Friday, February 5, 2016

Mukhriz salah langkah--Raja Petra

Bekas Menteri Besar Kedah itu terima balasan atas tindakan sendiri 

06 February 2016 @ 1.03 am.

KUALA LUMPUR 5 Feb. Perkara yang berlaku terhadap Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah balasan daripada tindak-tanduk beliau sepanjang kemelut jawatan Menteri Besar Kedah baru-baru ini, tidak lebih dan tidak kurang.

Mukhriz Mahathir
Menurut pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin, bekas Menteri Besar Kedah itu tidak seharusnya cuba menggambarkan diri sebagai mangsa kerana dalam politik, jika seseorang itu dengan keras menyerang pihak lain, mereka juga kena bersedia berdepan serangan serupa.
Beliau menggunakan teori relatif Albert Einstein dan Isaac Newton untuk menggambarkan perkara yang berlaku terhadap Mukhriz iaitu `untuk setiap perbuatan akan menghasilkan tindak balas yang serupa’.
“Hakikatnya walaupun Mukhriz memperlihatkan diri sebagai mangsa yang tidak berdosa, tetapi sebenarnya beliau berdepan dengan tindak balas yang selari dengan tindak-tanduknya sebelum ini, tidak lebih dan tidak kurang.
“Ini adalah hukum karma. Jika kita menggunakan kekerasan, balasan yang kita terima juga adalah kekerasan. Hal yang sama berlaku dalam politik, tidak mungkin serangan kita tidak dibalas dengan serangan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal Malaysia Today hari ini.
Mukhriz yang kepemimpinannya ditolak UMNO Kedah pada mulanya bertegas enggan melepaskan jawatannya sehingga menyebabkan politik di negeri Jelapang Padi itu berada dalam keadaan tidak menentu selama dua minggu.
Walau bagaimanapun, krisis itu berakhir apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bermula semalam.
Dalam hal itu, Raja Petra menjelaskan, Mukhriz melakukan percaturan politik yang salah apabila memilih pendekatan berkonfrontasi dalam kemelut berkenaan.
Katanya, langkah Mukhriz yang bergantung harap kepada sokongan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang selepas ditolak oleh hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah merupakan pendekatan silap.
“Percaturan Mukhriz bukan sahaja salah, malah beliau juga gagal membuat perkiraan politik tepat. Mukhriz berasakan beliau mendapat sokongan 15 ADUN pembangkang dan yakin memperoleh sokongan tiga ADUN Barisan Nasional (BN) yang mungkin dua daripada MCA dalam menjayakan konfrontasi itu.
“Mukhriz mungkin menganggap musuh politik kepada Perdana Menteri merupakan kawan baginya, tetapi beliau ternyata silap, beliau sebenarnya gagal memahami realiti politik di Kedah secara keseluruhannya,” katanya.
Ini kerana menurut Raja Petra, pakatan pembangkang sekarang hanya terdiri daripada tujuh ADUN sedangkan lapan lagi terdiri daripada ADUN Pas dan jika undian dibuat dalam kalangan mereka, ADUN Pas akan membuat undian yang berbeza. Sehubungan itu, katanya, jika sekali pun Mukhriz mendapat sokongan semua ADUN pakatan pembangkang, namun beliau perlu mendapat 11 lagi undi, bukannya tiga seperti yang beliau jangkakan.
Katanya, berbanding Mukhriz yang kelihatan cukup terdesak hingga terpaksa bergantung kepada sokongan daripada ADUN pembangkang, Perdana Menteri pula sentiasa tenang dalam mencari penyelesaian terbaik bagi rakyat Kedah di sebalik krisis itu.
“Selaku Presiden, beliau perlu mendengar suara ketua-ketua bahagian UMNO yang menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada Mukhriz dan Najib telah menyelesaikan krisis ini dengan cara terbaik,” ujar Raja Petra.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.41 am on Fewbruary 06,2016./

PM yakini Bashah

Mampu pacu Kedah ke arah yang lebih baik 

DAN SAFINA RAMLI: 06 Februari 2016 1:13 AM

Najib Tun Razak melihat petugas di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melayan seorang pelanggan selepas merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani di Ukir Square, Sungai Petani, semalam. Beliau diiringi Ahmad Bashah Md. Hanipah (kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong (dua dari kanan).– Utusan/Safrizal Azmi


SUNGAI PETANI 5 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mampu untuk memacu negeri ini ke arah yang lebih baik.
Lebih daripada itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga percaya Ahmad Bashah mampu memberi kepuasan terhadap permintaan rakyat negeri ini.
‘‘Kalau dari segi sokongan, beliau sememangnya mendapat sokongan daripada ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ketua-ketua Bahagian UMNO serta parti-parti komponen.
‘‘Saya percaya beliau mampu menjalankan tugas dengan berkesan supaya rakyat mendapat lebih rezeki selain menjaga kebajikan seluruh rakyat,’’ katanya.
Beliau berucap di hadapan hampir 3,000 hadirin ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan ADUN Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Perdana Menteri dalam pada itu turut berjanji kerajaan Pusat akan memberi sokongan dan kerjasama sebaik-baiknya kepada kerajaan negeri apatah lagi Kedah ketika ini mengalami kekurangan hasil dan dana.
‘‘Tanpa sokongan kerajaan Pusat, mungkin sukar untuk kerajaan negeri melipat gandakan usaha pembangunan dan kebajikan kepada rakyat. Semua itu, insya-Allah boleh dibantu dengan suntikan dana oleh kerajaan Pusat,’’ katanya.
Terdahulu Ahmad Bashah dalam ucapannya turut melafazkan janji di hadapan Perdana Menteri untuk menjalankan tugas dengan berkesan sekali gus memenuhi aspirasi rakyat.
‘‘Saya berjanji kepada Perdana Menteri dan rakyat untuk memastikan negeri ini maju seperti yang termaktub dalam agenda pembangunan negeri.
‘‘Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Perubahan ini menunjukkan Perdana Menteri sentiasa mendengar dan mengambil berat permintaan serta suara pemimpin politik di negeri ini,’’ katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 3.27am on Februafy 06,2016.

Thursday, February 4, 2016

Penyingkiran Mukhriz Di Kedah Semacam PermulaanTamatnya "Legasi" Mahathir Di Arena Politik Malaysia?



Datuk Seri Najib nombor 2 dari kanan. Berusaha menghububgkan silturahim yang  mantap antara Umno dan PAS.Semoga ianya jadi kenyataan yang hakiki.



oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Jumaat ,February 05,2016 @12.05 pm.

Banggang dan tolollah seseorang itu jika ada yang mengatakan bahawa trajedi yang telah menimpa Mukhriz di Kedah baru-baru ini. Tidak di ketahui oleh Mahathir ayah kepada Mukhriz itu sendiri.

Pada hemat penulis sikap berdiam diri yang telah dipamirkan oleh Mahathir ketika polimik politik itu sedang panas berlaku di Kedah itu satu helah politik kononnya Mahathir  tidak masuk campur waaupu anaknya jadi terget?

Mahathir hanya mahu menunjukkan pada umum bahwa beliau tidak terlibat secara terbuka dan beliau tak mahu turut campur kononnya dalam hal ehwal yang sedang melanda anaknya itu Beliau semacam begitu yakin dalam krisis itu?

Anakanya pada firasat Mahathir semacam akan menang dalam krisis politik itu?. Satu sebab lagi kenapa Mahathir mengambil sikap berdiam diri? Kerana semasa beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri dulu itu.

Beliau pun ada melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama. Menggantikan Osman Arof dengan Sanusi Joned. 

Pun begitu?  Mahathir ada juga membuat kenyataan politik semacam mengugut pucuk pim pinan Umno pusat di media sosial yang berbunyi:
Allahyarham Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj,Perdana Menteri
Malayhsia yang pertama.

"Jika  Mukhriz di apa-apakan di Kedah( digugurkan)? Beliau akan keluar dari jadi ahli Umno".

Kini semua orang Malaysia dah tahu dah..bahawa Mukhriz bermula pada tanggal (03/02/2016)telah pun digantikan dengan YB Ahmad  Bashah Md.Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Kenapa hingga kini iaitu sehingga tulisan ini dibuat?Masih tak ada sebarang berita yang didengar dan juga dapat dibaca melalui portal media sosial yang ada menyiarkan berita panas bahawa Mahathir Mohamad,bekas PM Malaysia,dah pun keluar dari parti Umno sesuai dengan kata-kata yang telah Mahathir lafaskan sepeerti di atas itu?

Rakyat dan ahli-ahli Umno seluruh Malaysia sedang menunggu berita panas itu dengan penuh debar.Akan kunjung tiba ke berita itu menjadi kenyataan ?


Marilah sama kita tunggu dengan penuh sabar akan kemunculan berita sensasi tersebut.
Lazimnya tokoh-tokoh politik yang bermoral? Setiap kata-katanya itu mesti dikotakan,jika tak mahu dipanggil munafik.

TEMBERANG ITU BOLEH LAKU

Kalau 30 tahun dulu di Malaysia ini? Bolehlah Mahathir jual koyoknya itu. Kini koyok jenis itu dah tak laku lagi.Anak-anak (Melayu jati) Malaysia dan begitu banyak dan ramai sekali yang telah berpelajaran tinggi.Malah lebih tinggi dari Ijazah yang Mahathir miliki itu.

Kata mesti dikotakan.Jangan lain cakap dan lain pula yang dibikin? Itu munafik namanya. Dulu depa buat pada orang? Maka tibalah masanya anaknya pula dilakukan sebegitu rupa? Ada ubi ada batas.Ada budi ada pula balasanya.
Allahyarham Tun Razak Husisn ,Perdana Menteri 
Malaysia ke-2

Penulis sangat bergembira dan berbangga hati kerana anak bungsu penulis yang lelaki Lokman Hakim Hj.Bakar dah berjaya jadi seorang yang hafas al-quran di samping dah lulus juga ujian PMR-nya dengan kelulusan 8A dan 1 B. dalam masa tak sampai dua tahun lamanya.

Kini beliau sedang berada di Universiti di semister ke 6 di perengkal diploma mengambil kursus jurusan Aircraf enginering dan manufacturing. 

Hati ibu dan bapa yang mana satu di dunia ini? Tak rasa gembira-ria jika anak bungsu kami itu berjaya jadi PM Malaysia di masa muka? Tak ada kata seindah bahasa hendak kami lafaskan untuk nyatakan perasaan kegmbiraan itu?

MAHATHIR KECEWA

Mahathir dilihat paling kecewa bila anaknya tewas merebut jawatan (Naib Presiden Umno) dengan hanya 10 undi sahaja kalah berbanding dengan Hishammuddin Hussin Onn, pada pemilihan pucuk pimpinan parti Umno selepas PRU ke-13 yang lalu iaitu pada tahun 2013. 

JIKA Mukhriz berjaya pegang jawatan Naib Presiden di dalam parti Umno? Itu bererti sudah berada begitu dekat dengan kerusi Timbalan Presiden dan Presiden parti Umno di dalam masa yang singkat.

Peluang untuk pegang jawatan PM boleh dikatakan dah berada diambang pintu Putrajaya. Malangnya kalah pula.Macam belum ada rezeki lagi dan Allah swt masih belum izinkan.
Mahathir Mohamad,Perdana Menteri ke-4

Selepas itu. Beberapa minggu lamanya Mahathir terus mempertikaikan keputusan itu dan tak henti-hentinya beliau mengomel memperkatakan keputusan itu? 

Mula dari tarikh itulah hubugan politik Najib dengan Mahathir dilihat tidak begitu ngam. Ada-ada aje  corak pentadbiarn Najib sering telah dipertikaikan oleh Mahathir. Knonnya salah belaka pada hemat Mahathir.

Jika Mahathir gagal melestarikan Mukhriz jadi PM Malaysia pada masa hadapan akibat dipintas oleh tokoh-tokoh politik Umno yang muda-muda dan berkaliber? Bukan salah siapa? Bukan  salah Najib? Yang bersalah adalah Mahathi itu sendiri.Menbolak tuah dan salah langkah tidak dimulakan dengan kaki kanan.Nak menentang arus.

Mahathir telah melakukan kesilapan yang besar kerana telah mengorbit dan menyerang Najib dengan isu 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion tak habis-habisnya.Memalukan Najib begitu rupa? Sedangkan apa yang Mahathir dakwa itu?

Bahkan beliau sendiri tak ada bukti-bukti yang sahih berhubung dengan dakwaannya itu.Main buat "persepsi' liar itu dan ini aje. Dalam mempolimikkan dua isu tersebut? Apakah perkataan yang huduh-huduh yang tak seharusnya keluar dari mulut orang seperti Mahathir terhadap Najib? 
Tetapi terkeluar semahu-mahunya secara sombong dan bongkak  oleh Mahathir.

Kita akui Mahathir dah jadi PM Malaysia selama 22 tahun lamanya dan punya banyak pengalaman memerintah negara Malaysia.
Mukhriz Mahathir.bekas Meneri Besar Kedah yang 
digugurkan dan digantikan dengan Ahmad  Bashah
Md.Hanipah.

Itu tidak bererti beliau boleh cakap apa sahaja yang beliau suka dan cerca kepada siapa sahaja rakyat di dalam Malaysia ini yang beliau tidak suka.

Di samping itu,Mahathir harus ingat.Yang kutip beliau masuk semula ke dalam Umno dulu itu siapa? 

Ialah ayahanda Najib iaitu Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke dua,setelah Mahathir ditendang dari Umno oleh Tungku Abdul Rahman putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama Malaysia.

Seharusnya untuk itu?Mahathir tak boleh telanjang bogelkan Najib sesuka hati depa aje dalam isu IMDB dan isu derma RM2.6 bilion itu.Tanpa ehsan Tun Razak pungut beliau masuk Umno semula? Mahathir nobody.

Langsung tak dapat rasa jadi PM Malaysia dan bercokol di situ sehigga 22 tahun lamanya.Tak mahu cepat bersara walau banyak kali diminta dan didesak oleh ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia. Tengku Abdul Rahaman Putra Al-Haj pun jadi PM Malaysia hanya selama 13 tahun aje.

NAJIB yang Mahahir seranag bertubi-tubi itu punya hati dan perasan dan ada perasaan malu juga. Najib pun ada hati dan perasaan.Hati perasaan orang lain harus dijaga,jika kita mahu hati dan perasaan kita dijaga dan dihormati oleh orang lain?

Ahmad Bashah Md.Hanipah,Menteri Besar Kedah  yang
baharu menggantikan  Mukhriz Mahathir.
Sekaligus Mahathir dilihat semacam dah benar-benar lupa bahawa Najib kini adalah PM dan orang nombor satu di Malaysia yang ada "prerogatif power".elaku Perdana Menteri Malaysia yang sah.

Kenapa Mahthir tak habis-habis desak Najib mesti berundur dari jawatan PM dan juga dari jawatan Presiden Umno.

Apa hak mutlak yang ada pada Mahathir yang mana dilihat begitu TEGA desak Najib berundur?Malaysia ini bukan sebagai negara "sole proprietor"Mahathir?

Presiden U.S.A. Mr.Barak Obama satu-satunya pemim pin Amerika yang punya kuasa terkat di dunia ini?

Dilihat tahu hormat pada Najib.Siapa Mahathir itu nak buat onar sesuka hatinya di Malaysia ini? Dah bersara buatlah perangai dah bersara.
Timbalan PM kini Zahid Hamidi,setelah
Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabine
Najib.

Sikap yang di pamirkan oleh Mahathir ini? Pasti tidak dapat diterima oleh Najib dan barisan pemimpin di dalam parti Umno itu sendiri.

Hatta oleh ahli-ahli biasa Umno di seluruh Malaysia.Najib sebagai Ketua kabilah Umno. Dianggap oleh Mahathir dan konco-konconya sebagai sampah ditepi jalan?Boleh dikata dan dikeji sesuka hati mereka.

SEMENTARA Mukhriz pula? Sebaik sahaja beliau telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedahakibat tidak dapa kepercayan politik lagi oleh sebilangan besar oleh Ketua-ketua bahagian Umno di Kedah.

Dalam kenyataan politiknya yang utama Mukhriz dilihat begitu lantang dan dengan begitu berani mendakwa bahawa "Selagi Najib jadi Ketua Umno? Maka Umno akan terus jadi rapoh dan lemah".

Kata-kata Mukhriz ini sangat nakal dan boleh ditafsir menghina Najib dan Mukhriz dilihat langusng tidak tahu hormat Najib sebagai Ketua Kabilah Umno yang harus dihormati dan di taati oleh pengikut-pengikut kabilah bawahan Najib itu dari segi politik.
Hishamuddin Husin Naib Presiden
Umno yang berada di dalam kabinet
 Najib
Ketika Mukhriz berkata bahawa Umno akan terus rapoh dan lemah itu? Dalam masa yang sama tidakkah Mukhriz sedar? 

Jika Najib yang jadi Prersiden Umno sekarang ini rapoh dan lemah longlai sifat politiknya?

Kenapa Mukhriz telah ditendang dari kerusi Menteri Besar Kedah dengan cara yang teratur dan berjalan dengan baik?

Mukhriz kena fikir-fikirkan sebelum berkata sesuatu tentang bossnya itu.

Jika Mahathir dan Mukhriz masih pasang angan-angan mahu jadi lebih maju dalam politik  Malaysia atau pun masih beranggan-angan nak jadi PM Malaysia di masa depan?

Mahathir dan Mukhriz harus tukar sikap politiknya yang hodoh dan tak pandai beradab dan bersopan santun itu? Dari suka cakap merapu-merapu dan terus banyak songelnya?

Lebih baik diam diri,kurangkan bercakap dan terus ampu-ampu,bodek-bodek Najib sebanyak mungkin.Dengan berbuat begitu? 

Mungkin Najib dapat ilham dan hati Najib Tun Razak itu jadi lembut dan maafkan segala keceluparan mulut Mahathir dan Mukhriz terhadap Najib.Termauk juga  kunco-kunconya yang lain yang jadi balacinya.

Jika Mahathir dan Mukriz tak sanggup berbuat begitu? Percayalah? Anda harus lupakan sahaja angan-angan anda nak jadi PM Malaysia di masa depan.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar,Ketua Pemuda
Umno.Mungkin pada pemilihan akan datang
Khairy akan tanding jawatan Naib Presiden
Umno

Pada hari ini jawatan anda aje yang telah digugurkan dari kerajaan pimpinan Umno-BN. Mugkin esok,mungkin lusa  pula?

Tak mustahil.Maka ke ahlian anda dalam Umno pula akan ditarik balik kerana dilihat telah terlalu banyak melanggar disiplin parti Umno. Kerana anda dilihat secara terang-terangan begitu TEGA mengkritik Ketua Kabilah parti Umno secara terbuka di media sosial dan sebagainya.

Tak tahu hormat pada Ketua Kabilah Umno itu sendir? Umno tak perlu simpan musuh-musuh politiknya yang berada di dalam selimut? Yang sering menggunting di dalam lipatan.Sikap yang begitu tak memberi sebaang manfaat pada Umno. Malahan ia merosakkan pertumbuhan  dan kesuburan politik parti Umno.

Note.Tulisan ini dibuat berhubung dengan tulisan oleh Prof.Mazlee Malik,Pensyarah Umniversiti Antarabangsa (UIA) yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini, pada 04/02/2016 @ 7.18 malam
Komen penulis ini telah dibuat di bawah column tulisan Prof..Mazlee Malik diportal Malaysiakini. Tidak dapat dimuatkan oleh Malaysiakini kononya komen ini lebih dari 5000 perkataan.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot. com.at  12.06 noon  on February 05,2016.

Ahmad Bashah angkat sumpah MB Kedah

MOHD. RAFIE AZIMI  05 Februari 2016 1:29 AM 


Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar Kedah kepada Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam istiadat melafaz surat perlantikan serta upacara mengangkat sumpah di Balai Penghadapan Lama, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. 

ALOR SETAR 4 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berjanji akan menunaikan amanah sebagai Menteri Besar Kedah dengan sebaik mungkin demi rakyat dan rakyat.

Beliau yang mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Jemaah Sultan Kedah di Balai Penghadapan Lama, Istana Anak Bukit di sini hari ini berkata, walaupun menyedari tanggungjawab yang dipikul amat berat namun yakin akan berjaya kalau ia dipikul secara bersama melalui kerjasama daripada semua peringkat.

“Jika itu dapat dilakukan saya percaya negeri ini akan terus membangun, selain aspirasi rakyat dapat dipenuhi.

Tumpuan utama kini, saya mahu membawa kembali ‘keluarga’ rakyat Kedah bersatu. Episod selama 14 hari sudah pun selesai dan mana yang terguris di sana sini, kita mahu ubati agar semua pihak dapat terus melangkah ke hadapan,” katanya yang menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mele­takkan jawatan, semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Balai Penghadapan Baharu istana tersebut.

Yang hadir sama Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Panglima Besar, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Menurutnya, beliau menjunjung kasih terhadap Sultan Kedah serta Jemaah Pemangku selain berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberi.

Sementara itu katanya, beliau tiada masalah untuk meneruskan apa jua perancangan yang dibuat Mukhriz selagi perkara itu mendatangkan manfaat kepada rakyat ke­seluruhannya.

“Selama ini apabila Barisan Nasional (BN) merampas negeri daripada pembangkang sekalipun, kita tiada masalah meneruskan agenda yang baik. Inikan pula sekadar bertukar Menteri Besar daripada parti yang sama. Tiada sebab untuk kita sekat,” katanya.

Mengulas mengenai serangan-serangan peribadi yang sudah pun bertebaran di laman sosial, Ahmad Bashah berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang asing bagi ahli politik sepertinya.

“Mainan politik seperti ini, di mana-mana pun ada. Saya tak kisah kerana apa yang lebih penting adalah perubahan politik di Kedah dengan sokongan pegawai kerajaan negeri serta Pusat.

“Pagi ini mereka ambil gambar ketika mata saya tertutup dalam istiadat mengangkat sumpah. Takkanlah kita semua tak berkedip mata? Bagi saya perbuatan itu se­ngaja dilakukan semata-mata untuk menghina orang dan ingatlah, suatu hari nanti kita akan menghadap Tuhan,” katanya.

Beliau dalam pada itu menganggap tempoh kira-kira dua tahun yang masih ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung cukup untuk memperkukuhkan UMNO serta Barisan Nasional di negeri ini.

“Memang ada anggapan krisis yang berlaku ini sedikit-sebanyak mengikis kekuatan UMNO. Tetapi percayalah, dengan sokongan semua pihak, rak­yat akan diperjelaskan mengenai apa yang berlaku dalam tempoh dua ming­gu kebelakangan ini.

“Tunggulah, saya percaya pada penghujungnya rakyat akan dapat melihat hikmah di sebalik perubahan ini. Segalanya dilakukan kerana kami menyayangi negeri dan rakyat Kedah,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 8.37 am on Fe bruary 05,2016.

Ahmad Bashah,teh tarik dan jawatan Menteri Besar Kedah

Oleh Salina Ramli; 04 Feb rurry 2016 @ 6.04 pm.
Datuk Seri Ahmad Bashah,Meneri Besar Keah yang baharu.
Setelah melalui krisis politik dan suasana yang tidak menentu selama hampir dua minggu, Kedah kini mempunyai seorang Menteri Besar baharu iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang berusia 66 tahun itu kini menduduki kerusi ‘panas’ Menteri Besar setelah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir melepaskan jawatan selepas 14 Ketua UMNO Bahagian serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hilang kepercayaan terhadap beliau.
Apa yang pasti Ahmad Bashah atau lebih mesra disebut Tok Bashah kini dilihat sebagai ‘orang jahat’ yang menjadi dalang kepada kejatuhan Mukhriz.
Namun, masih segar diingatan penulis sebaik sahaja Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tamat kira-kira dua tahun yang lalu, tugasan yang perlu diselesaikan ialah mencari di mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah ketika itu, Ahmad Bashah berada.
Pada PRU-13 itu, Kedah yang sebelum ini berada di bawah peme­rintahan Pas berjaya ditawan kembali oleh Barisan Nasional (BN) setelah menang 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pas menang sembilan kerusi, PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).
Ketika itu heboh dicanang bahawa Mukhriz yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO bakal dilantik menjadi Menteri Besar dan bukannya Ahmad Bashah walaupun ketika itu beliau yang menjadi nahkoda kemenangan BN Kedah selaku Pengarah PRU-13 BN Kedah.
Melalui pertolongan orang kuat Ahmad Bashah, abang Z, penulis, rakan wartawan Kosmo! dan The Star akhirnya dibenarkan ‘mengganggu’ seketika Ahmad Bashah yang ketika itu seorang diri sedang menikmati teh tarik kegemaran beliau di Hotel Star City, Alor Setar.
Ahmad Bashah sebaik sahaja melihat para wartawan terus memanggil lalu memesan teh tarik untuk sama-sama dinikmati petang itu.
“Teh tarik sini sedap, mai (mari) kita minum sama-sama,” pelawa Ahmad Bashah.
Seperti sudah tahu apa soalan yang bakal ditanyakan beliau terus menjawab soalan yang sedang berlegar-legar difikiran para wartawan mengenai jawatan Menteri Besar yang tidak memihak kepada beliau setelah bertungkus-lumus memastikan kemenangan BN di Kedah pada PRU-13.
“Saya ini orang parti, apa sahaja yang Presiden buat untuk kebaikan parti.Kita kerja bukan kejar jawatan, BN menang hasil kerja semua orang, jawatan Menteri Besar biar Presiden uruskan. Saya buat kerja saya macam biasa saja,” kata Ahmad Bashah.
Itulah Ahmad Bashah yang menjadi ADUN Bakar Bata sejak 1999, seorang yang mudah untuk didekati dan tetap rasional.
Selepas PRU-13, Mukhriz akhir­nya dipilih menduduki kerusi Menteri Besar dan dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Kedah. Ahmad Bashah boleh dikatakan ‘turun pangkat’ menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah namun beliau tidak memberontak.
Krisis politik yang bermula sejak 20 Januari lalu memberikan pe­luang kepada penulis untuk sekali lagi bertanyakan soal jawatan Menteri Besar kepada suami kepada Datin Seri Hizam Awang Ahmad itu.
“Kalau orang kata apa yang terjadi hari ini disebabkan rasa kecewa, patutnya dari dulu lagi (selepas PRU-13) saya boleh berdiri atas meja, sa­botaj parti semua bila Mukhriz diumum sebagai Menteri Besar.
“Saya Pengarah PRU ketika itu, dia (Mukhriz) Timbalan saya, kalau saya sabotaj memang boleh. Saya takkan buat kerja macam tu dan saya bukan orang yang kecewa,” jelas Ahmad Bashah ketika ditanya apakah benar beliau ‘gila’ mahu menduduki kerusi Menteri Besar.
Ahmad Bashah yang menceburkan diri dalam politik di Kedah sejak berusia 22 tahun pasti mempunyai ‘formula’ untuk kembali meredakan suhu panas politik Kedah. Selamat bertugas Tok Bashah.( Utusan online-).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com at 2015 hrs on February 04,2016.

Wednesday, February 3, 2016

TABUNG HAJI UMUM BONUS 5 PERATUS

04 Februari 2016 12:41 PM 
Banguna Tabung Haji yang tersergam indaah

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2015 pada kadar sebanyak lima peratus sebagai bonus tahunan yang akan diberikan kepada 8.85 juta pendepositnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, malah Tabung Haji juga turut memberikan Tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji meliputi 8.23 juta akaun pendeposit, menjadikan mereka mendapat bonus keseluruhan lapan peratus.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Tabung Haji akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai hibah atau bonus kepada pendeposit dan baki RM300 juta daripada keuntungan tahun ini disimpan sebagai rizab,” katanya ketika Majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini hari ini.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1429 hrs on February 04,2016.

Mukhriz berundur selepas tiga tahun

04 Februari 2016 2:12 AM

MUKHRIZ TUN MAHATHIR menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta di Wisma Darul Aman, semalam. – BERNAMA 


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Selepas tiga tahun, Kedah sekali lagi mendapat Menteri Besar baharu apabila Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md.Hanipah, 66, dilantik menduduki jawatan itu berkuat kuasa esok.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 dilakukan selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din di Wisma Darul Aman, di Alor Setar sejam selepas Mukhriz mengadakan sidang akhbar di ba­ngunan yang sama.
Pengunduran Mukhriz dan pelantikan Ahmad Bashah sekaligus menamatkan konflik politik yang berlanjutan sejak 20 Januari lalu, apabila Ahmad Bashah mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan pendirian wakil rakyat dan ketua bahagian UMNO negeri itu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Walaupun pada mulanya Mukhriz cuba bertahan namun ia tidak kekal apabila Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang mengadakan dua pertemuan secara berasingan dengan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) dan pembangkang pada kelmarin dan semalam bersetuju beliau tidak lagi mendapat sokongan bagi mentadbir negeri Kedah.
“Apa yang paling ketara beliau kehilangan sokongan daripada wakil-wakil rakyat daripada partinya sendiri, biarpun ADUN-ADUN pembangkang cuba menyebelahi beliau,’’ kata satu sumber ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.
Sumber itu berkata, berikutan keadaan itu Mukhriz dilihat akan mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan berkesan dan ia boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
“Oleh itu keputusan terpaksa dibuat, Mukhriz diminta mengundurkan diri bagi membolehkan Menteri Besar yang baharu dilantik,‘’ kata sumber berkenaan.
Berhubung dakwaan bahawa Mukhriz sebenarnya keberatan untuk meletakkan jawatan, sumber itu berkata, sebagai seorang yang taat kepada Sultan Kedah dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, semua pihak yakin Mukhriz akan akur apabila diperintah berbuat demikian.
“Atas sebab itulah malam tadi, kita sudah menjangkakan bahawa penggantian Menteri Besar pasti akan berlaku,’’ kata sumber berkenaan.
Kali terakhir Kedah menyaksikan pertukaran jawatan Menteri Besar ialah pada tahun 2013, apabila Allahyarham Tan Sri Azizan Ahmad yang mengemudi Pas merampas negeri itu dalam pilihan raya umum 2008 terpaksa berundur selepas parti tersebut tumbang dalam pilihan raya umum 2013.
Sebelum Azizan, lima lagi Menteri Besar Kedah turut dicatatkan terpaksa turun dalam keadaan kontroversi iaitu Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabudin, Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com at 9.16 am on February 0-4,2016.