Posts by Cenderawasih
December 30, 2017
Seperti yang dijangka, AGM parti ‘cap bunga’ menyaksikan ia menjadi medan untuk mereka terus berhikayat mengenai dongeng-dongeng moden semata-mata untuk menjejaskan nama UMNO dan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Itu normal.
Kononnya mereka keluar parti itu ‘pengkhianat’ dan mempunyai agenda mendapatkan jawatan dalam parti? Agak menarik untuk diulas tentang tuduhan ‘negarawan maksum’ dan ‘macai-macai’nya itu.
Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang, tapi dia yang lebih!
Ketika PAS dilanda masalah dalaman di mana Presidennya disanggah dan cuba dijatuhkan, ramai akar umbi PAS yang tidak menyangka bekas Timbalan Presidennya tergamak ‘jadi gila’ keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama ‘konco-konco’nya.
![]() |
Madah Madey ketika masih sandang jawatan PM atas tiket Parti Umno/BN. Oh ya! Baru saya ingat baha dia itu bukan legasi Melayu. |
Ia hampir sama dengan apa yang berlaku di dalam UMNO. Setelah gagal menjatuhkan Najib dari dalam parti, maka dia keluar parti. Anaknya dan bekas Timbalan Presiden UMNO pula sengaja cari jalan supaya dipecat dari parti dan akhirnya dipecat.
Pada pandangan penulis, nampak sangat niatnya yang tidak betul dan tidak ikhlas. Sengaja cari ‘pasal’, keluar parti, tubuh parti baru, lantik diri sendiri ke jawatan tertinggi parti, bersekutu dengan musuh parti dan berikrar untuk musnahkan bekas parti.
![]() |
Madahnya ketika kempen PRK Parlimen Kuala Kangsar dua tahun dulu setelah depa itu dah keluar dari Umno? |
Jadi, siapa sebenarnya yang khianat? Mereka gelar bekas ahli ‘cap
bunga’ sebagai pengkhianat, tapi sedarkah mereka bahawa mereka lebih awal bergelar pengkhianat, bukan? Mereka lupa? Mereka nyanyuk? Atau mereka menghidap alzheimer?
bunga’ sebagai pengkhianat, tapi sedarkah mereka bahawa mereka lebih awal bergelar pengkhianat, bukan? Mereka lupa? Mereka nyanyuk? Atau mereka menghidap alzheimer?
Tidak perlulah retorik dan poyo sangat mengutuk orang. Patutnya mereka ‘cermin diri sendiri’ terlebih dahulu sebelum mengecam orang yang mereka ajar untuk jadi khianat pada perjuangan. Tapi mustahil sangatlah untuk mereka sedar kerana mungkin mereka menyangka mereka itu ‘maksum’…
![]() |
Madah Madey ketika kempen PRK Parlimen Sg.Besar Selangor,setelah keluara dari Umno. |
Syukurlah ‘virus’ seperti itu sudah hampir pupus dalam UMNO. ‘Bapa virus’ itu sudah keluar dari UMNO dan menjadi ‘parasit’ dalam parti baru yang ditubuhkannya. Kita lihat nanti berapa lama ‘cap bunga’ itu boleh ‘hidup’. Sekarang pun sudah ‘layu’ hampir lunyai tak laku, kan?
Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 am 0n Disember 31,2017.
Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 am 0n Disember 31,2017.
No comments:
Post a Comment