Wednesday, March 18, 2015

PAS tidak peduli ancaman sekutu

19 Mac 2015 2:19 AM 

KOTA BHARU 18 Mac – Pas tetap dengan pendirian untuk meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan, ancaman serta halangan daripada sekutunya, DAP.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, pihaknya tidak akan menghiraukan desakan DAP malah telah pun membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993)

Pindaan 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Tegasnya, DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak bersetuju itu adalah hak mereka namun jangan sesekali menghalang usaha Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam ini.

 “Pas tidak akan tunduk dengan dia (DAP) malah kita telah pun bentang (Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir) ini tanpa sebarang halangan.

“DAP, PKR tidak setuju itu cerita lain kerana perkara itu melibatkan soal politik tetapi biar proses demokrasi berjalan dengan lancar, biar bawa ke Parlimen, kalau hendak bahas tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan rang undang-undang tersebut dalam Sidang DUN Kelantan di sini hari ini.

Rang undang-undang yang merupakan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Kelmarin pemimpin-pemimpin DAP termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo bukan sahaja tidak bersetuju dengan pembentangan enakmen berkenaan malah menuntut Majlis Pakatan Pembangkang mengambil tindakan tegas menghukum Pas atas alasan mencabul kerangka pakatan.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.12 am on March 19,2015.

Tuesday, March 17, 2015

Semua ADUN (BN) Kelantan sokong pindaan enakmen

18 Mac 2015 1:45 AM

 KOTA BHARU 17 Mac – Kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau lebih dikenali dengan hukum hudud dan qisas yang akan dibentangkan esok.

Datuk Nozula  Mat Diah,Ketua
Permbangkang BN di( DUN) Kelantan..
Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, UMNO sejak sekian lama merupakan sebuah parti yang berjuang mempertahan, menegak serta mengembangkan syiar Islam di negara ini. 

Sehubungan itu, kata beliau, apa sahaja enakmen, peraturan atau undang-undang yang ingin diperke­nalkan dengan tujuan mengukuhkan takrifan Islam sebagai agama rasmi Malaysia akan disokong oleh UMNO.

“Apa sahaja yang baik untuk Islam kita akan sokong, malah kita antara yang menyokong ketika enakmen tersebut diluluskan buat pertama kali pada 1993,” katanya selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan DUN Kelantan lebih 20 tahun lalu, namun kembali dibentangkan esok berikutan terdapat beberapa pindaan melibatkan orang bukan Islam serta hukuman ke atas kesalahan zina dan liwat.

Selepas pembentangan pindaan di DUN, Pas merancang melanjutkan pembentangan di Dewan Rakyat menerusi rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76(A)(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri ini melaksanakan enakmen tersebut.

Usaha Pas turut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menzahirkan sokongan dan harapan baginda supaya perkara itu dapat direalisasikan ketika menyampaikan titah sempena perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang DUN Kelantan Ke-13 semalam. 

Bagaimanapun, rancangan itu ditentang keras rakan sekutu Pas, terutama DAP yang secara konsis­ten dengan pendirian bahawa pelaksanaan hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan selain terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang.( Utusan online).P

PAS tak kisah sekutu pembangkang bantah

18 Mac 2015 1:45 AM 

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pas akan tetap meneruskan pembentang­an pindaan hukum hudud dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meskipun tanpa persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang.

Datuk Dr.Mahfoz Mohamed.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak memerlukan persetujuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi membolehkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu dibentangkan.

 “Mereka minta untuk dibawa kepada Majlis Pimpinan pakatan tetapi kami bukannya hendak dapatkan persetujuan mereka, walau apa pun, Pas akan tetap meneruskan agar pindaan enakmen ini dibentangkan dalam sidang DUN Kelantan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin DAP termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo bukan sahaja tidak bersetuju dengan pembentangan enakmen berkenaan malah menuntut Majlis Pakatan Pembangkang mengambil tindakan tegas menghukum Pas atas alasan mencabuli kerangka pakatan.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi ‘amaran’ kepada DAP dan PKR supaya bersetuju dengan langkah Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika tidak mahu kerjasama antara pakatan pembangkang terlerai.

Menurut Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas, DAP dan PKR tidak sewajarnya melenting kerana enakmen berkenaan telah lama diluluskan sejak tahun 1993 dan apa yang bakal dilakukan adalah pindaan terhadap enakmen tersebut.

“Perjuangan menegakkan hukum Islam adalah sebahagian daripada manifesto Pas, maka apabila Pas mendapat mandat daripada rakyat Kelantan, kita perlu melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharudin Muhammad hari ini menempelak Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,

Mohamed Hanipa Maidin yang mengkritik dan merendah-rendahkan perjuangan Pas menegakkan hukum hudud.
\
“Kalau Hanipa Maidin hendak berjuang isu-isu ahli politik tak salah, tetapi jangan salahkan orang yang perjuangkan isu rakyat seperti hudud bagi mencegah kecurian, keamanan, hilangkan ketakutan rakyat dan lain-lain.

“Kecuali Pas sudah buat keputusan tidak mahu utamakan isu hudud atau Hanipa sudah bukan ahli Pas atau sudah jadi ahli parti lain untuk tidak lagi memperjuangkan isu dan matlamat perjuangan Pas,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Mohamed Hanipa yang terpalit kontroversi akibat kritikan ‘ustaz bermasalah’ kepada golongan ulama Pas telah mengeluarkan kenya­taan yang membelakangkan pucuk pimpinan Pas semalam apabila meminta sebarang kenyataan mengenai hukum hudud perlu dikeluarkan bersama pakatan pembangkang.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.0o0am on March 18,2015.

Sembilan Melayu terkaya di Malaysia

16 Mac 2015 12:55 AM 
Tan Sri Syed MOkhtar Albukhary

KUALA LUMPUR 15 Mac - Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary, 63, merupakan ahli perniagaan Melayu terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion),mengikut maklumat yang dikumpulkan oleh majalah perniagaan,Forbes.

Beliau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi bermula kariernya sebagai pedagang beras dan kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.

Syarikat-syarikatnya itu juga berjaya memenangi beberapa projek utama kerajaan seperti pengangkutan dan komunikasi.

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah itu, Syed Mokhtar berada di kedudukan kelapan.

Sementara itu, Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan nilai kekayaan AS$865 juta (RM3.11 bilion).

Tempat ketiga ialah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin yang merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana).

Kekayaan terkumpul kedua-dua beradik itu ialah AS$860 juta (RM3.10 bilion). Seterusnya ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dengan nilai kekayaan sebanyak AS$740 juta (RM2.66 bilion).

Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Melayu terkaya berikutnya ialah Ahmayuddin Ahmad dengan kekayaan AS$600 juta (RM2.16 bilion).

Beliau bersama orang ke-17 terkaya di Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam merupakan pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings.

Kekayaan Ahmayuddin melonjak 36 peratus menurut Forbes hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun turut berada di dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS$540 juta (RM1.94 bilion) yang mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Melayu terakhir yang berada di dalam senarai tersebut ialah Datuk Abdul Hamed Sepawi yang terlibat dalam industri pembalakan menerusi syarikatnya, Ta Ann Holdings dengan kekayaan AS$255 juta (RM918 juta).

Selain itu, beliau turut terlibat di dalam sektor kelapa sawit, pembinaan dan O&G. Mengikut senarai penuh 50 individu terkaya itu,

Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International.

Tempat kedua ialah T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion) menerusi jenama perniagaan Astro dan Maxis.(Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at12.00 pm.on March 17,2015.

Monday, March 16, 2015

PAS persilakan DAP keluar pakatan

17 Mac 2015 2:27 AM

KUALA TERENGGANU 16 Mac – Majlis Syura Ulama Pas memberi amaran kepada DAP agar tidak berterusan mengganggu Pas yang berusaha melaksanakan hudud namun jika masih berdegil, DAP dipersilakan keluar daripada pakatan pembangkang.

Nik Muhammad  Zawawi
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, DAP sepatutnya bersifat terbuka dan memahami prinsip perjuangan Pas, bukannya menimbulkan pertelingkahan sesama parti sekutu dalam pakatan pembangkang.

Kata beliau, DAP perlu menghormati perjuangan Pas seperti Pas yang sentiasa memahami perjuangan parti tersebut sejak bersama-sama menyertai pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kalau nak duduk lama (pakatan pembangkang), mereka kena faham prinsip kerjasama dalam pakatan dan Pas tetap akan terus laksanakan dasar perjuangan kita.

"Jika mereka nak berkawan dengan kita, kita boleh duduk sama-sama. Tapi kalau tak nak, mereka boleh keluar daripada pakatan (pembangkang). Sekiranya mereka tak mahu kita lagi, ramai lagi nak berkawan dengan kita," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi kata dua kepada DAP dan PKR agar tidak mempersoalkan keputusan Pas melaksanakan hudud kerana tindakan itu merupakan hak orang Islam.

Malah tegasnya, sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan keputusan Pas berhubung perkara itu, pakatan pembangkang boleh terlerai.

Nik Muhammad Zawawi seterusnya berkata, kemelut yang berlaku antara Pas dan DAP ketika ini memperlihatkan kesungguhan DAP untuk menimbulkan masalah sehingga menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu.

"Kalau DAP yang bersungguh-sungguh timbulkan masalah (antara Pas dengan DAP), itu tandanya parti itu yang ingin keluar daripada pakatan (pembangkang)," jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa jawatan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama, Nik Muhammad Zawawi menjelaskan, Pas sejak dahulu memperjuangkan Islam dan orang yang paling layak menduduki jawatan nombor satu itu adalah ulama.

"Orang yang paling layak jadi Presiden (Pas) adalah kalangan ulama. Itu kita tak boleh nafi. Dia (Khalid) bukan boleh buat kira (tidak boleh bawa berbincang), dia kena fahamlah dasar Pas yang memperjuangkan Islam dari dulu lagi sampai bila-bila," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta semua Pas kawasan di seluruh negara lebih bersikap rasional dan memahami dalam menentukan calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti pada muktamar tahunan Pas Jun ini.

Tambahnya, semua Pas kawasan perlu sentiasa memahami konsep parti itu dan keputusan yang dibuat haruslah logik serta munasabah supaya tidak menimbulkan perpecahan dalam Pas.( Utusan online).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.20 pm on March 17,2015.

Umno tidak berjaya jika ahli bersengketa-Najib

16 Mac 2015 2:06 AM 
Datuk Seri Najib  Tun Razak ,Presiden Umno

KUALA LUMPUR 15 Mac – UMNO tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya anggota parti itu bersengketa dan berpecah-belah, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, untuk itu, anggota UMNO seharusnya mengamalkan solidariti, persepakatan dan bekerjasama sesama mereka.

Beliau turut mengingatkan anggota UMNO supaya mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.

“Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati,” katanya dalam tulisan menerusi blognya NajibRazak.com, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa syukur dengan semangat baharu dalam kalangan anggota UMNO Kedah yang hadir pada Konvensyen UMNO Kedah 2015 bertemakan 'UMNO Tonggak Transformasi' semalam.

“Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baharu dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang,” katanya.

Najib berkata, anggota UMNO negeri itu perlu menjadikan faktor kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang sebagai iktibar dalam perjuangan.

“Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah.

“Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Najib berkata antara faktor penyumbang kemenangan itu adalah permuafakatan dan semangat sepasukan. – BERNAMA (Utusan online-) .P[osted by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 1903 hrs on March 16,2015.

Monday, March 9, 2015

Jamulah selera anda sepuas-puasnya: Di perkampungan ikan bakar terapung di Umbai-Melaka

Di Gerai "Enak Rasa Ikan Bakar", di Lot No;4 & 5 kepunyaan Cik Rogayah Abdul Hadi.Tel:0176161466 & 019-9707500.
Inilah gambar bangunan khusus untuk Ikan Bakar yang telah dibangunkan oleh ( PKNM) Pembangunan Kemajauan Negeri Melaka,di zaman  bekas ADUN  Datuk Seri Ali Rostam,jadi Ketua Menteri ,Melaka.



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
March 15,2015 at 5.54  pm

Bagi peminat-peminat makanan "Ikan bakar"terutama bagi peminat-peminta dari Kuala Lumpur khususnya? Jika disebut sahaja fasal menjamu selera di perkambungan ikan bakar  terapaung yang terletak di Kampung Umbai Melaka itu?

Inilah jalannya ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung  Umbai,Melaka. Jalan masuk ke perkmpungan ikan bakar ini betul-betul bertentagan dengan banguna Klinik Kg.Umbai.Dari Melaka belok ke kanan.Jika dari Muar anda belok ke kiri.

Memang tak asing lagi kepada mereka semua. Mereka begitu sinoniim pada tempat itu

Ada di anatranya boleh dikatakan pada setiap bulan mereka akan ke perkampungan ikan bakar terapung itu dengan membawa ramai kawan-kawan baru mereka menjamu selera  di tempat
tersebut.

Bila sahaja selera mereka merasa kepingin dengan juadah ikan bakar yang menjadi kesukaan mereka itu?

Tanpa banyak songil mereka akan bergegas-gegas ke perkampungan ikan bakar terapung di Umbai,di Batu 8,dengan cara berkereta menggunakan jalan lama Melaka ke Muar.

Perrniagaan ikan bakar di Umbai, Melaka ini telah diujudkan di sana oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) hasil inisatif oleh Ahli Parliemn Kawasan Jasin Kpt(B) Ahmad Hamzah dalam usaha untuk menarika para pelancong berkunjung ke kawasan luar bandar.
Di atas: Inilah wajah-wajah pemain golf  kumpulan dari K.Lumpur yang mengadakan pertandingan golf di Padang Golf Bukit Tiara Melaka,di bawah pimpinan  Datuk Mohammad bin Maidon.

Kampung Umbai merupakan salah satu dari kawasan yang berada (DUN) Dewan Undangan Melaka di dalam kawasan Parlimen Jasin.Melaka.

Perkampungan ikan bakar terapung ini difahamkan oleh salah seorang yang menyewa gerai di situ telah beroperasi hampir 15 tahun lamanya.Beroperasi bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 12.00 tengah malam setiap hari tanpa ada  hari-hari cutinya.

Tengah: Berbaju batik warnas unggu
 ialah Datuk Mohammad Maidon.
Berapakah kos yang telah dilaburkan oleh (PKNM) Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dalam usaha mengujudkan kawasan Perakmpungan Ikan bakar terapung di Umbai ini?

Tidak pula penulis ketahui kerana penulis belum pun berkesempatan untuk mendapatkan maklmat berhubung dengan projek tersebut.

Yang penulis pasti ialah pembayaran wang pampasan tanah arwah ibu penulis yang terlibat di kawasan pembanguna Perkampungan Ikan Bakar tersebut.

Pembayaran pampasan mengikut rate pampasan kerajaan Melaka ketika itu ialah dengan haraga (rate) sebanyak RM3.50 sekaki persegi.

Pampasan itu berjumlah lebih kurang hampir RM90,000-00 untuk kami bahagi-bahagikan kepada adik beradik penulis yang berhak menerimanya mengikut hukum syariah.

MASA PERJALANAN BERKERETA

Cik Rogayah Abdul Hadi sedang
menyiapakan bil untuk kumpulan
 Datuk Mohammad Maidon.
Lazimnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke perkampungan ikan bakar terapung di Umbai,Melaka itu?

Kalau anda memandu kereta sendiri akan mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja perjalanannya untuk tiba di perkampungan ikan bakar terapung itu.

Jika highway Seremban - Meleka itu tidak mengalami kesesakan.Jika sebaliknya pula? Itu terpulanglah pada nasib.Lazimnya highway akan mengalami kesesakan sekali sekali sahaja.

Ertinya? Setelah anda selesai menjamu selera anda di Perakampungan Ikan Bakar,di Umbai. Anda  akan berada semula di Kuala Lumpur hanya beberapa jam sahaja kemudiannya.

Jika pada hari Sabtu dan Ahad,
ikan sebany
ak 30-40 kilo akan habis.
Di zaman ini! Boleh dikatakan tak ada tempat-tempat pelancongan di dunia ini yang jauh-jauh lagi.Semuanya dah dekat-dekat belaka.Teruplanglah pada kita menilainya sesuai dengan kemampuan yang ada pada anda.

Para jutawan tanah air yang punya kapal terbang jet peribadi sendiri? 

Ada yang ( sarapan) minum pagi di Kuala Lumpur.Tetapi makan tengah hari di London atau pun di Paris . Manakala makan malamnya pula di Los Angles,di California, di Amerika.(U.S.A).

Jika anda ada duit? Semuanya senang aje boleh dikuit-kuit.Jauh jadi dekat , dah tidak jadi masaalah lagi.Tempat yang dekat akan jadi bertambah dekat pula.Hanya, si miskin sahaja tetap dengan keadaan lamanya.Makan pagi, kais pagi.Makan petang, kais petang.

BANYAK GEARI SEWAAN DISEDIAKAN

Di bagunan Perkampungan Ikan Bakar Terapung,di Bau 8 Umbai yang kebetulan terletak berdepan dengan Pulau Besar yang sangat terkenal di Malaysia dan juga oleh para pelancung luar negara.Nah!Di situlah telah dibina sebuah banguan perniagaan perkampung ikan bakar terapung setinggi 2 tingkat dan telah dihiasi dengan dekorasi yang sangat indah lukisan para dekorasi tempatan  yng berpengalaman luas yang di panggil oleh PKNM,Melaka.

Dari Perkampungan Ikan Bakar Terapung ini? Pulau Besar
kelihatan begitu jelas dan dekat sekali
Sewanya di tingkat atas yang mempunyai dewan yang luas yang boleh diadakan majlis perkahwinan,Tidak pula penulis ketahui berapa sewaannya.Mungkin harga sewanya berpatutan.Tidak begitu mahal atau tidak begitu murah..

Tetapi di gerai tingkat bawah yang sedang disewa oleh Cik Rogayah Abdul Hadi dengan harga RM710-00 untuk satu lot gerai dfan Cik Rogayah telah nmenyewa dua lot gerai iaitu gerai nombor .4 dan 5.

Di tingkat satu ( di atas) banyak gerai-gerai besar diadakan yang boleh 
menampung sebanyak 500 orang tetamu untuk sesuatu majlis keraieian.
Menurut beliau, sudah 10 tahun beliu menjalankan perniagaan ikan bakar di situ. Rahsia kenapa beliau boleh bertahan sebegitu lama?

Rahsianya ialah disebabakan beliau boleh dikatakan telah bekerja keras dengan cara melantik banyak agen-agennya (broker) sambilan yang berada di sekitar Kota Melaka dan juga di Kuala Lumpur dan juga di lain-lain tempat yang difikirkan akan memberi manfaat kepada perniagaan beliau itu.


Pelancung dari bandar Melaka dan juga dari Kuala Lumpuritu,lazimnya akan berkunjug ke gerai beliau dalam kumpulan yang ramai iaitu antara 20 atau 30 orang pada sekali kunjungan.

Dengan kunjugan yang berbentuk begitulah yang membuatkan beliau boleh bertahanlama di situ dah 10 tahun lamannya.

Jika mengharapakan kunjungan pelanggan individu dan kalangan suami isteri sahaja? Pasti tidak dapat menampung ongkos sewaan gerai dan ongkos para pekerja beliau.

Jika hari Sabtu dan Ahah,penulis difahamkan sebanyak 30-40 kilo ikan bakar akan habis dijual dan sekaligus beliau terpaksan menggunakan tenaga kerja sebanyak 12 orang pekerja termasuk tukang masak

Penulis difahamkan banyak di antara peniaga ikan bakar di itu cabut lari, lantaran telah menanggung kerugian akibat kekurangan para pelanggan yang diharap-harapkan.

Harga yang dikenakan pada para pelancung yang mengunjungi PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG DI UMBAI itu adalah sama juga.Sangat berpatutan berbanding dengan perkampungan ikan bakar di lain-lain tempat.

KUNJUNGAN KUM PULAN PEMAIN GOLF DARI K.LUMPUR
Datuk Mohammad bin Maidon dilihat begitu seronok
menjamu seleranya dengan resepi ikan bakar yang istimewa
dari Gerai Eanak Rasa Ikan Bakar Cik Rogaya
h.

Baru-baru ini penulis berada di Gerai Ikan Bakar (sepupu penulis) Cik Rogayah binti Abdul Hadi, hari Ahadkira-kira jam 3 petang.

Di hari tersebut Cik Rogayah dilihat begitu gembira sekali. Bila ditanya kenapa kelihatan amat gembira ni? Beliau menjawab dengan menerangkan,

"Bahawa tak berapa lama lagi iaitu kira-kira jam 3 setengah petang ni,satu kumpulan penggemar bermain golf akan datang menjamu selera mereka di gerai di gerainya
" tegasnya.

Menurutnya kumpulan yang seramai 20 orang itu merupakan kalangan Datuk-Datuk akan makan tengah hari digerai beliau sebaik sahaja kumpulan Datuk-Datuk dari Kuala Lumpur itu akan selesai dengan pertanding bermain golf mereka di Padang Golf  Bukit Tiara,Melaka.

Tempahan itu telah diatur oleh agen Cik Rogayah yang kenal rapat.Mereka semua akan menjamu seleranya dengan juadah Ikan Bakar yang akan disediakan oleh tukang masak beliau yang berpengalaman bertahun-tahun lamanya mamasaka juadah-juah ikan bakar.

Beliau mahu penulis menunggu ketibaan kumpulan Datuk-Datuk itu agar penulis dapat membuat temuduga yang rengkas.Penulis akur dengan permintaan beliau itu.Sementara penulis menunggu ketibaan kumpulan Datuk-Dartu itu/ Penulis telah dihidangkan dengan juadah buah-buahandan meminum air kelapa.
Pemandangan Bangunan Perkampungan Ikar Bakar Terpung Umbai dari bahagian depan.
Kumpulan pemaih golf   dari Kuala Lum pur itu diketuai oleh Datuk Mohammad bin Maidon,73, berasal dari Serkam Melaka.Kini dah bersara dari jawatan sebagai guru bahasa inggersi di sekolah-sekolah di Melaka.

Gambar-gamabar yang penulis paparkan di atas adalah gambar-gamabar rombongan Datuk Mohammad bin Maidon dan kawan-kawan yang jadi penggemar bermain golf.

Untuk mengetahui siapakah di kalangan mereka yang handal bermain golf? Maka satu pertandingan telah mereka adakan di Padang Golf,di Bukit Tiara Melaka. Setelah penat lelah bermain golf.Mereka lantas menjamu selera mereka di gerai Rasa Enak Ikan Bakar,di Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai,Batu 8 Melaka.

Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai ini,akan jadi sangat popular dan akan memberi keuntungan yang lumayan pada peniaga-peniaga kecil ikan bakar, jika PKNM mengorbitkan ke udara cara besar-besaran di media dan juga di TV-TV tempatan agar Perkampungan Ikan Bakar Umbai ini benar-benart terkenal dan benar-benar sibuk dikunjungi para pelanggannya.

Mutakhir ini?Tanpa iklan?Tak kira betapa bagus pun sesuatu product itu?Belum tentu akan laku dengan larisnya. Contohnya? Kini di peti-peti television yang dimiliki oleh begitu banyak syarikat penyiaran di tanah air kita ini.

Jika kita kaji dengan telitinya? Boleh dikatakan siaran iklan dengan berbagai-bagai jenis product jualan ahli-ahli peniaga telah disiarkan lebih banyak berbanding dengan acar progrem itu sendiri.Jika sesuatu progrem itu akan mengambil masa 1 jam  lama?

Maka  siaran iklan boleh dikatakan akan mengambil masa 40 minit lamanya. Ini,sangat membosankan pada para penonton-penonton.

Hatta pada penyiaran TV swasta yang berbayar pun begitu juga.Mereka dapat wang sewa bulanan dari penonton dan sekaligus depa dapat juga wang iklan yang mereka siarkan itu.

Hatta pada progrem agama pun iaitu, pada siaran Perdana Agama yang diadakan tiap-tiap malam jumaat pun?

Dilihat secara terang-terangan pihak TV tempatan kepunyaan pemerintahan begitu kelojoh telah menyeiarkan iklan-iklan yang ditempah oleh pihak peniaga tempatan dan luar negara.

Dalam konteks untuk memunggut semula wang yang telah dilaburkan oleh PKNM di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai ini?

Pihak PKNM -Melaka tentu tidak akan dapat memenuhi hasratnya dan sasaran utamanya sebagaimana yang anda harap-harapkan ketika projek ini diujudkan dulu.

Jika anda biarkan  keadaan perniagaan di situ tetap begitu sahaja?.Maka sudah pasti peniaga-peniaga kecil ikan bakar itu akan jadi muflis akibat banyak hutang di sana sini,Sama ada dengan along dan sebagianya.

Sekaligus lama kelamaan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai itu akan menjadi bangunan gajah putih aje dan wang rakyat yang terlibat semacam telah disalah gunakan akibat perancangan yang tidak teliti.

Wang pelaburan oleh PKNM untuk membina infrastructur lain-lain dan termasuk membina banguna perkamupnga Ikan Bakar Terapung Umbai itu sendiri? Sudah pasti memakan ongkos berjuta-juta rin ggit wang rakyat  telah terlibat?

Ujung-ujungnya,wang rakyat itu tidak dapat dikutip semula kerana tidak ada penyewa-penyewa gerai yang tetap yang menyewa semua gerai-gerai yang telah disediakan itu,Baik pada gerai-gerai di ground floor dan juga gerai-gerai yang berada di tingkat satu itu.

Isu ini harus segera difikir-fikirkan oleh pihak berkuasa yang bersangkutan.Ianya tidak boleh dibiarkan  berlalu dengan begitu sahaja tanpa tindakan yang drastik.Amin!!.(Posted by Abnmulya / Abu Bakar Ninggal blogspot.com. at 1754 hrs on March 15,2015.