Monday, February 4, 2013

Selesai tuntutan rakyat Selangor melalui rundingan,bukan Mahkamah-Noh Omar

TANJUNG KARANG 4 Feb. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor supaya menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah atau tuntutan rakyat daripada menggunakan saluran mahkamah.
Datuk Seri Noh Omar

"Untuk menyelesaikan masalah rakyat ni bukannya di mahkamah tetapi rakyat ada hak untuk menuntut di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada hampir 1,000 ibu bapa kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman tuntutan pemberian air percuma daripada lebih 700 pengguna meter air pukal di Selangor.

Beliau berkata, jika kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang ikhlas dan bertanggungjawab dan hendak menunaikan janji serta mengakui manifesto itu satu janji sewajarnya mereka boleh berunding dengan kumpulan rakyat yang membuat tuntutan itu di luar mahkamah.

Namun, nampaknya kerajaan negeri pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas masih mahu terus bermain politik sedangkan mandat pemerintahan mereka akan berakhir beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya umum diadakan, kata beliau.

Noh berkata: “Kerajaan negeri kena bersedia bahawa kebangkitan rakyat Selangor jelas mereka nak menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR masa kempen pilihan raya 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka, maka rakyat sokong mereka dan Barisan Nasional kalah di negeri Selangor."

Beliau berkata, setelah pengguna-pengguna air dan ibu-ibu tunggal memfailkan tuntutan mereka terhadap janji kerajaan negeri yang tidak ditepati di mahkamah, kumpulan warga emas yang masih tidak mendapat caruman takaful RM2,500 dan peniaga yang tidak menikmati potongan cukai pintu sebanyak 10 peratus sedang melakukan persedian untuk tindakan yang sama.

Sementara itu, dalam ucapannya, beliau berkata, ekoran masalah kekurangan bekalan air untuk jangka panjang di Selangor, sejumlah 450 projek kilang tidak dapat dilaksanakan dan ini mengakibatkan kehilangan 20,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor.

Oleh kerana tiada jaminan bekalan air akan cukup bila kilang berkenaan siap nanti maka projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan dikhuatiri para pelabur akan lari mencari peluang pelaburan di negeri-negeri lain mengakibatkan Selangor menjadi mundur, katanya.

Faktor yang sama juga menyebabkan projek-projek perumahan baharu tidak dapat dilaksanakan di Selangor dan bakal mengakibatkan kenaikan harga rumah di negeri ini, kata Noh.

Bagaimanapun, Noh berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin Kerajaan Pusat telah melaksanakan projek mitigasi untuk mengatasi masalah air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta tahun lepas, di mana RM354 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk pinjaman bagi tujuan yang sama tetapi nampaknya tiada apa-apa kemajuan atau perubahan di Selangor.

Oleh itu, minggu lepas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta lagi bagi projek mitigasi untuk bekalan air di Selangor, katanya.

Pada masa yang sama, Noh berkata, walaupun ada pihak yang mengatakan memang sepatutnya kerajaan memberi balik kepada rakyat duit hasil kutipan cukai menerusi bantuan awal persekolahan atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan semua kerajaan berbuat begitu.

Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini Kerajaan Malaysia memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain seperti tepung, gula dan minyak masak, katanya.

Bahkan, katanya, ada yang berkata kerajaan boleh bankrap kerana memberi subsidi dan bantuan langsung secara tunai kepada rakyat tetapi sebenarnya kerajaan mampu berbuat demikian kerana hasil kutipan cukai yang meningkat di mana pada tahun lepas Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM125 bilion. - BERNAMA( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2128 hrs on February 04,2013.

Jangan beri undi pada PAS- CN Al-Afghani



SUNGAI PETANI 3 Feb. - Seluruh ahli Pas diminta tidak lagi memberi sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana pemimpin atasannya didakwa telah melakukan kemungkaran dalam isu Amanat Haji Hadi dan kalimah Allah.

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani berkata, dalam tempoh kritikal di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13 ketika ini, adalah wajar para pengundi bekerja keras memastikan semua calon pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya umum nanti. “

Harapan untuk hidup bahagia dan aman tidak mungkin menjadi kenyataan jika pemimpin Pas masih melakukan agenda tidak sihat dalam negara," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai bukunya berjudul ‘Kafirkah Aku’ dalam Forum Islam dan Keamanan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) di sini semalam.(UTUSAN ONLINE-POLITIK) Posted by abnmulya at 1641 hrs on February 04,2013.


Sunday, February 3, 2013

Wajah-wajah politik Hipokrit PAS

 Ahad, 03 Februari 2013 21:41
 ZULKIFLEE BAKAR


Senario pertama: Apabila tercetus Amanat Haji Hadi yang ternyata membawa perpecahan kepada umat Islam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta diberi peluang untuk muncul di televisyen selama sejam untuk membuat penjelasan.

Permintaan beliau disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap tidak adil jika Abdul Hadi dipersalahkan tanpa diberi peluang berbuat demikian.

Senario kedua: Abdul Hadi menandatangani kesepakatan bersama-sama kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Tindakan Abdul Hadi itu tidak dirujuk lebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama yang kemudiannya membuat keputusan menolak persetujuan berkenaan.

Senario ketiga: Datuk Dr.Hasan Ali telah dipecat daripada Pas tanpa sebab sehingga menyebabkan beliau kehilangan jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sebelum itu Dr.Hasan dilihat tegas mahu melaksanakan peraturan berkaitan penjualan arak kepada orang Islam dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Senario keempat: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Pas atas alasan tidak menghadiri mesyuarat.

Sebelum ini Nasharudin dilihat pemimpin Pas paling lantang mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas terutamanya dalam pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam. Beliau juga berani menegur anak Anwar, Nurul Izzah dalam isu kebebasan beragama.

Ahli Parlimen Bachok ini juga bersedia berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah semata-mata mempertahankan apa yang diperjuangkan oleh Pas.

Senario kelima: Nik Abdul Aziz tetap tidak mahu mengadakan sebarang musyawarah dengan UMNO atas alasan UMNO memperjuangkan dasar kebangsaan dan Pas memperjuangkan dasar Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, Nik Abdul Aziz bermati-matian mempertahankan kerjasama Pas dengan PKR dan DAP yang sudah secara terbuka menolak sebarang perjuangan Islam oleh Pas.

Senario Keenam: Nik Abdul Aziz bersedia hadir ke rumah Karpal Singh untuk diraikan pada majlis hari jadi Menteri Besar Kelantan itu, biar pun Pengerusi DAP tersebut sentiasa konsisten menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Senario Ketujuh: Pas memperlekehkan permohonan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sebarang kesilapan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sama sekali tidak mendesak Abdul Hadi memohon maaf atau menarik balik amanat beliau yang sudah terbukti memecah-belahkan umat Islam.

Penulis menggariskan tujuh senario ini untuk mengingatkan pembaca bagaimana semakin bercelarunya perjalanan politik Pas sekarang sejak mereka menjalin hubungan dengan PKR dan DAP.

Ketujuh-tujuh senario ini jika difikirkan secara mendalam membuktikan Pas bukan sahaja sebuah parti 'cakap tidak serupa bikin' malahan mengamalkan sikap 'double standard' dan bersedia melakukan apa sahaja demi mengejar kuasa politik bersama-sama kedua-dua parti tersebut.

Isu kalimah Allah dan pemecatan Nasharudin yang kini hangat diperkatakan hanya mendedahkan lagi wajah politik hipokrit Pas sebagai sebuah parti yang kononnya masih mendakwa memperjuangkan Islam.

Ia memandangkan tindak-tanduk Pas jelas menampakkan bahawa parti itu semakin tersasar untuk melayakkan mereka diangkat apatah lagi disanjung sebagai parti Islam. Cuba lihat senario yang pertama, Abdul Hadi bermati-matian mahu diberi peluang 'membela diri' dalam isu Amanat Haji Hadi tetapi bagaimana dengan Nasharudin dan Hasan.

Kedua-dua mereka dipecat tanpa sebab dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, 'dosa' mereka bukan kerana mencemarkan imej Pas tetapi dilihat 'melakukan kesalahan' kerana terus mempertahankan apa yang diperjuangkan Pas selama ini.

Bagi Pas oleh kerana mereka sudah bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, maka jangan ada mana-mana pemimpin itu yang hendak memandai-mandai melakukan tindakan yang boleh menjejaskan hubungan berkenaan.

Itulah nasib yang terpaksa diterima oleh Hasan dan Nasharudin, kedua-dua mereka bercakap atas kapasiti pejuang Pas sejati dan tidak mahu menggadaikan prinsip perjuangan parti itu tetapi akhirnya demi cita-cita ke Putrajaya mereka dikorbankan.

Satu sumber dalaman Pas memberitahu penulis, apa yang berlaku ke atas kedua-dua pemimpin berkenaan bukanlah satu kebetulan tetapi sememangnya satu perancangan kerana mereka dilihat boleh menggugat hasrat PKR dan DAP memperkudakan Pas.

''Nasharudin pernah diamanahkan oleh Majlis Syura dan kepimpinan Pas untuk mencari jalan mewujudkan kerjasama dengan UMNO selepas pilihan raya umum 2008, ketika itu beliau berhubung dengan Hasan dalam usaha merealisasikan penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor.

 ''Walaupun usaha itu gagal tetapi sejak itulah Nasharudin dan Hasan tidak disenangi oleh kepimpinan PKR dan DAP, malahan dalam beberapa pertemuan tertutup ada pemimpin kedua-dua parti itu sering mendesak kedua-dua pemimpin tersebut disingkirkan daripada Pas," kata sumber tersebut.

 Menurut sumber tersebut, kalaulah tindakan Nasharudin tidak menghadiri mesyuarat majlis syuara dianggap 'satu dosa' sehingga beliau dipecat, bagaimana pula dengan Abdul Hadi yang menandatangani kesepakatan dengan kepimpinan PKR dan DAP bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

 ''Kenapakah kesepakatan itu tidak dirujuk kepada Majlis Syura dahulu? Walaupun kemudiannya majlis tersebut tidak bersetuju dengan persetujuan yang dibuat oleh Abdul Hadi tetapi perjanjian yang ditandatangani tidak boleh dibatalkan begitu sahaja.

Kenapa Abdul Hadi tidak dminta memberi penjelasan?," kata sumber tersebut. Sebenarnya kata sumber itu, tidak hadir mesyuarat hanyalah alasan, hakikat sebenarnya terdapat dalam kalangan kepimpinan Pas dan PKR tidak senang dengan ketegasan Nasharudin dalam isu berkaitan Islam dan hubungan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

''Sesetengah pemimpin Pas sudah dirasuk dengan politik kebencian terhadap pemimpin UMNO yang dibawa oleh PKR. Oleh itu mana-mana pemimpin Pas yang berbaik dengan pemimpin UMNO akan dilayan seperti musuh dalam selimut bagi Pas," kata sumber itu lagi.

Selain itu turut menjadi persoalan ialah sikap Nik Abdul Aziz yang bersedia diraikan oleh Karpal Singh dalam majlis hari jadi sedangkan semua pemimpin dan ahli Pas tahu betapa tegas serta konsistennya Pengerusi DAP itu dalam menentang pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang bertahun-tahun menjadi modal politik Pas untuk meraih undi.

Timbul persoalan kenapakah Nik Abdul Aziz begitu berlembut dengan pemimpin-pemimpin DAP tetapi dalam masa yang sama begitu keras menentang sebarang usaha menjalin silaturahim dengan pemimpin UMNO.

 ''Kalau kehadiran Nasharudin bersama Perdana Menteri di Mekah dan Gaza yang terang-terang bertujuan demi kepentingan Islam sejagat dianggap salah oleh pemimpin Pas, apakah tindakan Nik Abdul Aziz untuk terus menjalin hubungan rapat dengan pemimpin pembangkang yang menentang dasar perjuangan asal Pas dianggap bukan satu kesalahan?," kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis.

 Satu lagi wajah politik hipokrit Pas ialah terus mempertahankan Abdul Hadi yang bertanggungjawab menghasilkan Amanat Haji Hadi. Berdasarkan pendedahan dan pengakuan bekas-bekas pemimpin serta ahli Pas, jelas sekali amanat itu telah memporak-perandakan umat Islam.

Tetapi Pas tidak meminta Abdul Hadi menarik balik amanat berkenaan. Sebaliknya, apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, Perdana Menteri memohon maaf terhadap sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh kerajaan BN, Pas memperlekehkannya termasuk menganggap ia sudah terlambat.

Persoalannya apakah ini sikap pemimpin yang kononnya masih memperjuangkan Islam. Kenapa perlu ada sikap 'double standard' dalam soal ini? Hakikatnya, banyak lagi kesilapan, kesalahan dan perbuatan Pas yang semakin menunjukkan parti itu semakin keliru, celaru dan tidak menentu dalam mencari hala tuju perjuangan politiknya.

Mungkin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi mempertahankan wajah politik hipokrit mereka namun kebenaran tetap kebenaran dan ia tidak akan mampu ditutupi dengan sandiwara dan kepalsuan.

Sesungguhnya, isu kalimah Allah dan pemecatan Nasharudin sudah menjadi bukti bahawa Pas bukan sahaja semakin tidak layak malahan semakin jauh untuk diberi pengharapan bagi membela nasib orang Melayu dan mendaulatkan Islam, segala-galanya kerana terlalu kemaruk untuk merebut kuasa.-3/2/2013 -Utusan(Posted by abnmulya at 8.04 am on Februry 04,2013).


Jangan terpengaruh 'fatwa' Nik Abdul Aziz

 MACHANG 3 Feb. - Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuatnya sejak dahulu sehingga sekarang.

''Ketika menang bertanding dalam pilihan raya dulu, beliau mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran sebab suara adalah aurat, hukum itu katanya dibuat berlandaskan al-Quran tetapi sekarang dia pakai hadis mana pula wanita boleh sertai tilawah al-Quran,'' katanya.

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah 2.0 Premier BN, Siapa Pelopor Fatwa 'Kluk-Klek' di Kampung Padang Selising, di sini malam tadi (Utusan online-politik).osted by abnmulya t 6.13 am on February 04,2013.

Saturday, February 2, 2013

Gabungan Ngo-Ngo Gombak Bentang Kertas Kerja :Peranan Ngo Dalam Membantu Barisan Nasional Mencapai Kemenangan Di Negeri Selangor

Sebahagian daripada para perwakilan badan-badan ngo Selangor yang telah memenuhi dewan ibu pejabat Umno Selangor,di tingkat 7,di Shah Alam pagi Sabtu semalam. Barisan depan dari kiri Datuk Dr.Rahman,sebelahnya Hj.Fadli Setiausah Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan sebelahnya En.Nazri Penasihat Sekretariat Ngo Selangor.


Haji Abu Bakar Ninggal
February 03,2013 at 11.40pm.

Berdasarkan pengiktirafan Kerajaan Umno-BN Pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor dalam usaha membantu Umno-BN memenangi 2/3 kerusi dalam Parliman Malaysia yang berjumlah 222 kerusi itu.

Sekaligus jika method yang telah digarapkan di dalam kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu digunakan sebagai formula baru untuk mendekati rakyat di kawasan masing-masing dan diiringi dengan kempen-kempen politik yang bersungguh-sungguh di seluruh Selangor secara total ?

Dengan secara jujur dan ikhlas kita dekati rakyat.Kita mesti akui dan meminta maaf pada rakyat kita di kawasan masing-masing atas segala kelapaan,atas segala kesalahan  atas segala tingkah laku kita yang sumbang pada pandangan mata rakyat di masa yang lalu yang telah kita lakukan.
Dari kiri: Datuk Dr.Rahman Ismail,Tan Seri Abu Hasan Omar,Datuk Shafie Asmawi ,Tan Seri Zaleha Ismnail dan Datuk Saloman Selamat.
Sama ada yang kita sedar ataupun yang tidak kita sedari hingga membuatkan sebahagian besar rakyat Selangor,secara tiba-tiba telah menolak Umno-BN pada PRU ke:12,pada 8hb.Mac 2008 dulu itu.Di sana mesti ada salah silapnya? Hakikat ini mesti kita akui dan mesti kita buat kajian yang mendalam.

Para pemimpin Umno-BN dan juga para pemimpin Ngo-Ngo yang sedang membantu Umno-BN dalam perjalanan (on the road) menuju tibanya PRU ke:13 sekaligus anda adalah dianggap mewakili  Umno-BN. Anda dari Ngo-Ngo perlu juga memohon maaf atas segala kesalahan yang telah di lakukan oleh Umno-BN itu? Kerana memohon maaf atas segala kealpaan,segala kesilapan kita itu?

Ia merupakan satu tindakkan yang paling mulia di sisi Allah dan diredhai dan disukai oleh Allah SWT. Mengakui kesalahan yang anda lakukan itu? Bererti anda telah melakuakan taubat. Allah SWT paling sayang,paling kasih terhadap hamba-hambaNya yang segera bartaubat sebaik sahaja telah melakukan perkara-perkara yang mungkar.

Ikutlah contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Presiden Umno YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita dapati telah beberapa kali secara terbuka di depan pulohan ribu rakyat-rakyat yang berbilang kaum di tempat-tempat yang beliau lawati,di beberapa negeri di dalam Malaysia.
Dari kiri: 3 perwakilan lelaki dan 3 perwakilan wanita di barisan depan ini ialah kesem uanya para perwakilan dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Secara jujur dan ikhlas,secara terbuka dilihat beliau bersediaa mendambakan diri dan sanggup melafaskan perkataan meminta maaf di atas kelapaan beliau sendiri dan sekaligus mewakili para pemimpin Umno- BN yang telah lalu,hinggakan mengakibatkan Umno-BN kalah di Selangor,kalah di Kedah,kalah di Perak,kalah di Pulau Pinang dan terus kalah di Kelantan.Nasib baik Perak dapat segera di selamakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia? Selaku Presiden dan Pengerusi Umno-BN begitu TEGA bersedia mendambakan dirinya pada rakyat? Kenapa para pemimpin di bawahnya tidak sanggup? Tiada sebab kenapa dan mengapa anda tidak sanggup? Siapa anda? Adakah anda lebih istimewa dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak?

Kepada bakal calon-calon pula? Baik calon-calon Parliman atau pun calon-calon Dewan Undangan Negeri.Ada di anataranya yang telah dimaklumkan secara gossip kononnya akan diangkat jadi calon-calon itu dan ini. Ada diantara mereka ini diliaht telah menukar sikap.Dulu mesra tapi kini dah tukar jadi tidak mesra lagi.Dah mula nak hipokrit dan lupa pada kawan-kawan.

Sikap yang demikian? Adalah salah dan tidak wajar sama sekali diulang-ulangi. Allah SWT Maha Melihat apa yang tersirat dihati dan di luar hati anda. Janganlah lakukan perbuatan yang menjadikan Allah SWT murka pada anda. Jika anda terus juga lakukan sikap sedemikian rupa?

Sebahagian daripada  para perwakilan dari bahagian-bahagian lain di dalam Selangor.Ada 20 atau 30 orang perwakilan ngo dari kaum Cina juga hadir.
Bererti anda sedang mengulangi kealpaan,kesilapan dan kebusukan perbuatan tokoh-tokoh Umno-BN yang lama, yang telah lupa daratan mengakibatgkan Umno-BN kecundang 5 negeri pada PRU ke:12 dulu itu (pada 8 hb.Mac 2013). Sikap buruk dan hodoh dan hipokrit  ini  mesti segera di lontarkan jauh-jauh dari lautan hati nubari anda orang-orang Umno-BN.

Jika Umno-BN mahu menebus kembali maruah yang telah tercalar pada  8 hb.Mac 2008 dulu?Formulanya ialah,para pemimpin Umno-BN tidak kira yang besar atau pun yang sekecil-kecil jawatannya, harus segera berubah. Segera melakukan transformasi sikap lahir dan batin yang dapat diterima dan disukai oleh rakyat jelata.Bukan sikap hipokrit yang boleh merosakkan diri anda sendiri.Waspadahlah....

Dari sikap buruk, hodoh dan sikap bodoh sombong? Anda harus behijarah ke sikap mesra rakyat secara tulus ikhlas, bukan pura-pura. Terus mendekati rakyat dan cuba bantu apa yang mereka perlukan.Jika anda snggup berbuat demikan? Jika anda bersedia berbuat baik?

Insya Allah! Dengan izin Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Umno-BN akan dapat merampas semula kuasa politik di Selangor dan sekaligus dapat menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Selangor pada PRU ke:13 yang akan menjelang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang yang merupakan sebagai "Ibu dari segala peperangan untuk memenangi Pilihanraya Umum ke:13 itu nanti."
Diantara perwakilan lelaki dan wanita yang telah hadir di pagi tersebut boleh dikatakan sama banyak bilanganya yang berazam mahu merampas semula kuas politik di Selangor paa PRU ke: 13 ini nanti.
Untuk itu? Pada pagi Sabtu,bermula pada jam 9.30 pagi, bertempat di Tingkat 7, di Bangunan Umno Selangor, di Shah Alam telah diadakan satu Bengkel Gerakkerja setengah hari oleh para perwakilan dari badan-badan Ngo di seluruh Selangor.

Bengkel Gerakkerja setengah hari itu di anjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat ( MUBARAK) Cawangan Selangor.Darul Ehsan,di bawah pimpinan mantan Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Abu Hasan Omar.

OBJEKTIF GERAKKERJA INI ADALAH:

(1).Untuk menyelaraskan gerakan NGO membantu Barisan Nasional di kawasan masing-masing.

(2).Menghidupkan jentera NGO diseluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parliman.

Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail
(3).Menggerakkan program jaringan rakyat di kalangan NGO masing-masing merangsang setiap ahli menyokong Barisan Nasional.

UCAPAN PENGERUSI PENGANJUR BENGKEL.

Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail yang bertindak selaku Pengerusi Bengkel anjuran (MUBARAK) di dalam ucapan pembukaan di majlis tersebut berkata,bahawa di dalam pilihanraya yang lalu iaitu, di dalam PRU ke:12 yang yang lalu Umno-BN telah mengalami gegeran politik .

Akibat dari gegaran itu Umno-BN menderita kekalahan di 5 negeri,di dalam Malaysia,di tangan parti pembangkang.

Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi dan kita berazam bahawa kita akan menebus kembali maruah yang telah ternoda pada PRU ke:13 yang akan kita hadapi tidak berapa lama lagi.

Seterusnya beliau berkata,kerana apa yang kita lihat mereka yang telah diberikan mandat oleh sebahagian besar pengundi-pengundi dalam beberapa negeri di negara kita ini,sehingga mereka menang dan berjaya menubuhkan kerajaan,tetapi hasilnya mendukacitakan.

Menurutnya,jadi,itulah yang kita tidak mahu perkara ini terus menerus berlaku terutamanya di negeri Selangor. Hari-hari kita lihat beberapa isu yang timbul dan rakyat menderita,tetapi seolah-olah penderitaan ini yang dilaungkan yang ditunjukkan mana cara jua pun,nampaknya tidak langsung menerap kepada hati nurani mereka yang berada di dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.

"Oleh kerana itu,kita hendak menentukan bahawa negara kita ini, pada masa akan datang adalah terjamin sebagai negara yang aman,tenteram,maju,berjaya dan mengamalkan sistem demokrasi.Jadi, apa yang kita akan laku pada pagi ini ialah,kita cuba menggembeling tenaga,fikiran dan juga segala undi dan kuasa mengundi yang ada dikalangan Ngo-Ngo.

"Kebelakangan ini,kita lihat bahawa berbagai-bagai pihak semua mengitiraf kuasa yang ada pada Ngo-Ngo, dan peranan yang boleh dimainkan oleh Ngo-Ngo.Saya ini terlibat dalam Ngo sejak saya bersekolah lagi
sehinga sampai hari ini.

"Saya merasakan sangat puas hati melaksanakan kerja-kerja dalam badan Ngo disebabkan kita memberikan khidmat kita,untuk mencari wang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti program yang kita rancang atau apa sahaja,secara sukarela.

"Semata-mata beramal dan tidak memikirkan keuntungan,apa yang kita akan dapat.dari aktiviti-aktiviti yang telah kita lakukan itu dan dengan demikian, saya yakin kita dapat terus menyumbang kepada kejayaan, kemajuan dan kestabilan negara kita."tegas Tan Seri Zaleha Ismail dengan seriusnya.

Menurut Tan Seri Zaleha Ismail bahawa Ngo-Ngo ini, kadang-kadang ada di antara Ngo-Ngo yang kecil itu telah bergabung dan ada diantaranya Ngo-Ngo itu dilihat masih tidak bergabung. Jadi ternyata bahawa masa dan usaha  kita itu tidak dapat digembeling cara tersusun dan cara yang teratur. Maka kuasanya pun tidak nampak besar dan tidak dapat digunakan dengan cara yang gah,perkasa.

Beliau berkata,saya harap kita dapat melakukannya kali ini. Kami telah melaksanakan satu gabungan di Gombak yang kami namakan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang mempunyai 150 buah badan-badan Ngo-Ngo yang kecil-kecil yang berada di dalam Daerah Parliman Gombak yang mempunya anggotanya sebanyak 150,000 orang.

Seteusnya beliau berkata,saya dapat maklumat bahawa di Selangor ini,ada sebanyak 8000 buah Ngo-Ngo telah didaftarkan. Jika dibandingkan di Gombak itu dari hanya 150 buah badan Ngo-Ngo mempunyai keahlian sebanyak 150,000 orang dan ahli-ahlinya yang layak mengundi dari jumlah tersebut sebanyak 30,671 orang yang teberdaftar dan sah boleh mengundi dalam PRU ke:13 ini?

Maka 8000 buah Ngo-Ngo dalam negeri Selangor ini? Agaknya berapa bilangan pengundi yang ada dikalangan kita? Bayangkanlah betapa besarnya kuasa mengundi yang ada pada Ngo-Ngo di seluruh negeri Serlangor?

Katanya lagi,Memang pergerakan badan-badan Ngo-Ngo sangat bermkana di arena politik Malaysia ini dan ia boleh merubah keadaan fenomina politik semasa. Yakinlah kita boleh melaksanakan perubahan keadaan itu.

Beliau menyeru kepada  para pemimpin Ngo-Ngo yang hadir. Marilkah kita susun dengan teratur dan kita tentukan tiap-tiap seorang dari kita menentukan ahli-ahli pertubuhan kita sendiri yang berdaftar sebagai pengundi yanh sah adalah merupakan pengundi-pengundi yang benar-benar mahukan kerajaan yang bertanggung jawab yang berjiwa rakyat.

Marilah kita mobilisasai gerakkerja kita di Selangor ini bermula pada hari ini,mudah-mudah kita dapat rahmatnya pada pilihanraya yang akan datang yang memberi kejayan gemilang pada Umno dan Barisan Nasional. 

Terima kasih kerana anda sudi datang ke majlis Gerakkerja anjuran (MUBARSK ) dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional dalam PRU yang ke:13 nati.

TINDAK BALAS YANG BAIK.
 
Walaupun jemputan yang di edarkan dalam masa yang amat singkat,tetapi telah mendapat tindak balas yang baik,sehingga sebanyak 30 buah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor telah terlibat di dalam Bengkel Gerakkerja Ngo bagi menghadapi PRU ke :13 itu.

Lebih kurang 210 orang para perwakilan dari badan-badan Ngo tersebut turut merumuskan kertaskerja yang telah dibentangkan oleh dua tokoh pemimpin Umno dan Ngo Gombak.
Datuk Dr.Rahman Ismail

YBhg Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, merangkap Mantan Ahli Parliman (MP) Umno Bahagian Gombak,bagi penggal 2004-2008 telah membentangkan kertas kerjanya yang panjang lebar yang berjodol :

(1). Peranan NGO Dalam Membantu Barisan Nasional Mencapai Kemenangan Di Negeri Selangor dan Di Parliman.

Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku seorang ahli politik yang berpengalamanan dan selaku seorang ahli koprat bertaraf antara bangsa yang telah berjaya terpaksa mengambil  masa lebih kurang 45 minit untuk  mengutarakan konsep kertas kerjanya kepada para perwakilan Ngo-Ngo di pagi tersebut.

Huraian yang dibentangkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail itu dilihat boleh dikatakan begitu detail dan disertai dengan contoh-contohnya sekali,agar senang difahami oleh para perwakilan badan-badan ngo lain di Selangor yang hadir di pagi tersebut.

Hasilnysa? Penulis lihat, ianya telah memberi manfaat yang tidak ternilai kesannya kepada para perwakilan badan-badan ngo yang menyertai di Bengkel tersebut dan kemudiannya bolehlah mereka jadikan asas bersabit dengan kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu sebagai panduan dan boleh dijadikan "ilmu pengetahuan' yang baru menuju ke perjalanan hingga tiba di hari PRU ke:13 itu tiba.

Boleh dijadikan senjata perang urat saraf, ketika mana dan bila-bila masa sahaja kita berdepan dengan parti pembangkang dalam PRU keL:13 ini dan boleh digunakan selaku senjata serangan politik terhadap parti-parti pembangkang menjelang PRU ke:13 yang akan tiba dalam masa terdekat.

Bayak di antara para perwakilan yang telah memuji-memuji kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail itu dan ada diantara para perwakilan yang menyatakan bahawa baru kali ini mereka berpeluang dapat mendengar konsep teknik politik yang sedemikian rupa.

Kertas kerja itu mampu menelurkan satu-satunya ilmu pengetahuan yang baru sifatnya yang amat berguna untuk dihebahkan,diberi taklimat pula kepada semua ahli-ahli ngo mereka di bahagian masing-masing.

Iaitu di ketika mereka sesdang membincangkan program gerak kerja mereka untuk  melaksankan program-program mereka dengan cergas untuk membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam "Ibu segala peperangan politik UMNO-BN menentang perang politik Pakatan Rakyat dalam pertempuran Pilihanraya Umum yang ke:13 yang akan datang tidak berapa lama lagi itu.

Sementara YBhg Dato'Haji Saloman Selamat,Pegawai Penerangan (MUBARAK) dengan pembentangan kertas kerja.(2).Kertas Kerja Isu-Isu Semasa.

Dato'Haji Saloman selamat telah mengambil masa selam 30 minit bagi membolehkan beliau mengutarakan segala kepincangan-kepincangan pentadbiran keraja Pakatan Rakyat di Selangor selama hampir 5 tahun yang telah berlalu.

(Seluruh kertas kerja Datuk Dr.Rahman Ismail dan Dato Saloman Selamat akan penulis siar khas di dalam tulisan yang berasingan nanti di blog ini juga. Pengarang.).

Dato Haji Saloman Selamat
Isu-isu yang di sebut-sebut oleh Dato' Saloman ialah, isu-isu janji-janji yang tidak ditepati oleh kerajaan Pakatan Rakyat, seperti isu air percuma 20 kubik metar.

Isu alaun Ibu tunggal.Isu kepincangan di PKNS.Isu kepincangan di Yayasan Selangor,Isu Talam dan berbagai-bagai isu lagi yang perlu Umno-BN orbitkan sebagai isu politik utama bersabit dengan segala kegagalan kerajaan PR dengan serius,mulai dari sekarang hingga tiba PRU ke:13.

Menurut Dato Saloman, hasil kajian yang telah dibuat oleh beliau dan teamnya, bahawa Umno-BN di Selangor itu sendiri setakat hari ini? Akan berjaya merampas semula  DUN selangor dengan pencapain "simple majority".

Insya Allah! Mungkin kita akan dapat mencapai keputusan 2/3 majority di Selangor dengan syarat:

Jika kita melipat gandakan kerja-kerja kita seiringan sebahu diantara semua golongan jentera parti dan dibantu bersungguh-sungguh oleh badan-badan Ngo itu sendiri harus mempengaruhi "pengundi atas pagar" semaksima yang mungkin dan sekaligus pengundi Y yang pertama kali mengundi di dalam PRU ke:13 ini.

Beliau seterus berkata,dengan syarat, bahwa perpaduan jentera Umno-BN dan di bantu oleh badan-badan Ngo,dari hari ke hari,mulai dari sekarang hingga menjelang tiba piliharaya umum. Jika kita sudah semakin kuat, sudah semakin bersatu padu.

Kita benar-benar berazam mahu rampas semula Selangor dengan keputudsan kerusi 2/3 di DUN Selangor, sekaligus mendapat kerusi 2/3 di dalam Parliman Malaysia?

Datuk Shafie Asmawi Setpol Datuk Seri Noh Omar.
Beliau menyeru kepada seluruh lapisan pemimpin Umno-BN dan badan-badan ngo yang pro kerajaan mesti terima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Pucuk Pimpinan Tertinggi Umno-BN bersabit dengan calon-calon Parliman dan juga calon-calon DUN negeri,khasnya di Selangor Darul Ehsan itu sendiri yang menjadi tempat tanah tumpah darah kita.

"Sesungguhnya,dalam PRU ke:13 ini,kita tidak mampu bersengketa walau pun dalam jumlah 1%. Apa yang telah diputuskan oleh Pucuk Pimpinan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden parti Umno-BN  harus kita hormati dengan setulus ikhlas dan dengan dada yang terbuka luas demi kemenangan Umno-BN." tegasnya.

"Sesungguhnya, Umno-BN dan badan-badan ngo yang pro kerajaan,tidak mampu bercakaran sesama sendiri.Kerana kita tidak mampu menerima kekalahan seperti yang berlaku di dalam PRU ke:12, pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu.

"Pertarungan di dalam PRU ke:13 ini, merupakan hidup mati bangsa Melayu berjuang terus untuk mempunyai,memiliki kuasa politik seluruh Malaysia.Tanpa kuasa politik yang dipegang oleh Umno-BN bererti keranda bagi Bangsa Melayu itu sendiri di masa-masa hadapan," pesan belaiu mengakhiri ucapannya.

Acara penutup majlis bengkel gerakkerja anjuran MUBARAK Cawangan Selangor itu telah dilakukan oleh Datuk Shafie Asmawi,Setiausaha politik kepada Datuk Seri Noh Omar.

Menteri Pertanian dan Asas Tani yang tidak dapat hadir pada pagi itu disebabkan beliau selaku Timbalan Ketua Perhububgan Umno Selangor, harus mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan di Ampang,Selangor,di pagi dan di hari yang sama juga.Jadi,Datuk Seri Noh Omar telah menghantar Setiausaha Politiknya sebagai wakil pribadinya. (Posted by abnmulya at 2340 hrs on February 03,2013).


Friday, February 1, 2013

Bersatu betulkan keputusan



Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR 
syahrir.bakar@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Golongan ulama dalam Pas terutama ahli Majlis Syura Ulama diseru supaya bersatu 'memperbetulkan' keputusan memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilihat dibuat tanpa mengikuti prosedur.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. berkata, selain dilihat membuat keputusan yang salah, pemecatan Nasharudin menguatkan lagi bukti bahawa golongan pro- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau digelar 'Anwarinas' dalam parti itu semakin menguasai Pas.

Dengan hal yang demikian, katanya, keputusan Pas yang tidak memberi peluang kepada Nasharudin untuk membela diri akan menyebabkan tindak-tanduk parti itu semakin terkeluar daripada landasan Islam yang mementingkan prinsip keadilan dan sahsiah.

 "(Pemecatan Nasharudin) Ini bukan keputusan main-main, apatah lagi pemecatan budak sekolah rendah pun ada prosedur serta tertib tertentu seperti memberikan peluang kanak-kanak itu membela diri, memberikan sebab dan sebagainya.

"Saya menyeru golongan ulama terutama dalam majlis syura menyedari hala tuju parti dan membuat ketetapan jitu untuk menarik balik keputusan memecat Nasharudin atau sekurang-kurangnya merendah diri untuk mengkajinya semula," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan beberapa tokoh Pas semalam seperti Datuk Muslim Othman yang meminta majlis itu mengkaji semula pemecatan Nasharudin sebagai anggotanya. Lebih mengelirukan, Nasharudin sehingga kini belum menerima surat pemecatan tersebut dan hanya mengetahuinya melalui media sedangkan kepimpinan Pas mendakwa keputusan itu dibuat pada 13 Januari lalu.

Sebelum ini, sumber dalaman Pas memberitahu Utusan Malaysia, Nasharudin juga tidak diberi surat tunjuk sebab serta hak membela diri dan kemungkinan pemecatan itu dibuat selepas pemimpin Pas melihat beliau mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Sumber itu turut mendedahkan jika kepimpinan Pas memecat Nasharudin kerana mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.

 Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad memberitahu, pemecatan itu menunjukkan kepimpinan Pas mengamalkan politik permusuhan yang mendalam dengan UMNO tanpa mengikut lunas keadilan.

"Saya doakan agar Nasharudin teruskan perjuangan beliau tanpa menghiraukan keputusan Majlis Syura Ulama memecatnya kerana jelas dibuat secara melulu dan berdasarkan kebencian.

"Alasan kerana Nasharudin sering tidak hadir mesyuarat juga sukar diterima kerana seperti mengikut pendedahan baru-baru ini, Ustaz Daud Iraqi juga sering berbuat demikian, jadi ini jelas menunjukkan Pas amat benci UMNO," katanya.(Utusan online-Berita Utama).Posteed by abnmulya at 5.333 am on February 02,2013.

Hadi Awang semakin angkuh- Puad.

i

SHAH ALAM 1 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai angkuh apabila membuat kenyataan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Beliau berkata, kenyataan Abdul Hadi itu juga jelas menggambarkan pemimpin Pas berkenaan tidak berfikir secara matang dan berpandangan jauh dalam arena politik.

"Sikap Abdul Hadi itu juga jelas menunjukkan dia seorang pemimpin politik yang sudah tidak relevan pada masa kini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dilapor sebuah akhbar hari ini bahawa Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan Umno) tidak tahu memerintah.

 Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sikap Pas itu juga jelas tersasar dengan pendirian parti yang kononnya memperjuangkan Islam apabila sanggup bekerjasama dengan DAP yang berbeza agama tetapi menolak UMNO. Sementara itu,

Mohd Puad turut mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengambil tindakan terhadap beberapa penyokong PAS yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi membantah gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Saya telah kenal pasti tiga daripada mereka yang terlibat adalah anggota Pas yang turut memijak poster Guan Eng dan lambang parti DAP, jadi Karpal sebagai peguam patut ambil tindakan dan desak untuk memecat mereka yang terlibat," katanya. - BERNAMA (Utusan online-politik).Posted by abnmulua at 1743 hrs on Februry 01,2013.