Saturday, April 9, 2016

Dr.Mahathir minta campur tangan asing

10 April 2016 12:45 AM 
Tun Mahathir  Mohamad

KUALA LUMPUR 9 April – Selepas sekian lama menggambarkan dirinya sebagai penentang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuat pusingan U apabila meminta campur tangan asing dalam usaha­nya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir dilaporkan melahirkan rasa terkejut terhadap tindakan pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sedangkan katanya, ANZ memegang 25 peratus saham AmBank di mana lebih daripada AS$ 1 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
“Kerajaan Australia dilihat se­perti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya  /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 3.04 am on Ap[ril 10,2016.
10,2016. o

Friday, April 8, 2016

Tuduhaan, polemik kait PM dengan 1MDB perlu dihentikan

09 April 2016 1:04 AM 


KUALA LUMPUR 8 April – Tuduhan dan polemik penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) perlu dihentikan serta-merta selepas jawapan diterima berdasarkan pembentangan laporan akhir pengauditan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam.
Irmohizam Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Khas Me­ngenai Rasuah (JKMR), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, rumusan laporan itu jelas menunjukkan tidak wujud sebarang penyelewengan atau unsur jenayah dalam syarikat tersebut seperti digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa PAC termasuk wakil dari pihak pembangkang adalah telus dan cukup teliti dengan memanggil saksi kompeten sebelum membuat sebarang rumusan.
“Selepas ini, segala prasangka serta tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri sebagai punca kelemahan syarikat 1MDB ini perlu dihapuskan, memandangkan kedudukan beliau hanya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat. Tidak ada sebarang unsur jenayah seperti yang diperkatakan.
“Kita harus sedar segala urusan mengenai perjalanan syarikat ditentukan oleh Lembaga Pengurusan. Rakyat juga tidak perlu bimbang dengan ketelusan laporan itu, semuanya telah dijalankan dengan penuh teliti,” katanya dalam ken­yataan di sini hari ini.
Kelmarin, Naib Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, ti­dak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat ber­kenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.
Seng Giaw memberitahu, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB dan selain daripada itu tiada kaitan.
Hasil siasa­tan PAC ke atas 1MDB mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu didapati ‘kurang memuaskan’, yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.
Namun, PAC mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki ma­­salah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.
Tambah Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, saranan beberapa pihak yang menggesa untuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja sebenarnya bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya bagi meneruskan agenda tertentu selain membazirkan wang negara.
“Itu hanya usaha untuk terus memburukkan nama Najib walaupun bukti kukuh telah dipersembahkan melalui laporan PAC semalam, kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan pemimpin negara dan bukan untuk mencari apa-apa kebenaran,” tegasnya.( Utusan online- Posted by nabnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.23 noon on April 09,2016.

Daud Ibrahim jangan salah nilai saya.Isu dedak itu dan dedak ini ke? Saya tak main dah..Saya makan beras Siam kelas terbaik.




Hj.Abu Bakar Ninggal
Sabtu,April 09,2016. @ 3.25am.

Saya kenal Daud Ibrahim ini sejak dari Melaka yang menjadi pencacai Ketua Menteri Melaka, di era Ghani Ali.Disebabkan dia agaknya biasa terima (dedak) dari boss-boss politik yang beliau ampu sana dan ampu sini itu?

Maka pada orang lain pun di ukurnya macam baju dia?Tak ada dedak tak boleh hidup ke? Untuk maklumat Daud Ibrahim yang masih mentah  berpolitik itu?


Saya ini, ahli perniagaan.Saya ada buat niaga di Vietnam semasa jadi rakyat Singapura dulu sejak tahun 1967 hingga tahun 1975 hingga Vietnam Selatan jatuh di tangan Vietnam Utara. 

Isteri dan 3 anak saya saya bawa ke Malaysia dan tinggal di Subang Jaya.

Harga rumah yang isteri dan anak saya bermastautin itu kini berharga lebih RM1 juta. Sebagai ahli perniagaan dan juga sebagai penulis politik?.

Saya menulis di blog saya yang bernama (Hj.Bakar Ninggal. blogspot. com) dan juga di (Hj.Bakar Ninggal. face book) harus Daud fahami bukan kerana nak cari wang dedak semacam Daud Ibrahim cari.Itu bukan kelas Haji Abu Bakar Ninggal.


Kerja jaya saya sejak dulu hingga kini.adalah berniaga dan menulis dan dah cukup buat untung dan simpan wang untuk masa tua kami sekeluarga.

UNTUK SARA HIDUP SAYA SEKELUARGA/

Wang simpanan saya lebih dari cukup makan untuk keluarga saya hingga akhir hayat saya,Insya Allah. Tak perlu wang dedak seperti mana di dakwa oleh kem Daud Ibrahim? Saya makan beras siam setiap hari.Dedeak-dedak ini tak main-lah.Kkehormatan di ri saya masih saya jagai dengan rapinya.

Bukan saya minta dari bank. Bank beri kemudahan (Kad kredit) dari bank2 di Kuala Lumpur ini. Semuanya (Platinum Card) termasuk supplimentry card untuk anak lelekai saya yang bungsu kini sedang belajar di University sebagai Aircraft Enginering..

Saya punya 4 buah kereta.Kereta Mercedes,Harierrr 4 wheel drive,kereta Viosdan 2 proton saga. 

Jumlah kemudahan dalam bentuk kad kredit itu (RM120,000-OO).Bila2 aje saya boleh draw (cash advance) dengan hujung jari saya aje. Buat apa dengan "dedak-dedak" ini?

Macam orang minta sedekah aje? Daud Ibrahim salah orang jika nak cakap fasal dedak dan musim menui dengan Hj.Abu Bakar Ninggal.Saya tak pernah lihat dedak itu.


Saya menulis secara sukarela kerana itu menjadi kesukaan saya dan saya berhak menulis sebarang isu jika saya fikir, apa yang saya tulis itu adalah hak saya sebagai individu yang bebas.

Segala tulisan saya itu pula adalah benar dan ada faktanya. Siapa yang makan cili  depalah yang rasa pedasnya?

Saya juga berhak membela dan mempertahakan tokoh2 politik kerajaan Umno ( menteri2)terutamanya ialah Datuk Seri Najib.Saya adalah ahli Umno.di Gombak,Selangor.

Kalau ahli-ahli parti Umno,didapti tak sokong, bela dan pertahankan parti Umno dn pemimpinnya?  Siapa lagi yang Umno nak harapkan?Lain bangsa janga n harap akan sedia tolong Umno?

Saya bukan macam Daud Ibrahim dan boosnya itu? Masih jadi ahli Umno?Tetapi tebalkan muka gabungkan diri di dalam gerakan (deklarasi rakyat) yang nak gulingkan Najib.Bertambajh teruk lai bekerja sama dengan parti DAP yang dasarnya adalah Malaysia Malaysian.

Kalau rasa kuat dan berpengaruh sangat? Keluarlah dari parti Umno.Tak payah tunggu di pecat.  Ada orang itu.DAH jadi PM 22 tajhun lamaya atas tiket parti Umno.Akan tetapi Tak bersyukur mendapat nikmat itu?


Disebabkan kepentinga peribadinya tak diberi oleh Najib?Maka Najib nak digulingkannya. Masuk Umno .dan keluar Umno sesuka hati.Parti Umno ini diangapnya macam kedai kopi.Bila2 boleh masuk? Dan bila2 boleh keluar?.Negara Malaysia-lah ! Bukan Karfala sana?

Bila terjadi kemelut politik antara Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia dengan Mahathir secarta terbuka? Terutama bersabait dengan isu 1MDB dan kemudiannya timbul pula isu RM2.6 bilion kononnya ada  beranai mendakwa di songlap oleh Datuk Seri Najib dari kantong wnag 1MDB?

Saya terus menulis setakat mana yang saya mampu dengan suka-rela dan suka hati dan langsung tak minta  wang dari sesiapa pun? Sila buat sasatan jika tak percaya?

Dalam tulisan saya itu?Mati-mati saya bela Datuk Seri Najib. Disebabkan Firasat saya mengatakan dan memberi petunjk bahawa segala fitanh yang di dakwa oleh golongan Anti-Najib itu adalah palsu belaka? Sengaja di ada-adakan demi  "matlamat menghalakan cara?"

Malahan mereka gunkan  'persepsi"belaka...Semata-mata mereka nak jadikan isu "perang urat saraf"untuk nak ambil perhatian rakyat.Tektik mereka itu dah tak laku lagi.Kini rakyat semuanya dan celik dan dah pandai-pandai belaka.

Kira2 sebulan yang lalu saya ada betemu dengan Daud Ibrahim di kedai kopi TAQWA,di Gombak dan saya ada majukan pertanyaan pada Daud. 

Siapakah beliau sokong bersabit dengan kemelut piolitik anatara Najib dengan Mahthir/Muhyiddin Yassin? Beliau saambil mencemik muka lantas memaklumkan pada saya beliau marah pada Datuk Seri Najib kerana tak mahu saman akhbar WSJ yang memfitnah beliau?

Sekaluigus beliau ada terangkan pada saya, bahawa boosnya ialah Muhyiddin Yassin. Dengan ikhlas hati rasa hairan kenpa kiblat Daud ke sana? khirnya siasat  punya siasat? Fahamlah saya  bahawa "dedk" ada memainkan peranan-nya.
Pun begitu? 


Saya tetap tak peduli siapa boss yang jadi pilhan-nya itu.Itu adalah haknnya.Pandailah dia hendak hidup.

Dua tiga hari yang lalu melalui face book dan media sosail yang lain ada melaporkan bahawa DS/Najib,ada ziarah Mursyidul Am Pas, Datuk Dr.Haron Din, di Hospital (IJN) di K.Lumpur, Lantas saya segera tulis berita itu dan di postkan di Face book.com.my.

Pada petangnya melalui (Face Book) saya dapati bahawa Daud Ibrahim ada buat komen tentang berita yang saya tullis itu. "Kenapa Ziarah orang sakit sahaja? Orang sihat kenapa tak lawat?"
Saya lantas jawab tulisan Daud Ibr itu sebagai pertanyaan kenapa saya cakap setiap muslim yang sakit itu? Adalah wajib bagi muslimin/mulimat yang beriman pada Allah segera  pergi menziarahinya.

Seruan ini merupakan Sabda dari Nabi Muhamad SAW kepada umat muslimn seluruh alam.

Yang menjadi mushkil pada saya? Kenapa Daud nak komen tentang itu? Melalui tulisan saya di Face Book?. Saya faham bahawa komernnya yang tidk secara direct oleh tulisannya itu macam buang batu sembunyi tangan?

Tujuan UTAMA-nya  bahawa golongan Anti-Najib ini, semacam tidak  suka DS/Najib ziarah Dr.Haron Din di IJN itu ditakuti perhubungan politik anatara Umno/PAS itu semakin akrab?? Golongan Anti-Najib kalau boleh hendak menggagalkan kerajaan antara UMNO dan PAS itu wujud?

Buat Daud dan bossnya serta konco-konconya yang Anti-Najib, pada masa sekarang ini? Apa sahaja yang Najib cakap dan Najib lakukan dilihat oleh mereka semuanya langsunh tidak menarik perhatian mereka? 

Kedudukan golonga ntiNajib kini terecbar sebaik sahaja WJ dh kelurkan kenyataan  bahwa wang RM2.6 bilion itu bukan wang dri 1MDB.Wang itu adalah wang derma dari keluarga di Raja Saudi Arabia.Golongan  Anti-Najib dah gagal nak dakwa Najib kononnya salah guna kuasa? 

Isu IMDB pula semalam PAC POarlimen dengan rasmio  telah menyatakan bahawa Najib langsung ak terlibat dengan sarat hutang  yang dibuat oleh 1MDB.

Sedangkan (02) isu inilah dirancang oleh golongan Anti-Najib  hendak perangkap Najib. Untuk dijadikan sebagai bukti nyata sebagai bukti  hendak bawak Najib ke muka pengadilan berdasarkan 'persepsi" yang konon benar tetapi sebenarnya tiak benar? 

Najib lebih cekap bermain catur politik berbanding  politikus yang dah tua bangjka itu? Niat jahat itulazimnya memang tak restui oleh Allah SWT.

Disebabkan Najib bukan boss mereka dan boos mereka adalah Mahathir dan tokoh-tokoh politik yang Najib pecat dari kabinet.

Kini Daud sedang cari geng di face book pula? Agar geng-geng yang banggang itu hentam tulisan saya yang membela Najib.dan parti Umno.

Menurut Daud Ibrahim bahawa tulisan saya di Face book itu?  kononnya  sangata sejuk dan tak mendapat sambutan dari para pembaca Face Book.

Sama ada tulisan saya itu dapat sambutan besar ke atau sebagainya? Saya tak peduli?Saya pasti akan terus menulis membela Datuk Seri Najib dan para kabinmetnya yang membantu Datuk Seri Najib.

Setahu saya, segala tulisan saya di face book itu? Saya dapati bahawa komen-komen dari pembca yang menyokong Najib sekurang-kuranga  85%.berbanding dengan golongan yang Ant-Najib

Ini berdasarkan dari  tanda"like" lebih banyak berbanding dengan tulisan Daud Ibrahim yang isinya cerita minum kopi dan makan nasi lemak,sarapan pagi, di kedai kopi itu dan ini.? 

Beliau jumpa orang itu dan orang ini? Lebih baik pembaca Face Book baca resepi-resepi masakan dan doa-doa  yang bermanfaat bagi mereka?

Belum masuk lagi tulisan saya di blog saya sejak sejak tahun 2004 dulu.hingga kini.2016.(Posted by aabnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.29 am on April 09,2016.
s

Thursday, April 7, 2016


Dr.Tan Seng Giaw dari parti DAP ini merupakan satu-satunya ahli politik Malaysia yang paling (gentlement). Tidak suka cakap berbelit-belit. Yang betul dikatakannya betul..Apabila didapatinya sesuatu isu tak betul? Maka dikatakannya tidak betul.Lindahnya adalah merupakan lidah ahli politik dan negarawan Malaysia yang ulung. (Posted  on.(08/04/2016)

Laporan PAC Buktian Datuk Seri Najib Tun Razak( Perdana Menteri) Kita Tak bersalah.

Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR - April 07,2016. Pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, segala tuduhan yang dikaitkan dengan Najib selama ini ternyata tidak berasas dan bermotifkan politik.

"Laporan PAC pada hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan itu seperti yang didakwa pembangkang. Selain itu, Laporan PAC turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti yang didakwa sebelum ini.
"Dalam masa yang sama PAC mengesahkan bahawa YAB Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah.

Terbukti segala tuduhan tuduhan dan tohmahan terhadap YAB Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri secara tidak demokratik," kata Azalina melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa yang sama menegaskan bahawa PAC menjalankan siasatan dengan telus dan tanpa berselindung. "PAC adalah jawatankuasa bi-partisan yang dianggotai oleh wakil pembangkang dan kerajaan.

Proses siasatan yang dijalankan secara transparen dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan serta menggunakan dokumen-dokumen sokongan yang sah," jelas Ahli Parlimen Pengerang itu lagi. 

Hari ini PAC membentangkan laporan 1MDB di Parlimen setelah siasatan dijalankan ke atas syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu.( Posted by abnmulya //haji abau bakar ninggal.blogspot.com at 11.04 pm on April  07,2016.

Wednesday, April 6, 2016

Para pemimpin politik itu banggang jika di tangkap dan di penjarakan pihak berkuasa di era merdeka ini?





Haji abu bakar ninggal
Khamis, April 07,2016. @ 1.40 PM.


Di era perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajahan British dulu itu? Setiap pemimpin yang ditangkap oleh pihak berkuasa British? Semuannya di anggap sebagai hero negara. 

Disebabkan keberanian-nya menentang pejajahan habis-habsan.? Tetapi setelah Malaysia  dah merdeka  hampir 70 tahun lamanya? Pejuang politik yang ditangkap oleh pihak berkuasa di era merdeka ini? 

Adalah merupakan tokoh-tokoh politik yang banggang yang tidapt membezakan cakapa-cakap dan tigkah lakunya menyalahui undang-undanag atasu sebaliknya.Mereka berpolitik main hentam keromo sahaja.Buila telah ditangkap,disiasat dan jika disabitkan kesalahannya olh Mahkamah keadilan negara?

Maka merengkok-lah mereka ke dalam penjara secara sia-sia belaka? Jika mereka itu arifbillah,bijaksana dan berwibawa berpolitik? 

Pasti mereka tak akan lakukan sebarang kesalahan yang mengikut hawa nafsu amarahnya dan tidak pun ditangkap oleh pihak berkuasa dan kemudiannya disumbatkan ke dalam penjara jika sabit kesalhannya itu? 

Rafizi selaku Setiausaha Agong  parti PKR harus ingat dan sedar bahawa memfitnah itu adalah perbuatan yang sangat dikutuk oleh Allah kerana ia lebih besar dosanya dari perbatan membunuh?

Jadi? Kenapa Rafizi dilihat begitu jahil ketika nak membuat sebarang tuduhan atau dakwaan ke atas diri Datuk Seri Najib Tuan Razak tanpa ada bukti-bukti yang sahaih?


Rafizi adalah Setiausaha Agung parti PKR. Untuk itu, beliau harus menampil sikap intelek ketika berpolitik yang bersifata ber-prestige mulia dan harus mempamirkan dalam segala apa-apa sahaja tentang isu politik yang beliau nak cakap dan juga dengan yang beliau hendak lakukan? Terutama dari segi undang-undang negara.


Jika tersalah cakap hingga segala apa yang beliau cakapkan itu merupakan fitnah belaka? Maka kesannya  dan resikonya dari segi undang-undang negara itu sendiri sangata serius? Hatta  Rafizi sebagai Memberr of Parlimen Malaysia? Bukan bererti Rafizi  berada " di above of the law"of Malaysia?


Resikonya sangat serius  sekaligus pasti akan merosakan nama baik  Rafizi dan sekaligus nama baik parti PKR itu yang mana secara langsung dan tidak langsung mengakibatkan penyokong-penyokong tegar PKR akan mempertikaikan kewibawaan Rafizi itu sendiri sebagai pemimpin tertinggi parti PKR. 

Rafizzi,seharusnya sebagai Setiausaha Agong parti PKR. Rafizi terpaksa menanggung resiko yang bert akibat dakwaaan-dakwaanya yang merapu-rapu sifatnya?


Maka beliau kini dah dilihat langsung tidak berwibawa hingga ditangkap oleh pihak berkuasa akibat oleh segala apa yang di cakap-cakap-kannya dan apa yang di lakukannya itu meletakan Rafizi sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang langsung tidak punya kelas politik? 

Dengan kata lain? Rifizi dilihat semacam tidak berfikir dengan sewajarnya sebelum nak bercakap dan nak mendakawa kononnya Datuk Seri Najib  dah salah gumnakan kuasa dalam isu-isu tertentu?


Lebih elok Rafizi itu di sebut sebagai pemimpin PKR yang ( Lawless Class)?.J usteru itu,bagaimana rakyat  DAN penykng-penyokong tegar parti PKR nak harapkan bahawa parti PKR akan  MAMPU membawa perubahan dan memberi kebajikan pada penyokong-penyokong tegar mereka dan rakyat umumnya? 


SEDANGKAN Pembawaan politik RAFIZI  ITU SENDIRI BERSIFAT caca merba dan sekaligus dilihat langsung tidak mampu uruskan dirinya dengan cukup sempurna?(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.40 pm on April 07,2016.


Najib akan kemuka surat tuntutan kepada Rafizi berhubunng dengan kenyataan pembelian kain

06 April 2016 1:24 PM 


Datuk Seri Najib Tun  Razak
KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd. Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun kepada pemberita selepas pengurusan kes saman fitnah membabitkan Najib dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara hari ini.
Mohd. Hafarizam berkata, beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.
Mohd. Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.
Sementara itu, Mohd. Hafarizam berkata, kes saman Najib terhadap Dr Ling akan didengar di hadapan hakim lain berikutan O’Hara hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.
Katanya, hakim itu menarik diri untuk mengelakkan salah tanggapan masyarakat kerana beliau dan Liong Sik merupakan alumni Maktab Tentera Diraja iaitu Persatuan Bekas Putera.
Peguam itu berkata, keputusan O’Hara itu tidak dibantah oleh pihaknya dan juga peguam Villie Nethi, mewakili Liong Sik.( Utusan on line).Postyed by abnmulya //haj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1226 nooon onApril 07,2016.