Saturday, February 1, 2014

Pengundi Cina perlu ajar PKR,kata Tunku Abdul Aziz

FEBRUARY 02, 2014 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu dijadikan medan penolakan pengundi Cina kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tindakan menyebabkan PRK bukan kali pertama dilakukan parti itu, kata Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar).

Bekas naib presiden DAP itu berkata, pengundi di kawasan Kajang terutamanya kaum Cina diselubungi kemarahan akibat tindakan PKR yang dilihat mengadakan PRK atas alasan peribadi dan menyusahkan pengundi di Kajang.

“Jika pengundi Cina tidak menolak PKR kali ini, sudah pasti mereka akan mengulangi tindakan sama pada masa akan datang.

“Saya fikir pengundi Cina perlu ajar PKR untuk elak mereka mengulangi tindakan sebegini. Rakyat tidak bodoh. Mereka perlu buat dengan cara betul, bukan dengan cara menipu rakyat,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

Tunku Abdul Aziz berkata, pengundi Cina di Kajang perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka satu kumpulan yang memahami erti demokrasi sebenar dengan menolak cara politik songsang yang dibawa PKR.

Anwar semalam mengakui parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sememangnya membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Katanya, peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain kaum. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan kekalahan kerusi Barisan Nasional (BN) kebanyakannya disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.

Keputusan Anwar bertanding di kerusi itu juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang. Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam pilihan raya sebelumnya.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. – 2 Februari, 2014.( The Malaysian Insider).Posted  by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.56 am on February 02 ,2014.

MAIS dan JAIS yang pertama halang kempen Anwar

OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA 

FEBRUARY 02, 2014 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 

2 Februari, 2014. Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor. Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.


Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.

Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu. Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid. 

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. – 2 Februari, 2014.( Dari The Malkaysian Insider0.Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.50 am on 02 February 2014.

MUNGKIN TERPISAH HINGGA DEWASA

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama empat anak pasangana warga Malaysia yang di tahan di Sweden yang mengun jungi beliau dan Rosmah Mansor, di Taman Duta, Kuala Lumpur,semalam.Turut hadir Hamzah Zainudin ( dua dari kiri) dan ibu saudara kanak-kanak itu Shaleena Norshal ( kanan).Mingguan-Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal mungkin tidak dapat bertemu dengan anak-anak sehingga usia mereka 18 tahun sekiranya pasangan itu didapati bersalah di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak Sweden.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ibu bapa yang disabitkan kesalahan di bawah akta tersebut mungkin terpisah dengan anak-anak sehingga mereka dewasa.

Menurut beliau, akta yang dikuatkuasakan sejak 1979 itu memperuntukkan hukuman sehingga sembilan bulan penjara.

"Namun, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah lain selepas tempoh hukuman berakhir untuk dinilai sama ada layak menjaga anak-anak atau sebaliknya.

"Walaupun tertuduh dibebaskan, anak-anaknya mungkin diserahkan kepada keluarga angkat sehingga usia mereka 18 tahun jika mahkamah mendapati dia tidak sesuai menjaga mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Khairul Anwar mengulas tentang situasi yang dihadapi Azizul Raheem dan Shalwati yang ditahan reman oleh pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember lalu kerana dituduh mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.

Anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11, dan Arif, 7, telah dibawa pulang dan tiba di Malaysia hari ini.

Tambah Khairul Anwar, hasil kajian SukaGuam, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, pakar perundangan, pejuang hak asasi manusia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini serta Sweden mendapati beberapa keluarga warga asing di negara berkenaan pernah mengalami nasib malang itu.

Malah, beliau memberitahu, seorang peguam di Sweden, Jenny Beltran menyatakan pihak berkuasa di negara itu terlalu cepat membuat pertuduhan tanpa mengambil kira faktor perbezaan agama dan budaya dalam mendidik anak-anak termasuk membabitkan warga asing.

"Seorang rakyat Sweden, Tommy Wennerstiena juga tidak bersetuju dengan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang disifatkan terlalu ketat," ujarnya.

Menurut Khairul Anwar, beberapa peguam dan pejuang hak asasi yang ditemuinya di Sweden mengkritik tahanan reman tanpa had tempoh di bawah akta tersebut.

"Akibatnya, ibu bapa dipisahkan dengan anak-anak untuk jangka masa yang panjang walaupun akhirnya mahkamah mendapati mereka tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, situasi yang dialami oleh Azizul Raheem dan Shalwati pernah dihadapi oleh dua keluarga warga India, masing-masing di Norway pada 1985 dan Amerika Syarikat (1992).

"Dalam dua kes tersebut, mahkamah membebaskan tertuduh atas alasan menghormati perbezaan budaya dan agama yang diamalkan oleh rakyat asing," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous memberitahu, besar kemungkinan Azizul Raheem dan Shalwati tidak dapat bertemu semula anak-anak mereka dalam masa terdekat sekiranya didapati bersalah.

"Peguam pasangan berkenaan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang komprehensif untuk membebaskan mereka daripada tuduhan dihadapi," katanya.

Beliau berkata, usaha telah dimulakan oleh peguam untuk membebaskan Azizul Raheem dan Shalwati daripada tahanan reman. Desakan untuk membebaskan pasangan itu turut disuarakan menerusi blog #swedenlethhemgo (http://swedenletthemgo.blogspot.com).(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com at 12.19 am on February 02,2014.

ANWAR JADI MB,PAKATAN PECAH BELAH

KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Percaturan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung peletakan jawatan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan usaha melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor akan membawa kepada perpecahan serius dalam pakatan pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (GAMBAR) berkata, jangkaan itu berdasarkan bantahan serta kecaman daripada parti lain dalam pakatan pembangkang, khususnya Pas yang amat kecewa dengan perkembangan itu yang jelas lebih `menguntungkan' PKR dan Anwar.

Beliau memberitahu, lebih-lebih lagi reaksi daripada Pemuda Pas Selangor yang cukup kecewa dengan kemelut itu dan mereka merasakan seolah-olah telah dipermainkan oleh sekutu sendiri, PKR.

Pada masa sama, beliau turut yakin hasrat Anwar menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sehingga dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menunjukkan pemimpin pembangkang itu `desperate' setelah cita-citanya menjadi Perdana Menteri berkubur. - UTUSAN(uTUSAN ONLINE-POLITIK). POSTED BY ABNMULYA /BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 12.03 AM ON
FEBRUARYA 02,2014.

Video : Teresa digesa minta maaf secara terbuka

Teresa Kok, Mohd Razlan
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim digesa meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak termasuk masyarakat Cina sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, video seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana individu, apatah lagi seorang pemimpin politik ketika masyarakat berbilang kaum bergembira menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan sebulat suara mengutuk keras video lakonan Teresa itu kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas sengaja dilakukan bagi menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Orang Melayu, Cina dan India mesti melihat video itu supaya mereka boleh menilai sendiri pemimpin yang dipilih oleh pengundi Seputeh pada pilihan raya umum lalu.

“Kami mahu Teresa diberikan pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam kehidupan masyarakat negara berbilang kaum," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan mendapat kecaman pelbagai pihak, khususnya pengguna laman sosial.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut :

“But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire." (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Dalam pada itu, Mohd. Razlan juga memberitahu, pihaknya akan menayangkan video tersebut kepada orang ramai di setiap bahagian bagi mendapat maklum balas rakyat selepas menontonnya.

“Kita akan membuat kajian sikap, adakah mereka merasakan video itu meningkatkan semangat perkauman atau sebaliknya.

“Jika keputusan kajian menunjukkan penayangan video tersebut mampu menimbulkan kemarahan serta menyemai semangat perkauman, kita mahu kerajaan ambil tindakan tegas terhadap Teresa," ujarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ningggal.blogspot.com.at 11.54 am on February 02,2014.

Khalid nafi arah Faekah kritik Anwar

SHAH ALAM 1 Feb. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau berhubung tindakan bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kontroversi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Sebaliknya, Abdul Khalid menegaskan tindakan Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) membuat kenyataan melalui akaun Twitter peribadi adalah tidak mewakili beliau secara rasmi.

"Tidak...(kenyataan Faekah dalam Twitter) bukan mewakili saya. Yang mewakili saya ialah kenyataan akhbar rasmi (dari Pejabat Menteri Besar).

"SMS (khidmat pesanan ringkas) dan komunikasi menerusi internet (media sosial) bukan kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penyokong bola sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Faekah menerusi akaun Twitternya kelmarin yang seolah-olah membidas Anwar susulan perkembangan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan PKR baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Faekah menasihatkan ahli politik di luar Selangor supaya belajar perlembagaan negeri termasuk proses serta prosedurnya selain tidak menghina Sultan Selangor dan jangan tidak terlalu yakin dengan diri sendiri.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid mempertahankan tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang sehingga pilihan raya kecil terpaksa diadakan meskipun pelbagai pihak membantah tindakan tersebut selain menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam.

Beliau memberikan alasan, pandangan tersebut hanya mewakili pihak tertentu dan bukannya mewakili keseluruhan rakyat.

"Ada pengundi kecewa dengan perkara itu, ada yang suka ia dilakukan. Ini sebahagian daripada demokrasi, memang untuk adakan pilihan raya kecil itu bukan murah, tapi demokrasi juga bukan murah," ujarnya.

Kuasa mutlak Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 1 Feb.- Pencalonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi topik hangat di seluruh negara. 

Datuk Mohd Noor Abdullah,bekas
 Hakim Mahkamah Rayuan
Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

''Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa,'' katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini.

Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota DUN sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan dan syarat kedua, seorang Menteri Besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Datuk Sri Anwar Ibrahim,Ketua
Pembangka
ng dalam Parlimenm Malaysia
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya.

Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik Menteri Besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.

"Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya.

Namun, Mohd Noor berkata, calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti Pas atau PKR.
Tan Seri Khalid Ibrahim,
Menteri Besar Selangor hingga kini

Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata, DUN Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi Menteri Besar.

"Menteri Besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak
meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan.

"Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai Menteri Besar dan (jika )usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor.

Katanya, selepas melantik Menteri Besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar.

Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata, ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya. - BERNAMA( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.09 am on February 02.2014