Tuesday, February 5, 2013

Pembangunan lebih pesat jika sokong BN- Ku Li

GUA MUSANG 5 Feb. - Rakyat akan menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh Hamzah

Beliau berkata, ini terbukti melalui perubahan di Bandar Gua Musang yang semakin maju berbanding 30 tahun dahulu apabila pelbagai kemudahan dilaksanakan kerajaan BN untuk faedah rakyat.

Perubahan ini adalah hasil sokongan penduduk Gua Musang kepada BN, katanya, ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Parlimen Gua Musang di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Ab. Ghani, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, bandar Gua Musang mungkin lebih maju lagi di masa akan datang apabila banyak projek yang dirancangkan kerajaan dapat dilaksanakan secara berterusan. “

Kita harap segala-galanya itu berjaya apabila rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan termasuk kita semua sebagai pemimpin peringkat Parlimen Gua Musang," katanya. - BERNAMA(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at2146 hrs on February 05,2013.


Monday, February 4, 2013

Ubah Permatang Pauh dulu-Taib

Oleh ZAAIN ZIN pengarang@utusan.com.my

KUCHING 4 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Sarawak kononnya untuk melakukan perubahan kerana boleh berbuat demikian di Permatang Pauh terlebih dahulu.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kawasan Parlimen tersebut yang diwakili Anwar sejak beliau bergelar pemimpin nombor dua negara sehingga kini bukan sahaja tidak banyak berubah malah semakin terabai.

Selain itu katanya, pelbagai janji manis pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 turut gagal ditepati walaupun penggal ini akan berakhir tidak lama lagi.

“Pembangkang sebenarnya tidak ada komitmen terhadap apa yang mereka janjikan atau dengan kata lain, memang tak ikhlas pun untuk lakukan perubahan.

“Jadi, buat apa rakyat mahu percaya kata-kata mereka yang kononnya mahu membawa perubahan ke negeri ini sedangkan kita tidak nampak pun kesungguhan itu," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.44pm on February 05,2013.

Amah jadi jutawan di Arab Saudi,milik kekayaan suami



Oleh Saharuddin Musthafa

JAKARTA 4 Feb. - Bagaikan bermimpi, daripada seorang amah, nasib seorang wanita Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi kini berubah menjadi jutawan.

Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya.

Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.

Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah. Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu.

Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia(Utusan onluine-luar negara).Posted by abnmulya at 12.34 pm on February 05,2013.

Ketepi saman air percuma ditolak

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
KAMARUDDIN Ahmad (lima dari kanan) dan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan (empat dari kanan) bersama penuntut air percuma mengangkat tangan tanda kemenangan pertama dalam kes menuntut air percuma di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI 

SHAH ALAM 4 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman berkenaan melibatkan tuntutan air percuma oleh pengguna air meter pukal seperti yang dijanjikan dalam manifesto parti pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tetapi gagal ditunaikan oleh kerajaan negeri sehingga kini (Utusan online-berita utama).Posted by abnmulya at 12.27pm on February 05,2013.


Bekas tokoh PAS salahkan Hadi



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
dan ASSIM HASSAN pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kelantangan Karpal Singh yang berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri selaku presiden parti itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata, Abdul Hadi 'bersalah' kerana bertindak membelakangkan Majlis Syura Ulama ketika bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam pada 8 Januari lalu.

 Katanya, walaupun Presiden Pas itu kemudian membuat pusingan 'U' pada 13 Januari selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan, tetapi ia sudah terlambat dan kini beliau terperangkap menyebabkan pemimpin DAP semakin biadab.

 Lebih tidak bertanggungjawab jelas Norman, Abdul Hadi menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dalam isu tersebut, sedangkan kontroversi kalimah Allah ditimbulkan sendiri rakan sekutunya dalam DAP iaitu Lim Guan Eng.(Utusan online-berita terkini). Posted by abnmulya at 12.18pm on January 05,2013.

..

400 BEKAS PENUNTUT INDIANA STATE UNIVERSITY TURUN PADANG BANTU KERAJAAN.


Gambar hiasan sahaja.
 TEMERLOH 5 Feb. - Seramai 400 bekas penuntut Indiana State University, Amerika Syarikat, akan turun padang bagi membantu memperjelaskan dasar kerajaan kepada masyarakat ke arah memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Melalui penubuhan Alumni Indiana State University (ISUMA) itu, mereka melaksanakan khidmat sosial kepada kerajaan dan kepimpinan BN yang banyak berjasa dalam menyediakan program pembangunan.

Jurucakap ISUMA, Faeda Rafeal berkata, kini tiba masanya ISUMA memastikan kerajaan BN yang ada terus mentadbir negara kerana mereka mampu melaksanakan pelbagai program untuk rakyat.

Ramai pelajar di negara ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana sokongan dan kerjasama kerajaan yang ada, katanya selepas majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan kepada 20 anak yatim di Dewan Undangan Negeri kawasan Lanchang, dekat sini semalam. “

Kami sayangkan kerajaan yang ada sekarang kerana mampu menunaikan segala janji dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat tanpa mengira kaum," katanya.

Faeda berkata pihaknya menganjurkan pelbagai program termasuk gotong-royong, kelas bimbingan, khidmat nasihat serta program ziarah penduduk miskin dan warga emas bagi mewujudkan hubungan akrab dengan masyarakat. - BERNAMA(utusan online-berita terkini).Posted by abnmulya at 12.06 pm on February 05,2013.

Karpal bongkak tidak tolak ansur isu kalimah Allah,kata Hassan


 Oleh Mohd Farhan Darwis 
 February 04, 2013


KUALA LUMPUR, 4 Feb — Karpal Singh (gambar) dilabel sebagai bongkak dan degil apabila terus menolak pendirian PAS berhubung penggunaan isu kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hassan Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam kenyataannya juga menegaskan PAS pula sering berdolak dalih dan cair diselimuti dengan perbezaan pendapat yang nyata di antara dua golongan khususnya ulama disatu pihak dan parasit.

“Amatlah jelas daripada peristiwa ini bahawa Karpal Singh yang mewakili DAP terus menunjukkan sikap degil dan bongkak dengan tidak bersedia berundur walau seincipun mengenai isu kalimah Allah ini dan juga isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.

“Sementara PAS dilihat sering berdolak dalih, cair dan diselimuti dengan perbezaan pendapat yang nyata diantara dua golongan khususnya ulama disatu pihak dan parasit yang banyak dipengaruhi oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim serta DAP disatu pihak yang lain,” tegas ADUN Gombak Setia itu lagi.

Beliau turut menambah,”bagi DAP isu kalimah Allah sudah mencapai matlamat.” PAS, jelas Hassan sepatutnya menjadi benteng pertahanan pertama Islam dan Melayu didapati goyah, tidak berprinsip hingga redha menggugurkan asas perjuangan semata-mata untuk berbaik dengan DAP dan PKR dalam usaha merampas Putrajaya.

“Penyokong-penyokong mereka semakin yakin terhadap DAP yang tidak pernah berganjak daripada apa yang diperjuangkan selama ini yang lebih bersifat anti-Islam dan anti-Melayu itu.

“Amat jelas gambaran di hadapan kita apa yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) ditakdirkan berjaya menawan Putrajaya,” tegasnya.

 Awal hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan menggesa agar pertikaian berhubung penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam harus dihentikan segera.

Beliau berkata perkara itu perlu diselesaikan oleh mahkamah, merujuk kepada permohonan kerajaan persekutuan di Mahkamah Tinggi pada 2009 yang menetapkan perkataan “Allah” bukanlah hak eksklusif untuk Islam. “Lupakan perkara itu kerana ia menimbulkan banyak kekeliruan,” kata Azman kepada The Malaysian Insider hari ini.

 “Kita perlu menungggu keputusan akhir (mahkamah) untuk melegakan situasi,” tambahnya lagi. Hassan bagaimanapun berkata, sekiranya PR memerintah, kalimah Allah tanpa syak dan ragu lagi akan dibenarkan penggunaannya seperti yang ditagih selama ini oleh DAP dan penganut Kristian tanpa menghiraukan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan, Enakmen-Enakmen Syariah Negeri, fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri serta penentangan dan kemarahan rakyat yang majoritinya beragama Islam.

“PAS akan terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan sekaligus merelakan perjuangan parti selama hampir 60 tahun itu untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud digugurkan.

“Golongan parasit dalam PAS akan memiliki kuasa penentu untuk menghala tuju landasan perjuangan PAS bukan mengikut apa yang di asaskan oleh kepimpinan terdahulu sebaliknya di sesuaikan mengikut selera PKR dan DAP,” tegasnya lagi.

Malah, beliau yang digugurkan sebagai exco kerajaan negeri Selangor turut menjangkakan disebabkan perubahan yang akan berlaku yang kebanyakkannya yang menyentuh isu-isu yang amat sensitif seperti agama Islam, bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja maka suasana kedamaian yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini akan bertukar menjadi porak peranda yang akhirnya boleh mencetuskan keadaan huru hara.

 “Amatlah penting bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya mengambil langkah pembaikan yang segera dengan secara rasmi membawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 13 Januari 2013 kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya keputusan Majlis Syura tersebut diterima baik oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tersebut.

“Selagi ini tidak dilakukan selagi itulah isu ini tidak akan menemui jalan penyelesaian. “Taktik menyalahkan Umno yang sudah menjadi cliché rasanya tidak lagi dapat melindungi kegagalan pimpinan tertinggi PAS dalam persabungan politik dengan dua rakan kongsi DAP dan PKR.

 “Sebaliknya alasan basi itu sesungguhnya telah melemaskan PAS sendiri,” tegasnya lagi. Beliau turut menyindir kepimpinan PAS yang telah bertukar menjadi “pelawak politik”, dan berkata keadaan itu mungkin timbul disebabkan keingkaran pimpinan tertinggi PAS mengekalkan perjuangan parti itu seterusnya menodai hasrat dan cita-cita parti Islam itu untuk membawa brand Islam dalam perjuangannya.(The Malaysia Insider).Posted by abnmulya at 2150 hrs on February 04,2013.