Saturday, September 16, 2017

RCI FOEX: ADAKAH TAJUDIN RAMLI DAN KWAP AKAN DIPANGGIL?

Oleh Amin Yatim
September 16,2017.

Pertanyaan yang sedang berlegar di kalangan penganalisis politik negara ialah sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Skandal Perniagaan Matawang (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) akan memanggil Tan Sri Tajuddin Ramli dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) memberi keterangan.

Tajuddin Ramli, suatu ketika dulu antara tokoh perniagaan Melayu terkemuka, tersungkur akibat skandal pengambil alihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1994.

Pada 1994 Tajudin Ramli telah mengejutkan dunia apabila membuat langkah berani menawarkan pengambil alihan 32% saham MAS yang dipegang oleh BNM dengan harga RM 1.79 Bilion.

Lebih mengejutkan kesediaan Kerajaan Malaysia melepaskan pegangan tersebut disebalik keadaan MAS yang sangat “sihat” dan mempunyai rizab sekitar RM 600 juta.

Tajudin melalui syarikat Naluri Sdn Bhd membeli pada harga RM8 sesaham walaupun harga pasaran saham MAS ketika itu sekitar RM 3.65 sesaham. < RM 8 sesaham yang dibeli oleh Naluri sangat tinggi walaupun untuk blok saham majoriti sebanyak 32%.

Tiada ahli perniagaan yang waras akan membeli 32% saham syarikat penerbangan sekali ganda daripada harga pasaran. Mungkin jika lebih RM 4-5 sesaham diterima akal.

Namun RM 8 sesaham? Ia sama ada Tajudin mengetahui sesuatu keuntungan besar dalam MAS yang tidak diketahui oleh pedagang saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, atau ada faktor lain.

Oleh kerana tiada media sosial dan akhbar dikawal oleh kerajaan, tidak banyak pihak mempunyai ruang mempertikaikan pembelian ini.

Namun ia hanyak terbongkar pada 2006 apabila Tajudin mendedahkan bahawa beliau diarahkan membuat pengambil alihan tersebut bagi membantu Bank Negara mengurangkan kerugian skandal Forex yang hampir RM 30 bilion.

Tajudin melakukan pembelian tersebut maka transaksi penjualan tersebut akan direkodkan dalam rekod kewangan Bank Negara Malaysia. urut Tajudin dalam afidavit kepada Mahkamah (Danaharta lawan Tajudin Ramli) terdapat “Overriding Agreement” antara beliau dengan Kerajaan Malaysia dalam proses pengambil alihan MAS yang melindungi beliau dari sebarang liabiliti akibat proses tersebut.

Justeru apabila beliau menandatangani perjanjian untuk Danaharta menyelamat MAS pada 1998, beliau diyakinkan oleh Tun Daim Zainuddin bahawa “Overriding Agreement” tersebut masih berkuatkuasa.

Tiada siapa nafikan Tajudin turut mempunyai “dosa” dalam memusnahkan MAS. Jika ada ikuti politik dan ekonomi negara pada 1990-an, anda akan tahu bagaimana Tajudin mengambil kesempatan atas perjanjian ini untuk melakukan perubahan struktur perniagaan MAS yang menyebabkan berada dalam keadaan kewangan yang sangat kritikal pada 1998.

Asalnya BNM mempunyai 42% saham MAS pada 1991. 10% telah dijual sebelum Tajudin melakukan pengambil alihan 32% saham lagi. Keseluruhan transaksi ini dianggar RM 2 bilion telah mengurangkan penyata kerugian Bank Negara.

Pada 1991, BNM mempunyai 42% saham dalam Malaysian International Shipping Company (MISC). Bagaimanapun Pada 1994 BNM telah menjual 29.34 peratus atau 220.05 juta sahamnya dalam MISC kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Sungguhpun tidak umumkan harga pembelian, saham MISC di Bursa Malaysia (Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) ialah RM 9.35 sesaham.

Jika pembelian ini mengambil kira harga pasaran sahaja, BNM sudah membuat keuntungan RM 2 Bilion.

Jika mengambil kira skim transaksi saham MAS dari BNM kepada Tajudin Ramli yang dinilai sekali ganda daripada harga pasaran, tidak mustahil KWAP membayar RM 4 bilion kepada Bank Negara. 

Pada 1997, Petronas membeli 29.34 saham MISC milik KWAP ini juga pada harga yang tidak diumumkan.

Pelbagai Aset BNM Telah Dijual?
Ramai yang tidak sedar bahawa Laporan Tahunan Bank Negara Tahun 1993, Bank Negara melaporkan mereka menanggung kerugian operasi sebanyak RM712 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1993.
Namun apa yang ramai tidak sedar ialah satu item perakaunan yang “luar biasa” dipanggil ” deferred expenditure ” atau perbelanjaan tertangguh. Di bawah tajuk “perbelanjaan tertangguh” itu diletakkan jumlah RM5.7 bilion.

Ini selepas pelbagai aset dan pelaburan bank Negara bagi pihak Kerajaan Malaysia telah dijual bagi mengelabui kerugian Bank Negara dalam Forex.

Selain melihat berapa kos kerugian BNM dalam permainan Forex ini, RCI juga perlu melihat tindakan bank pusat ini melupuskan pelbagai aset dan pelaburannya antara 1992 – 1994 bagi “mengurangkan” kerugian itu sebanyak mungkin.

Bank Negara dibenarkan mengurangkan kerugian itu secara beransur-ansur selama sepuluh tahun mulai tahun 1994 dengan menolak keuntungan tahunan sebanyak RM500 juta tiap tahun.

Kerugian itu telah menjadi kosong Justeru RCI harus melihat berapa banyak aset dan pelaburan BNM telah dilupuskan bagi membolehkan akaun bank pusat sejak 1994 bagi membolehkan akaun BNM menjadi positif semula pada 2003.-DI PETIK DARI MYKMU.NET (.Posted by  haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 10.42 am on Septembr  17,2017).

No comments: