C. SHEILA RANI
20 Disember 2017 4:24 PM
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.
![]() |
Hishammuddin Tun Hussin. |
"Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,di sini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji bakar ninggal. blogspot.com at 2.33 am on Disemberi 21,2017.
No comments:
Post a Comment