Tuesday, February 2, 2016

Mukhriz umum letak jawatan.Ahmad Bashah Md.Hanipah MB Kedah baharu.

JAMLIAH ABDULLAH & SAFINA RAMLI 
03 Februari 2016 10:42 AM

ALOR SETAR 3 Feb. -Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan meletakkan jawatannya sebentar tadi.

Beliau membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Krisis Menteri Besar bermula 20 Januari lalu setelah majoriti pemimpin UMNO negeri menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz termasuk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sementara itu, satu sidang akhbar berhubung pelantikan Menteri Besar baharu dijadualkan pada pukul 11 pagi ini di Wisma Darul Aman.
Sidang akhbar berkenaan dijangka dihadiri oleh ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah-(Berita-Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.18 am on February 03,2016.

Najib bukan suspek siasatan

Penjelasan Pejabat Peguam Negara Switzerland 


HUSSAINI AMRAN 
03 Februari 2016 1:32 AM. 

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pejabat Peguam Negara Switzerland menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam siasatan agensi itu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty berkata, Najib bukan antara suspek yang dituduh melakukan kesalahan dalam siasatan tersebut.
“Dalam prosiding jenayah yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ketika ini, Najib bukan salah seorang daripada beberapa pegawai awam yang dituduh,” katanya seperti dipetik daripada laporan Nikkei Asian Review (http://asia.nikkei.com) semalam.
Pejabat Peguam Negara Switzerland memulakan prosiding jenayah pada Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan beberapa individu tidak dikenali berhubung dakwaan penyelewe­ngan dana sebanyak US$4 bilion (RM16.42 bilion).
Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, pihaknya ber­puas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Beliau berkata, kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diteliti dengan menyeluruh dan tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan jenayah rasuah.
Sementara itu, 1MDB pada Sabtu lalu mengesahkan, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah menghubunginya bagi mendapatkan kerjasama tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya //hajhi abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.27 am on February 03,2016.

Mukhriz Hilang Sokongan Majoriti,Bersetuju Letak Jawatan

Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya akur untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun).

Menurut sumber SuaraTV yang rapat dengan pejabat Barisan Nasional (BN) Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang ditemui. 

“Petang tadi ahli-ahli Jemaah (Pemangku Sultan Kedah) berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang dipanggil mengadap.

“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan dengan kepimpinan Mukhriz dan menegaskan kenyataan tersebut dibuat secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak” katanya yang enggan mendedahkan identiti kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut menjelaskan Mukhriz telah memanggil semua para pegawainya untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

 “Ketika ini Mukhriz sedang mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama para pegawainya di kediaman rasmi menteri besar di Sri Mentaloon untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut. 

“Saya juga difahamkan Mukhriz akan mengadakan satu sidang media khas esok bagi mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya esok pada jam 10.00 pagi” ujarnya lagi.

Menurut sumber itu juga, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Abu Bakar Din dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung nama yang telah diperkenan oleh Majlis Jemaah Diraja. 

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengumumkan nama yang telah diperkenan oleh anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebagai menteri besar yang baharu esok pagi dalam satu sidang media khas. 

“Saya juga difahamkan majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan pada sebelah pagi, hari Khamis di istana Anak Bukit” katanya lagi. Sementara salah seorang pegawai kepada Mukhriz enggan mengulas lanjut namun tidak menafikan laporan tersebut.

“Kami tak nafikan namun buat masa ini enggan memberikan sebarang komen. “Apa yang saya boleh katakan, kami sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Datuk Seri (Mukhriz) untuk memberikan sokongan moral terhadap beliau” katanya lagi.

Terdahulu Mukhriz turut membatalkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya diadakan pada esok pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi.. “Ditangguh,” katanya ketika dihubungi wartawan Bernama menerusi Whatsapp malam ini tanpa menyatakan sebarang sebab kenapa ia terpaksa ditangguhkan.( Dipoetik dari Mykmu.net.).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.23 am on February 03,2016

Monday, February 1, 2016

Ambil tindakan terhadap pegawai SPRM jejas imej PM

SUFFIAN ABU BAKAR 02 Februari 2016 1:05 AM 

MOHD. ALI RUSTAM menunjukkan keratan Utusan Malaysia mengenai apa yang dipercayai berlaku konflik dalaman SPRM dalam sidang akhbar di pejabat DMDI Kota Cemerlang, Ayer Keroh, Melaka, semalam. 


MELAKA 1 Feb. – Tindakan disiplin perlu diambil terhadap mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, SPRM perlu mengambil tindakan tegas tersebut kerana terdapat usaha dalam kalangan pegawainya yang dilihat cuba mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, tindakan tegas itu perlu diambil serta-merta terhadap Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd. Zin yang mengeluarkan kenyataan cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri berhubung siasatan sumbangan dana RM2.6 bilion serta SRC International.
“SPRM perlu mengambil tindakan segera ke atas pegawainya yang dilihat cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri terutama ke atas Bahri bagi mencerminkan keseriusan agensi itu dalam menangani isu permasalahan disiplin.
“Bagi saya, mereka yang terbabit dengan isu ini tidak diberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan dan dilihat masih mempertikaikan kenyataan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) dan SPRM yang mengesahkan kes derma 2.6 bilion berkaitan Perdana Menteri itu memang tiada,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kota Cemerlang di sini hari ini.
Mohamed Apandi pada 26 Januari lalu memutuskan beliau berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion serta SRC International dengan kes-kes tersebut diarahkan tutup.
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam sidang akhbar baru-baru ini memberitahu, tindakan SPRM merujuk penutupan kes berkenaan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah merupakan prosedur biasa bagi penutupan mana-mana kes.
Mohd. Ali dalam pada itu berkata, isu itu dipercayai timbul disebabkan wujud campur tangan pihak pembangkang dan SPRM sebagai badan bebas tidak sepatutnya dipolitikkan.
“Saya berpendapat ada pegawai SPRM yang tidak mempunyai kuasa telah membuat kenyataan yang berlawanan dengan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara dan individu itu tidak mahu perkara ini selesai,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 11.55am on Fewbruary 02,2016.

Ditentukan hari ini

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah 


02 Februari 2016 1:05 AM 

TUNKU Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ,Tunku Sallehudin Sultan Badlishah (kanan) dan isteri, Toh Puan Temenggong, Tengku Maliha Tengku Arif (tengah) diiringi Mukhriz Mahathir berkenan ke Istiadat Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN 

ALOR SETAR 1 Feb. - Kedudukan Datuk Seri Mukh­riz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan ditentukan esok apabila Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengadakan pertemuan dengan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di Wisma Darul Aman di sini.

Pertemuan tersebut terpaksa diadakan bagi membolehkan jumlah majoriti mudah 19 ADUN sama ada mereka bersetuju atau tidak Mukhriz digantikan, ditentukan.

Hal ini kerana pertemuan hari ini antara Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 ADUN Barisan Nasional (BN) yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian gagal memperoleh angka majoriti mudah berkenaan.

Keadaan itu berlaku apabila ada antara 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz digantikan me­ngubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur semalam.

“Kalau terpaksa panggil ADUN pembangkang menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, maknanya jumlah 19 ADUN bersetuju Mukhriz diganti tidak diperoleh,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu berkata, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak mempunyai pilihan selain daripada memanggil ADUN pembangkang menghadap untuk mencapai keputusan.

Apatah lagi, Mukhriz dikatakan enggan meletakkan jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Ini adalah kali kedua beliau menolak setelah diminta berbuat demikian pada Jumaat lalu di Kuala Lumpur, “ kata sumber tersebut.

Kedah mempunyai 36 DUN dengan BN menguasai 21 kerusi, Pas (8 kerusi), PAN (1 kerusi), PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot. com.at 11.44 am on Fewbruary 02,2016.

Mukhriz Tak Ada Kekuatan Politik Untuk Terus Cabar Pucuk Pimpinan Umno Pusat Yang Sedang Berkuasa Sekarang Ini?

Sebahagian besar Ketua-ketua  Umno Bahagian Negeri Kedah yang hadir pada "sidang akhbar" yang  diketuai oleh En.Basha pada ( 20./12/2015 )di mana mereka telah istiharkan tak percaya lagi pada Mukhriz sebagai MB Kedah..



Oleh Haji.Abu Bakar Ninggal
Isnin,February 01,2016 @ 7.24pm. 

BILA kita memperkatakan kemelut politik Menteri Besar Kedah yang masih belum seleai ketika tulisan ini dibuat.Pada hemat penulis lagi banyak Mukhriz cuba pamirkan kekuatan politikny di Kedah itu?

Ternyata Mukhriz akan menjadi semakin banyak rugi dan semakin terpencil kawasan politiknya di dalam Umno.

Tindakkan yang lebih baik,lebih terpuji dan yang lebih arif bijaksna? Mukhriz lebih baik terima aje keputusan 14 Ketua Bahagiaan Umno Kedah itu tanpa terus berkonprotasi.

Kerana isu pertukaran Menteri Besar atau Ketua Menteri  di Malaysia ini adalah isu biasa dan tak perlu dipanjang-panjangkan untuk penyelesianya.

Zaman Dr.Mahathir jadi PM dulu.Datuk Osman Aroff telah digantikan dengan Encik Sanusi Joned di mana ketika itu merupakan anak emas Mahathir.Latar belakang pertukaran itu boleh dikatakan samalah juga ceritanya dengan kes Mukhriz hendak ditukarkan itu.

Demi nama baik Umno dan negara? Maka kedua-dua belah pihak yang bertelengkah itu masing-masing telah bertolak ansur dan kemelut itu dah pun selesai.Dalam isu kemelut MB Kedah yang masih bergelut itu? 
Datuk Sri Najib Tun Razak,Presiden parti Umno dan PM Malaysia.
Diharapkan model penyelesaian politik antara Osman Aroff dan Sanusi Joned,di Kedah semasa Mahatir jadi PM dulu itu? Harus dilaksanakan juga demi nama baik parti Umno itu sendiri di Kedah khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

Isu ini seharusnya tidak perlu diperpanjang-panjangkan lebih lama.Yang akan menanggung rugi dan aibnya ialah tokoh-tokoh politik Umno itu sendiri.Musuh-musuh Umno dari parti-parti pembangkang ketawa besar melihat kemelut politik itu.

Jika benar beliau ( Mukhriz) ada dijanjikan dengan jawatan yang baru diperengkat pusat sebagai Timbalan Menteri sebagai ganjarannya?

Eloklah Mukhriz terima aje offer itu demi nama baik parti Umno itu sendiri dan sekaligus demi kelangsungan kerirer politik Mukhriz itu sendiri di Malaysia ini  di masa hadapan.  
Mukhriz Mahathir,Menteri Besar Kedah yang dipertikaikan sebahagian 
besar oleh Ketua-Ketua Bahagian Umno di Kedah. 
.
Dengan cara mempengaruhi kawan-kawan seperjuangan politik dengan Mukhriz yang berada  di dalam Umno untuk menyokong beliau dengan cara membuat video mempertahankan Mukhriz dan menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mendakwa kononnya Datuk Seri Najib,"Baling batu sembunyi tangan" berhubung dengan kemelut politik Menteri Besar Kedah itu. Bukan jalan yang bijaksana?

Jika salah tektik dan teknik? idak mustahil bahawa Mukhriz akan dipecat dari parti Umno disebabkan terus membuat onar poliotik di Kedah.Dalam masa yang sama akan didakwa tidak mengendahkan arahan dari pucuk pimpinan tertingi Umno pusat di bawah pimpinan Datuk seri Najib Tun Razak sebagai Ketua Kbilah parti Umno.

Pun begitu? Mukhriz boleh juga tak mahu terima jawatan timbalan Menteri di pusat itu.

Tetapi dengan syarat Mukhriz lebih baik berdiam diri dan tak usah terus membuat onar.Dan jangan terus pamirkan sikap konfrontasi di balik tabir sebagai model kekuatan politik.

Video-video itu telah dipostkan dengan "Whats App" secara meluas pada kawan dan musuh-musuh politik Umno. Penulis sendiri ada menerima video itu yang dikirimkan oleh sahabat penulis dari Dengkel, Selangor.Sahabat penulis itu bukanlah "ahli parti Umno".Beliau menganggotai parti-parti pembangkang.

Cara ini sesungguyhnya tidak molek dan tak elok sifatnya. Sedangkan isu kemelut Menteri Besar Kedah itu,adalah isu biasa aje .Isu peretukaran tokoh-tokoh politik dari kerusi MB itu sering berlaku sejak merdeka hingga kini, tetapi isu kemelut MB Kedah ini? Ianya hendak dimanupulasi sebagai isu politik yang besar pula?
Khairy Jamauluddin Abu Bakar,Ketua Pemuda.

Lazimnya,di arena politik ini? Bila ada action dari Mukhriz? Sudah pasti akan ada re-action dari pihak sebelah sana? 

Mungkin re-action itu kelak lebih hebat lagi serangannya dan membahayakan perjuangan politik masa depan Mukhriz itu sendiri.?  Oleh itu adalah lebih baik Mukhriz harus mengambil sikap berdiam diri aje. Ketua kabilah harus tetap dihormati dan titah perin tanya harus dipatuhi.

Kalau rezeki dah tak ada lagi di Kedah? Dilain tempat dan dibidang yang lain pula? Insya Allah akan ada.Allah Swt itu Maha Adil dan Maha Bijaksana sifatnya.

Dengan berbuat begitu? Maka hati pucuk piminan Umno di pusat tidak jadi tergoris dan tersinggung. 

Shahrizat  Ismail Ketua Wanita
Jika Mukhriz nak tunjuk kekuatan politik untuk menentang pimpinan Umno pusat dalam kemelut Menteri Besar di Kedah itu? 

Mukhriz dilihat sangat silap dan ia ditakrifkan merupakan cara terang-terangan nak lawan taukeh.Orang yang bakal menerima kerugian politik yang besar?

Adalah Mukhriz itu sendiri yang terpaksa menanggung resikonya.. Memang buruk padahnya jika seseorang itu cuba nak melawan taukeh? Tak hormat dan gtak setia pada ketua kabilah paeti Umno.

Apakah kekuatan politik yang Mukhriz ada? Jika beliau mahu berterusan nak lawan taukeh,na nak boss? 

Sedangkan realitinya Mukhriz dilihat tak ada kekuatan politik di dalam parti Umno diperengkat pusat  (Nasional) dan juga di perengkat sayap pemuda,wanita seterusnya dari sayap puteri?

Mukhriz tak ada kekuatan politik macam Anwar Ibrahim ketika bapanya tendang Anwar Ibrahim dari Umno dan kabinet dulu itu?

Apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan? Realitinya Mukhriz langsung tak mampu lakukan.Anwar mampu porak perandakan Umno di bawah pimpnan Mahathir.Sedangkan Mukhriz dilihat tak ada "will power" ke arah itu.

Sayap-sayap pemuda/wanita dan sayap Puteri dilihat begitu ampuh menyokong pucuk pimpinan Umno pusat di bawah pimpinan Datuk Sri Najib? 

Semenentara kekuatan Mukhriz hanya bergantung kuat pada nama dan pengaruh politik bapanya Dr.Mahathir yang telah bersara itu.
Berapalah kuat pengaruh politik seorang yang dah bersara itu? Faham-faham aje lah dan hakikatnya harus diakui. 

Nur Emeriyatia,Ketua Putri Umno.
Sedangkan Dr,Mahathir pun? Kini tak punya sokongan dari Bahagian-bahagian Umno Malaysia selaku ahli Umni biasa  sahaja.

Penyokong-penyokong Mahathir hanya orang-orang yang berada di sekelilignya yang digelar sebagai konco-konconya yang tak ada pasukan tentera. 

Sementara itu ada juga sedikit sokongan dari golongan Ngo dari Bersih mutakhir ini.

Ada diantaraya hanya golongan Ngo dan banyak pula yang tak berparti politik. 

Tokoh-tokoh ini hanya buat sibuk aje, di portal-portal media sosial pro-pembangkang aje,seperti depa-depa dilihat dari golongan bekas wartawan-wartawan yang sengata panaik pada Mahathir dan sekaligus pula dari satu negeri iaitu dari Kedah juga. 

Faham ke negeriannya sangat kuat macam orang-orang dari Kelantan juga.

Depa ini langsung tak punya pengikut-pengikut politik yang taat setia dalam size skala yang besar dan mencabar untuk mengganggu-gugat kedudukan pucuk pimpinan Umno yang ada sekarang ini.

Jika Mukhriz ubah sikap politiknya dari menentang kepada berdamai aje..Undur selangkah? Bukan bererti akan terus kalah.Sabar itu kunci kejayaan. Mukhriz itu masih muda dan hari esok masih terbentang luas di depannya.(Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal. blogspot.com at 1925 hrs on February  01,2016).

DEMI ALLAH,Najib tidak terlibat---Sirul Azhar

OLEH HUSSAINI AMRAN (HUSSAINI.AMRAN@UTUSAN.COM.MY: 31 Januari 2016 12:54 AM 
Sirul Azhar Umar.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dia melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video terbaharu yang menjadi viral di Facebook dan Twitter selepas disiarkan oleh laman Facebook ‘Barisan Merdeka’ hari ini.
“Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya.
Sirul Azhar memberitahu, dia mengerti tentang kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan individu tertentu.
Walau bagaimanapun, Sirul Azhar menegaskan, dia tidak pernah diajar dan diasuh untuk memfitnah orang lain.
“Adalah dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu,” jelasnya.
Rakaman video berdurasi 54 saat itu merupakan pengakuan ketiga Sirul Azhar berhubung isu kes pembunuhan Altantuya yang disebarkan melalui media sosial.
Pada 21 Januari lalu, Sirul Azhar melalui rakaman video pertama menyuarakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah individu lain.
Sementara itu, melalui rakaman video kedua yang tersebar menerusi media sosial pada 24 Januari lalu, dia turut mengesahkan dakwaan pihak tertentu kononnya Altantuya mengandung ketika dibunuh adalah tidak benar.
Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Per­sekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia( UItusan online ).Posted by abnmulya / /haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 1629 hrs on Feb ruary 01,2016.