program transformasi dan rasionalisasi syarikat penerbangan itu, kata Datuk Seri Najib.
Kini MAS berada di tangga ke-10 yang memiliki pesawat Boeing di dunia. Dengan pembelian pesawat tambahan dari Boeing ini, kedudukan MAS akan menjadi antara syarikat kelima terbaik yang memiliki pesawat Boeing di dunia setaraf All Nippon Airways, Cathay Pasific, Emirates dan Qatar Airways.
Pembelian Boieng oleh MAS bukan perkara baru, pada Julai 2016 lagi, MAS sudah memeterai perjanjian untuk membeli 50 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan pesanan untuk 25 pesawat dan hak untuk membeli 25 lagi pesawat di dalam urus niaga yang dinilaikan sejumlah AS$5.5 bilion. 

“Pada Ogos lalu, media melaporkan kejayaan penstrukturan semula MAS dan pertumbuhan memberangsangkan, ia berada di dalam perbincangan mendalam untuk membeli 30 buah pesawat Boeing 786 atau pesawat Airbus untuk membolehkan MAS terus mengembangkan laluan udara dan perniagaannya” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Bila pesawat bertambah, orang Malaysia pun dapat banyak manfaat terutamanya ketika musim haji dan umrah. Ramai jemaah yang lebih selesa menaiki MAS berbanding penerbangan lain. Bukankah ini bakal memberi manfaat kepada puluhan ribu jemaah?

Kenapa pembangkang hendak bangkang perkara yang baik sebegini? Pembangkang seperti Tony Pua dari DAP memang tidak suka  dengan apa sahaja pelaburan yang baik untuk rakyat.

Masa derma RM2.6 billion, Tony Pua dari DAP ini persendakan Tok Arab. Semalam, Tony Pua ini persenda Trump pula.

Menunjukkan kebodohan mereka bila memakai mop lantai di atas kepala untuk bantah semua pelaburan Malaysia di AS ini.

Cara kebudak budakan dan biadap sebegini harus dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia. Sejumlah 39 syarikat multi nasional yang berada dalam senarai 1000 Forbes beribu pejabat di Lembah Silikon, California.

Syarikat seperti Apple, Intel, HP, Facebook, Yahoo, Twitter, Cisco dan Oracle semuanya berpangkalan di Lembah Silikon. Semua rakyat Malaysia memang “familiar” sangat dengan jenama syarikat syarikat ini.

Ada juga rakyat Malaysia yang bekerja dalam syarikat ini. Oleh itu, mengapa hendak bantah jika syarikat dari Malaysia membuat pelaburan di lokasi yang strategik ini?

Califonia yang menjadi tempat bersemadinya arwah Ustaz Haron Din memang sudah lama menjadi destinasi  pelaburan Malaysia.

Khazanah sudah pun memiliki pejabatnya di Lembah Silikon, California. Khazanah merancang menambah lebih pelaburan sedia ada, berbanding sebanyak AS$450 juta sekarang.

Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dalam syarikat teknologi tinggi ini akan menjadikan Khazanah menjana pendapatan untuk masa depan.

“Kita perlu berfikir ke hadapan, seperti syarikat AS melabur di negara kita kerana mahukan keuntungan. Kejayaan kita yang kini menjadi pengeksport modal adalah petunjuk bahawa kita adalah negara berjaya,” kata Datuk Seri Najib.

 Statistik pada tahun 2016, Amerika Syarikat telah membeli barangan Malaysia dengan nilai eksport RM80.2 billion. Nilai eksport ini dijangka akan bertambah bila Malaysia buat pelaburan di tempat berkumpulnya syarikat multi nasional dunia di Lembah Silikon.

Dengan India, China, Singapura, Turki, Perancis dan Arab Saudi berjaya kumpul pelaburan lebih RM400 bilion. Di Amerika Syarikat, KWSP dan Khazanah bakal jana pelaburan masa hadapan yang lebih besar.

Manakala MAS akan jadi lebih kompetitif dalam industri penerbangan. Semua jumlah pelaburan ini jauh berbeza berbanding Guan Eng dan Azmin yang hanya berbangga dengan pembukaan hub IKEA bernilai hanya RM847 juta di negeri mereka.

Angka itu hanya dihujung kuku sahaja berbanding seluruh pelaburan yang Datuk Seri Najib usahakan. Oleh itu, usahlah mensabotaj pelaburan yang baik untuk rakyat negara ini. Rakyat pula usah mudah terpedaya dengan putar belit pembangkang yang sudah ketandusan idea ini. ( Posted  by abnmulay // haji abu bakar niggal.blogspot .com at 12.31 am on September 16, 2017)

Tulisan :
Beruang Biru
BB578, Jumaat
15 September 2017

No comments: