Saturday, November 2, 2013
Mukhriz,Khairy kempen bersama di PRK (DUN) Sungai Limau
Kedua-dua pemimpin muda itu hadir bersama-sama dalam Majlis Santai BBQ Anak Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Jeti Nelayan Kuala Dulang, di sini, semalam.
Hari ini pula, Mukhriz dan Khairy menghadiri Himpunan Berani Berhijrah anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Dulang, Yan.
Ketika berucap pada Majlis Santai BBQ Anak Muda tersebut, Mukhriz mengucapkan terima kasih kepada jentera Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy kerana turun berkempen membantu beliau dan BN Kedah dalam pilihan raya kecil itu.
Mukhriz berharap, pengundi-pengundi akan memberi peluang kepada BN menguasai kerusi DUN Sungai Limau bagi membolehkan usaha-usaha membangunkan kawasan itu dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Pilihlah BN kerana saya juga akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat kepada kawasan ini, saya sendiri akan memastikan segala perancangan membangunkan Sungai Limau berjalan lancar demi kesejahteraan hidup penduduk," katanya.
Menteri Besar Kedah itu juga berkata, beliau akan meneruskan pendekatan politik damai yang dibawa oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang ternyata mampu menyatukan umat Islam dan orang Melayu di kawasan itu.
Sementara itu, berucap di majlis yang sama, Khairy menyeru pengundi-pengundi Sungai Limau supaya membantu Mukhriz membantu membangunkan kawasan itu dengan memastikan kemenangan Ahmad Sohaimi dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Saya yakin Mukhriz mempunyai kemampuan untuk membangunkan kawasan ini, oleh itu berilah peluang kepada BN berbakti kepada penduduk di sini dengan mengundi Dr. Ahmad Sohaimi," katanya.
Khairy berkata, tawaran Mukhriz untuk menjadi ADUN angkat kepada DUN Sungai Limau menunjukkan betapa seriusnya Menteri Besar Kedah itu hendak membangunkan kawasan tersebut.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 6.45 am on November 03,2013.
PRK Sungai Limau: BN dijangka menang dengan majoriti 700 undi
SABTU, 02 NOVEMBER 2013 13:18
HELME HANAFI
Di Sungai Limau ada lebih kurang 11,000 pengundi muda, mereka yang akan menentukan arah mana angin bertiup dalam PRK kali ini dan gandingan Mukhriz - KJ dilihat paling ideal menawan hati golongan ini.
Sungai Limau bukan PRK biasa bagi BN atau lebih tepatnya UMNO, sejak PRU12, PRK Sungai Limau merupakan pertembungan paling taktikal dalam siri-siri PRK yang pernah diadakan sepanjang tempoh tersebut.
Pemuda UMNO misalnya, pada PRK-PRK lepas, bilik gerakan mereka, dibuat secara besar-besaran, dengan signboard, "Pemuda gempur, pembangkang tersungkur". Namun tidak di Sungai Limau.
Agendadaily dimaklumkan, strategis pilihanraya BN membuat ketetapan untuk Pemuda berkempen secara 'low key' di Sungai Limau, satu-satunya DUN di bawah Parlimen Jerai yang tidak dikuasai oleh BN dalam PRU13.
Dua lagi DUN adalah Guar Cempedak dan Gurun. Kempen Pemuda yang 'low key' menyebabkan kehadiran mereka tidak dirasai sebagaimana biasa dengan faktor bilik gerakan mahupun program-program besar, sebaliknya di Sungai Limau, jentera mereka meresap terus ke setiap lokaliti.
"Semua EXCO diberikan PDM angkat dan mereka bekerja di lokaliti masing-masing, antara tugas mereka adalah berkunjung ke rumah-rumah yang Wanita dan Puteri tak boleh masuk, dan misi mereka bertemu dengan pengundi muda di rumah tersebut," kata sumber kepada Agendadaily.
Menurutnya, maklum balas yang diterima cukup positif. "Di PDM Simpang Tiga misalnya, jentera kita masuk ke kawasan hitam bertemu dengan anak-anak orang PAS, kita tanya apa yang mereka hendak, mula-mula ada penolakan dan cara bercakap pun sinis, tapi kita terus juga berkunjung ke situ, sehingga hari ketiga, pemuda yang sama bawa kawan-kawan dia tunggu kita, dan cakap hendak bola dan jaring sepak takraw..."
Seorang ahli 'bilik perang' UMNO memberitahu, golongan muda dan pengundi atas pagar di Sungai Limau memang hendak beri peluang kepada UMNO dalam PRK ini, mereka hendak merasakan perubahan, dan mahu memberi peluang kepada 'perubahan'.
"Tapi mereka tidak tunjuk, pengundi muda dan pengundi atas pagar yang hendak mengundi BN, tidak tunjuk sokongan mereka secara terbuka, ini kerana Sungai Limau kubu PAS, mereka rasa macam 'diancam' jika sokong secara terbuka,"ujarnya.
'Ancaman' tersebut hadir dalam berbagai bentuk, mungkin anak takut bapak marah kalau tunjuk sokong BN, mungkin kawan takut, jiran 'pulau' jika terang-terangan pakai baju biru dan macam-macam lagi.
Memang tidak dinafikan penyokong PAS kampung lebih 'radikal' dari penyokong PAS bandar. Kisah benar ini, boleh dijadikan contoh, petang Jumaat (semalam) di sebuah PDM kubu PAS, Agendadaily bersama Exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah singgah minum di sebuah restoran yang catnya pun warna hijau.
Kedai tepi jalan, bagi Armand yang siap berjaket BN, jentera UMNO jangan menghindari 'territory' PAS.
"Kita kena dekati mereka, tunjuk persaudaraan kita,"ujar bekas ketua Waira Perkasa, kumpulan haluan kanan pro kerajaan.
Kami order minum dan roti canai, sudahnya... hanya minum yang sampai, kakak yang ambik order kata roti canai itu semua orang dah order, dan penebarnya hanya duduk baca akhbar, langsung tidak layan kami.
Ya ini kisah benar, tanyalah Armand dan beberapa rakannya, mereka saksi hidup, kejadian tersebut. Itu membuktikan betapa kuatnya politik 'boikot atau pulau' dikalangan orang kampung.
Bukan salah mereka, itu budaya yang ditanam sekian lama, yang tidak bersama kita, adalah musuh kita dan setiap musuh kita perlu dijauhi.
Sebab itu jugalah, ada rasa 'terancam' bagi pengundi atas pagar untuk tunjuk sokongan kepada BN, melalui pakai baju BN misalnya, walaupun mereka memang ingin perubahan.
Seorang jentera Wanita UMNO dari luar Kedah yang berkampung di PDM Kubu 10 memberitahu Agendadaily, di bilik gerakan BN kurang jentera tempatan, banyak orang luar yang buat kerja.
"Penyokong PAS tunjuk mereka sokong PAS, manakala yang bukan penyokong PAS tidak berani tunjuk secara terang-terangan mereka sokong UMNO dengan datang ke bilik gerakan...
"Kita tahu sokongan mereka kerana apabila kita buat bacaan sikap, jawapan-jawapan mereka menjurus kepada 'Berani Hijrah' berbanding 'Kekal',"ujarnya.
Slogan BN dalam PRK ini adalah 'Berani Hijrah', berani maknanya memerlukan satu kekuatan untuk keluar dari 'ancaman' PAS yang menggunakan slogan 'Kekal'.
Ada 19 PDM di DUN Sungai Limau, dari jumlah tersebut dalam PRU13 lalu, PAS menang 13 PDM manakala BN menang di enam PDM.
BN menang di Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar, Dulang Kechil dan Sungai Kering manakala PAS menang di Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.
Dari risik-risik yang sampai ke Agendadaily, berbaki sehari lagi, BN mendahului di 10 PDM, dari enam yang asal tambah Sungai Limau, yang dijadikan pusat gerakan BN dalam PRK Sungai Limau. PDM Sungai Limau cukup strategik kerana selain menjadi nama DUN, ia juga merupakan kawasan dengan bilangan pemilih yang tinggi, lebih 10 peratus dari bilangan pengundi.
Bilik-bilik gerakan utama BN dipusatkan di PDM Sungai Limau, di Taman Mahsuri, di mana ada bilik gerakan Utama Wanita, Puteri dan Pemuda boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut.
Tidak jauh dari situ, hanya satu kilometer, ada juga Command Centre BN, jika dilihat dari peta DUN Sungai Limau, PDM ini terletak ditengah-tengah, strategis UMNO percaya jatuh PDM Sungai Limau, jatuhlah DUN Sungai Limau.
Sumber PAS memberitahu Agendadaily, mereka akan kehilangan 500 undi di PDM tersebut. Selain Sungai Limau, BN kini mendahului di PDM Simpang Tiga Luar, PDM Sedaka, juga PDM Padang Lumat. Di PDM Padang Lumat, dalam PRU13 lalu, BN hanya kalah 5 undi pada PAS, dengan 84 undi pergi kepada salah seorang dari dua calon bebas.
Penganalisis percaya lebih separuh dari undi kepada calon bebas di PDM Padang Lumat tersebut akan diberikan kepada BN dalam PRK kali ini.
Selain itu BN juga mendahului di PDM Kampung Titi Batu, ini kampung calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, undi kaum kerabatnya cukup untuk memenangkan BN, dan ada harapan untuk lihat pengundi-pengundi tegar PAS di kawasan ini pangkah BN berikutan faktor calon 'orang kampung sendiri'.
Strategi BN mudah, di kawasan-kawasan BN kuat, cari undi ke peringkat maksimun, manakala di kawasan lemah, kurangkan undi PAS ke peringkat maksimun.
PAS selesa di Sungai Dedap, Gelap Tiga, Bukit Choras dan Bukit Besar. Di kawasan-kawasan ini fokus BN adalah untuk mengurangkan kekalahan secara maksimum, maknanya jika dulu kalah 400 undi, macam di PDM Bukit Choras, kali ini biar kalah 200, kalah tetap kalah.
Manakala PDM yang samar-samar adalah Matang Buloh atau Permatang Buloh. Kawasan ini perlu diputihkan lagi sebab itulah Mukhriz sendiri pada Khamis malam tidur di salah sebuah rumah penduduk kampung ini, Bahari Awang.
Bahari sendiri memberitahu media, beliau terkejut apabila jentera BN ketuk rumahnya untuk bertanya samada boleh atau tidak MB Kedah bermalam di situ.
"Kami mula-mula terkejut sebab orang BN minta izin nak bagi menteri besar tidur di rumah. Kami seganlah dengan rumah kami ini, dahlah rumah kampung, tak sesuai untuk orang macam beliau," kata Bahari.
Namun beliau dan isterinya Fatimah Din menerima kehadiran Mukhriz dengan rasa penuh teruja. Mukhriz sendiri menjadikan keluarga
Bahari yang mempunyai tujuh anak itu sebagai keluarga angkatnya di sungai Limau. Itu sebahagian usaha yang dilakukan oleh Mukhriz, selaku general perang BN negeri Kedah untuk memutihkan kawasan kelabu.
Sebelum ini, general besar pilihanraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah turun ke Sungai Limau empat kali.
Hari pengumuman calon, hari penamaan calon, 26 November dan 29 November, yang kelima dijadulkan esok 3 November.
Jadual kempen Muhyiddin juga penuh taktikal, misinya adalah masuk ke kawasan-kawasan paling hitam, mendekati pemimpin dan tokoh masyarakat yang selama ini menjadi tiang seri kekuatan PAS Sungai Limau.
Beliau masuk ke Bukir Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, kubu-kubu PAS, dan bertemu dengan 'penghulu' kawasan, berusaha untuk 'menuetralkan' mereka.
Sebab itu selepas 10 hari kempen, wujud keyakinan jika pencaturannya menjadi, dengan izin Allah Taala juga, BN menang di 11 PDM, cukup untuk menawan Sungai Limau dengan peratus 51,49%
Atau bahasa mudahnya majoriti antara 300 ke 500. Semua bacaan ini dibuat atas faktor undi Melayu, undi tradisi PAS dan UMNO, undi pengundi atas pagar dan undi golongan muda yang jentera BN sudah sampai dan buat kerja, tiga K, 'kalih, kepung, kawal'.
Belum termasuk faktor undi kaum Cina yang mewakili tujuh peratus daripada senarai pemilih berdaftar. "Malam esok (Sabtu) MB akan makan malam dengan komuniti Cina di SRJKC Yuk Min Sungai Limau, kita percaya jika masyarakat Cina swing ke BN lebih dari 50 peratus, BN boleh menang dengan majoriti lebih 1000," kata sumber.
Dalam perang PRK ini, setiap undi dikira, termasuk pengundi DUN yang tinggal di luar Kedah, dari data BN, ada lebih kurang 300 pengundi luar termasuk yang bekerja di Sabah dan Sarawak.
"Dari jumlah itu, kita hanya kira 50 saja undi kita, yang selebihnya, dari maklum balas penggilan telefon yang dibuat, menyebelahi PAS..."katanya. T
Tinggal satu hari lagi tempoh kempen, BN dijangka mempergiatkan usaha menarik sokongan orang muda, begitu juga dengan PAS.
Berbagai program akhir diatur untuk tarik sokongan orang muda dengan PAS menurunkan penceramah popular mereka Ustaz Azhar Idrus untuk mengekalkan PDM Sedaka, kawasan yang mana mereka percaya 'bermasalah'.
Jentera UMNO 'empat peringkat' kini sudah masuk gear lima, dengar cerita, ada dua orang pengundi yang bekerja di Sabah pun dibawa balik, peratusan keluar mengundi yang tinggi adalah kunci kejayaan BN yang mahu menawan DUN Sungai Limau.
11,000 pengundi muda kini menjadi faktor penentu, apakah Sungai Limau 'Berani Hijrah' atau 'Kekal' menjadi kubu PAS, seperti sebelum-sebelum ini.
Sejak berada di Sungai Limau mulai 21 Oktober lalu, 'membaca' corak angin untuk PRK kedua selepas Kuala Besut ini... Agendadaily percaya BN boleh menang dengan majoriti antara 500 ke 700.
Ya atau tidak, sama-sama kita tunggu.-OLEH HELME HANAFI DAN LUKMAN ABDULLAH Gambar: Agendadaily (Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 2137 hrs on November 02,2013).

![]() |
| Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yasin sedang memberi penerangan di sebuah sekolah pondok di PRK dun Sungai Limau,dalam rangka mengadakan kempen PRK ( DUN) Sungai Limau. |

Ulat jual tiket final Malaysia RM120 sekeping di Kota Bharu
KOTA BHARU 2 Nov. - Di sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada 'ulat tiket' yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.
Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.
Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.
Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.
Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.
Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.
"Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.
"Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Kafa Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini," katanya.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.
Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan. - BERNAMA (Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2015 hrs on November 02.2013.

Friday, November 1, 2013
DUA PASUKAN, 1 MATLAMAT
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Kapten pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar (kiri) bersama kapten pasukan Kelantan, Mohamad Badri Radzi membuat gimik di Stadium Shah Alam, semalam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013, esok. - BERNAMA SHAH ALAM -
Shah Alam: Jika Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia 2013, esok bermakna ia satu hadiah perpisahan yang sungguh bermakna buat jurulatih mereka, Bojan Hodak yang akan berhijrah ke pasukan lain tahun depan.
Semalam, Hodak mengakui perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang adalah kali terakhir dia mengemudi The Red Warriors walaupun merahsiakan pasukan mana akan dilatihnya walaupun timbul desas-desus sebelum ini dia akan mengendali pasukan Pulau Pinang.
"Sudah tentu, perlawanan terakhir saya (perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang esok),'" katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, semalam.
Bagaimanapun, selepas ditanya ke mana arah tujunya selepas meninggalkan pasukan Kelantan, Hodak hanya memberi jawapan dia tidak tahu.
Hodak menjadi jurulatih pasukan Kelantan sejak Mac 2012, dengan melakar sejarah tersendiri apabila membantu pasukan dari pantai timur itu melakukan treble pada tahun yang sama.
Mengulas perlawanan esok, Hodak berkata, perkara yang paling wajib adalah mencatat kemenangan.
"Selepas dua tahun bersama Kelantan, saya menghadapi situasi perlu menang setiap perlawanan tetapi perlawanan Ahad ini (esok) saya lihat peluangnya ialah 50-50.
Cuma kami mempunyai kelebihan dari segi pengalaman beraksi di pentas akhir. Secara keseluruhannya apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit," katanya.
Sementara itu jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, ini adalah peluang terbaiknya melakar sejarah dalam Piala Malaysia kerana kali terakhir Tok Gajah muncul juara adalah pada 1992 ketika dia menjadi pemain dalam pasukan tersebut, sekarang dia mampu untuk mengulanginya dan menamatkan penantian sekian lama tetapi sebagai jurulatih pula.
"Saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada, pada 1992 saya bersama Pahang sebagai pemain, sekarang jurulatih tentulah saya akan cuba buat sesuatu untuk meraih kejuaraan.
"Tekanan sebagai jurulatih memang ada dari segenap aspek tetapi dalam masa yang sama turut timbul keseronokan," katanya.
Dollah menambah dengan ketiadaan pertahanan import Kelantan, Obinna Nwaneri bukan bermakna Pahangsudah mendapat kelebihan, sebaliknya mereka perlu mempamerkan permainan seperti yang diharapkan.
"Semangat juang yang perlu ada, kerana sebelum ini kita hampir tersingkir dari Piala Malaysia sekarang sudah di pentas akhir, saya tidak mahu peluang ini disia-siakan. Bagaimanapun kita harus sedar bahawa Kelantan sekarang ini adalah pasukan yang baik di bahagian tengah dan serangan," katanya.( Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 4.25 am on November 02,2013.

Buat transformasi maruah
Oleh AZELI ALI
azeli.ali
@utusan.com.my
PULAU PINANG 1 Nov. - Pengundi Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau disaran melakukan transformasi maruah atas nama Islam dengan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil 4 November ini sebagai hukuman kepada Pas.
Bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, mandat yang diberi kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim merupakan fardu kifayah dan bukan strategi politik semata-mata.
Ini kerana menurutnya, kedudukan orang Melayu masih terpelihara dalam BN dengan UMNO menjadi peneraju Kerajaan Pusat dan pada masa sama masih menjaga kepentingan kaum lain di negara ini.
"Berbeza dengan pembangkang kerana kerusi Melayu di Parlimen hanya 40 peratus dengan Pas memiliki 21 kerusi berbanding DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menguasai 68 kerusi.
"Kedudukan Pas dalam pembangkang juga lebih kepada pemberi kerana mereka dilihat sering dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu sedangkan DAP sendiri meminggirkan orang Melayu di dalam parti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rahmad yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menjelaskan, biarpun UMNO sering dikecam terutama oleh Pas, apa yang pasti kepemimpinan UMNO tidak pernah membenarkan komponen BN memperdagangkan agama Islam dan Melayu seperti yang dilakukan Pas selama ini.
Tambahnya, tindak-tanduk pemimpin Pas itulah yang membuatkan timbul desakan dari akar umbi parti itu agar hubungan Pas dalam pakatan pembangkang dikaji semula.
"Sebagai bekas ahli DAP, saya sendiri tidak pernah mendengar pemimpin Pas membantah tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba menarik sokongan Melayu dengan slogan kepimpinan ala Khalifah Umar Abdul Aziz atau pentadbiran Amar Maaruf Nahi Mungkar.
"Jadi saya yakin selagi Pas masih bersekongkol dengan DAP, imejnya sebagai sebuah parti Islam akan tercalar dan memberi impak buruk kepada ahli-ahlinya yang fanatik dan taksub dengan parti itu," ujarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 4.03 am on Novemebr 02,2013.
@utusan.com.my
![]() |
| Rahmad Ish |

Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan
Ahmad Sohaimi Lazim melambai tangan kepada orang ramai ketika menghadiri Majlis Anugerah Usahawan AIM yang dirasmikan Mukhriz Mahathir di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Yan, Kedah, semalam.
DIANGGAP sebagai antara 'peluru akhir' untuk meraih sokongan, Pas menggunakan dua sekutunya berkempen dalam pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam.
Pertamanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala keduanya, pemimpin DAP Kedah. Anwar menjelajah beberapa kawasan di Sungai Limau untuk bertemu penduduk dan berceramah manakala pemimpin DAP pula mengedarkan risalah kepada penduduk Cina.
Sememangnya, apa yang mereka lakukan tidak salah kerana mereka sekutu Pas, tetapi soalnya apakah nasib penduduk Sungai Limau selepas mereka pulang?
Apakah segala retorik politik yang mereka taburkan boleh mengubah wajah Sungai Limau menjadi sebuah kawasan membangun demi kesejahteraan hidup penduduknya atau ia akan menjadi mimpi indah yang tidak kesampaian.
Oleh itu, biarlah siapa pun turun, biarlah sehebat mana pun pemimpin pembangkang yang datang, apa yang penting pengundi Sungai Limau perlu mengkaji siapakah yang lebih layak untuk membela nasib mereka.
Penduduk Sungai Limau bukannya tidak ada pilihan kerana sepanjang kempen pilihan raya kecil itu berlangsung, hampir semua pemimpin utama BN turun padang bertemu mereka.
Pemimpin BN bukannya bijak menabur janji atau mengukir mimpi kepada pengundi tetapi mereka hadir membawa misi untuk memenuhi impian penduduk Sungai Limau yang mahu mengecapi pembangunan.
Oleh itu, jangan terpedaya dengan apa-apa juga pujukan, hasutan dan dakyah pembangkang kerana kesudahannya yang akan rugi ialah penduduk Sungai Limau itu sendiri.
BN sudah membuktikan kemampuan untuk membela nasib penduduk kawasan itu apabila meluluskan pelbagai peruntukan sepanjang kempen berlangsung.
Ia bukanlah satu perbuatan untuk membeli sokongan tetapi memaparkan kemampuan parti itu menjadi sebuah kerajaan yang berupaya mengubah nasib rakyat.
Pembangkang hanya bijak beretorik dengan memutar-belitkan pelbagai fakta demi memburukkan kerajaan BN, tetapi cuba bertanya apakah mereka boleh lakukan untuk membantu penduduk Sungai Limau?
Apakah kedatangan mereka untuk menyelesaikan masalah penduduk di situ atau kehadiran mereka untuk memperalatkan penduduk demi kepentingan memburu kuasa politik mereka.
Oleh itu, berfikirlah dengan matang, janganlah terperangkap dengan mainan politik pembangkang kerana pilihan raya kecil ini bukannya penentu kepada penubuhan sebuah kerajaan tetapi hendak memastikan arus pembangunan melanda sebuah kawasan.
BN di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir bukan seperti pembangkang. Sebaliknya kerajaan BN di bawah teraju beliau di Kedah adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
Mukhriz sudah mengemukakan pelbagai tawaran kepada penduduk Sungai Limau demi masa depan mereka. Oleh itu, sambutlah tawaran itu dengan hati terbuka dengan memberi peluang kepada BN melalui calonnya, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.
Percayalah, Mukhriz dan BN bukanlah seperti pembangkang yang hanya bijak 'menjual' retorik sedangkan kesudahannya, ia tidak membawa apa-apa faedah.
Oleh itu, jangan biarkan Sungai Limau, 'pi mai pi mai tang tu' juga kerana mainan politik pembangkang.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com. at 3.42 am on November 02,2013
Budaya hgormat dan tolak ansur bukan lagi identiti rakyat Malaysia
OLEH LEE SHI-IAN
NOVEMBER 01, 2013
Kira-kira 40 tahun lalu, terdapat ruang persefahaman yang besar di antara pelbagai kaum di Malaysia, namun tidak seperti hari ini, di mana isu kecil boleh membawa kepada perubahan dalam komuniti, kata penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar (gambar).
Beliau, yang juga merupakan Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), berkata sikap tolak ansur dan saling hormat-menghormati telah semakin hilang di kalangan rakyat Malaysia hari ini.
Katanya, nilai budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia puluhan tahun dahulu hanya tinggal kenangan.
“Amat menyedihkan melihat keadaan hari ini. Mereka tidak membantu tetapi hanya pandai berkata-kata yang mengundang provokasi,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri Forum Kelestarian dan Keamanan Islam-Buddha Antarabangsa hari ini.
Mengambil contoh isu pengubahsuaian Kuil Sri Sundaraja Perumal yang berusia 130 tahun di Klang, Chandra berkata isu itu tidak patut dipertikaikan kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan penganut agama mempunyai kebebasan mempertahankan rumah ibadat mereka.
Katanya, pengubahsuaian kuil Hindu di bandar Klang tidak akan memberi kesan terhadap hubungan antara agama mahupun hubungan sesama manusia.
Beliau berkata isu pengubahsuaian itu tidak harus diperbesar seperti mana dilakukan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Chandra mengulas dakwaan Isma yang mengatakan pembinaan kuil itu akan mengakibatkan pelancong Islam dari luar negara akan memberikan persepsi negatif kepada Malaysia.
Di majlis itu, Chandra berkata salah satu kegagalan media adalah tidak mengukuhkan perpaduan di antara masyarakat.
“Umat Islam dan penganut Buddha di Asia Tenggara boleh dikatakan seimbang. Jika hubungan kedua-dua komuniti ini longgar, hubungan Asean juga akan runtuh. Mereka perlu menetapkan sasaran dan saling bekerjasama.
“Kita mesti menghalang ahli politik atau pihak berkuasa menentukan masa depan. Ikatan antara hubungan di Asia Tenggara bergantung kepada keakraban penganut Buddha dan Islam.
“Penting bagi kita memahami apa yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kerajaan bertanggungjawab menjaga setiap orang tidak kira kaum minoriti atau majoriti.
“Kerajaan perlu bertindak adil dan menghalang puak pelampau tidak kira latar belakang mereka,” katanya. Chandra berkata orang ramai tidak seharusnya dikelirukan oleh media massa di samping mencadangkan penggunaan media alternatif dan media sosial.
“Keharmonian antara agama hanya mampu dicapai sekiranya kerajaan dan rakyat sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling dan bersedia untuk bertindak.
“Ramai mereka di luar sana yang tidak senang dengan apa yang mereka lihat, dengar dan baca. Namun mereka tidak berani bersuara kegusaran mereka,” katanya. – 1 November, 2013. (The Malaysian Insider).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.ata2300hrs on November 01,2013.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)