Monday, October 10, 2016

Siapa sebenarnya yang gangster?

10 Oktober 2016 6:10 PM.
Ngo Bersih 4 tunjuk kekuatan  pada demonstrsi harm di tengan bandr kuala lum pur pada tahun lalu


Marina Chin Pengerusi Ngo Bersih.
BUKANKAH sudah disebut ber­ulang kali kalau mahu ditukar kerajaan sedia ada, buatlah semasa pi­lihan raya umum akan datang nanti.

Tidak lama lagi, bersabarlah. Pejam celik semakin menghampiri Jun 2018 untuk mandat kerajaan berakhir.
Tak sabar mengapa? Hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan di luar prinsip dan suara demokrasi? Apabila demonstrasi haram itu kelak mendapat liputan meluas media antarabangsa maka ‘meletuplah’ publisiti untuk pe­nganjurnya, Maria Chin.
Kenapa (AJK) Bersih 4 benarkan gadis2 muda Cina ini
lakukan tindakkan sensetifsecara terang-terangan 
di khalayaramai "pijak" gambar  D.S.Najib (PM)
 Malaysia dajuga gambar Tuan Guru Haji Hadi Awang,
Presiden parti PAS.Tindakan ini adalah menghina
pemimpin2 Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri.
Sudah berapa kali Bersih dige­rakkan? Empat kali yang lepas, berhasilkah? Adakah tumbang kerajaan sedia ada ala
‘Arab Spring’? Sudah jadi Perdana Menterikah ‘individu’ yang dicanangkan oleh penganjur Bersih yang lepas?
Jika diperhatikan, budaya di negara ini lain. Rakyat Malaysia menolak tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan dan per­arakan yang cenderung ke arah penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, kerajaan demokrasi dan pihak berkuasa.
Ini adalah group gadia2 Cina yang lain pun  turut di benarakan
memijak2 gambar yang sama sepeerti gambar sebelah kiri ( atas).

Inilah diperjuangkan kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos merangkap Pengerusi Ga­bungan NGO Malaysia.

Anwar Ibrahim pernah me­lakukannya dengan reforma­sinya sebelum ini. Gegak gempitalah sementara Dataran Merdeka, Masjid Negara, stadium dan beberapa gedung beli-belah berhampiran. 
Liputan media tempatan dan asing terhadap unsur-unsur anarki ini usah cakaplah. CNN, BBC dan agensi-agensi berita asing lain tumpang semangkuk

Bukalah mata bagaimana rejim Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Ghaddafi di Libya ditumbangkan. 


Golongan muda bertempur nyawa dengan pihak berkuasa di jalanan berbulan-bulan. 
Negara dalam suasana kacau-bilau, nilai mata wang me­rudum, inflasi mencanak naik, jutaan manusia menganggur.
Sesudah itu barulah wujud  Baju Merah atas nama Ngo Satu Malaysia.
 Re-actions atas segala "actions" yang telah dilakukan lebih dahulu
oleh Ngo Bersih No 1,2,3,4 itu.? Jadi? Siapakah yang mulakan
 tindakan yang( BIADAB dan KURANG AJAR ITU?).Siapakah 

sebenarnya"Gangster?".Bersih-kah atau Ngo Baju Merah?
Thailand sehingga sekarang tidak berupaya membebaskan diri daripada ‘dipenjarakan di negara sendiri’ oleh pihak tentera. 

Semua ini gara-gara ‘gerakan baju kuning’, dan kemudiannya ‘baju merah’ yang terlalu ghairah mahu menumbangkan kerajaan melalui ‘politik jalan raya’.
Orang muda jangan alpa. Idea sosialis telah melepasi proses ‘re-branding’ dan dipakejkan semula dalam bentuk baharu.


Di Amerika Syarikat, muncul gerakan yang menamakan diri Occupy Wall Street (OWS) yang selepas itu menjalar ke Eropah, Arab Spring dan di negara ini sendiri adakah Bersih puaknya?
Siapa yang gengster? Penganjur Bersih 5.0 atau Baju Merah? (Utusan on line).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.Blogspot.com.at 2153 hrs on Oktober 10,2016.

Thursday, October 6, 2016

Dr.Mahathir Dalam Keadaan Tersepit

HUSSAINI AMRAN< :07 Oktober 2016 1:02 AM.
Tun Makathir Mohamad


KUALA LUMPUR 6 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mempunyai peluang untuk berjaya dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Raja Petra Kamarudin

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, bekas Perdana Menteri itu kini dalam keadaan tersepit malah situasi yang dihadapinya hampir sama dengan apa yang dialami oleh Napoleon Bonaparte ketika cuba menakluk Rusia.
Menurut beliau, Dr. Mahathir menyangka Najib telah ‘dikepung’ namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mulai sedar situasi yang berlaku adalah sebaliknya.
“Bonaparte menyelamatkan diri de­ngan meninggalkan bala tenteranya dan menunggang kuda yang pantas kembali ke Paris.
“Sekiranya Dr. Ma­­hathir mahu me­ngelakkan diri daripada ‘terkorban’, be­­­­liau juga mesti meninggalkan tenteranya dan segera lari,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.
Raja Petra memberitahu, Najib menggunakan pendekatan berfikir secara bijak dan bertindak secara munasabah dalam menghadapi serangan yang dilancarkan oleh Dr. Mahathir.
Beliau berkata, Na­jib lebih banyak berdiam diri dan memberi ruang kepada ‘jeneral-jeneralnya’ merangka strategi ser­ta melancarkan kempen yang berkesan bagi mengatasi sifat megah dan ego Dr. Mahathir.
“Sejarah sering mengajar kita pihak manakah yang akhirnya memenangi pertempuran-pertempuran sebegitu,” jelasnya.( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2.55 am on Oktober 07,2016.

Tuesday, October 4, 2016

Tindakan Ezam Mohd Noor Tidak Seburuk Dan Tidak Sehina Dengan Tindakan Mahathir Keluar Dari Umno,Lantas Hendak Kuburkan Parti Umno.....

Senator Datuk Ezam Mohd Noor peganga jawatan terakhir semasa di dalam Umno ialah sebagai Pengarah Strategi MOF  Gred Jusa A.Rekod  keluara dari parti Umno antara Datuk Ezam dengan TunMahathir sama (even.). Mahathir pun dah keluar dari Umno  (02) kali juga.Semnatra Datuk Ezam pun dah ( 02)  kali juga. Perbezaannya ialah Datuk Ezam masih muda.Sementara Mahathir pula dah  berusia 92 tahun.


                               

Oleh Haji Abu Bakar Ninggal 
Rabu, Oktober  05,2016.@ 1.41am.

BILA secara rasmi bekas Senator Datuk Ezam Mohd Noor telah mengumumkan bahawa beliau pada 01 hb,Muharam 1438 Hijrah,sekali lagi telah keluar dari parti Umno buat kali keduanya dan dengan sebab-sebab tertentu pada penilainya masih berlaku di dalam Umno? 

Isu politik yang Datuk Ezam.Mohd Noor orbitkan kenapa beliau memilih untuk keluar sekali lagi meningglkan parti Umno? Penulis rasa tidak perlu di ulas di sini kerana isu itu terlalu umum sifatnya dan telah di disebut-sebut oleh orang-orang politik Malaysia ini berpuloh-puloh tahun dah???

Ekoran dari pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh bekas Senator itu? Maka bertalu-talu menerusi media sosial terutamanya di Face Book diliht banyak golongan yang telah membuat komen politik bersabit dengan sikap yang telah diambil oleh Datuk Ezama Mohd Noor itu.


Sedihnya, bahawa komen-komen itu dilihat rata-rata menuduh bekas senator Ezam dengan berbagai-bagai tuduhan yang negatif dan mereka langsung tidak tahu menghormati hak bekas Senator Mohd Ezama mempunyai kebebasan memilih jalan hidupya sendiri dan jalan perjuangannya di dalam arena politik tanah air ini.

Bagi saya, yang dah berusia senior citizen ini yang mana sama-sama berjuang di dalam parti keADIlLan bersama-sama Ezam,sangat faham dan sangat menghormti kenapa Ezam bertindak demikian?

Bagi saya? Bahawa tindakan Ezam itu langsung tidak menghairankan berhubung dengan keputusan yang telah Ezam ambil itu. 

Dalam dunia politik?Tokoh pergi dan tokoh yang datang.Kedudukan parti itu kadang--kadang semakin mnatap sebaik tokoh itu yang jadi gantinya.

Sementara tokoh yang dah pergi berhijrah itu? Didapati Nasib  mereka jadi berubah setelah berhijrah ke lain parti? 

Semuanya itu terjadi dengan izin Allah  swt yang punya kuasa mutlaq yang berhak untuk menentukannya. Kita manusia hanya mampu merancang. Sesungguhnya perancanga Allah swt itu lebih hebat lagi.

Keluar dari sesebuah parti politik dan kemudiannya berhijrah ke sebuah parti politik lain pula? Ianya,perkara biasa aje.

Itu adalah lumrah alam. Ia, terjadi baik di mana sahaja di dalam dunia politik di seluruh dunia ini.

LAZIMNYA tindakkan oleh tokoh-tokoh yang suka berhijrah dari satu parti ke satu parti itu? 

Ianya,tidak merupakan satu isu yang ganjil dan anih yang harus kita kutuk tindakan mereka itu dengan sewenang-wenngnya mengiku hawa nafsu amarah kita dan sebagainya.

Siapa kita yang begitu tega membuat kutukan itu? Hanya dosa aje yang tambah bertimbun-timbun jadnya, akibat suka mengumpat itu berbanding dengan pahalanya?


Disebabkan kita sendiri tidak merasa apa yang bekas senator Ezam itu rasakan? Maka lantas kita menghnetamnya? Kononnya Ezam sebagai pemimpin politik yang tidak berintegriti, hypokrit dan sebagainya.
Mustahil sesuatu tindakan yang dibuat oleh bekas sentor itu tidak bersebab? Hanya Ezam sahaja yang dapat menceritakan apakah sebabnya? 

Tetapi beliau sejauh ini enggan menceritakannya? Itu merupakan satu sikap yang sangat mulia dan terpuji bagi tokoh-tokoh politik yang mempunyai dasar dididkan agama yang mendalam.

FASAL ISU INTEGRITI KONON?

Jika kita hendak bercakapa fasal integriti bahawa tindakan Mahathir  keluyar dai Umno dan berazam hendak menggulingkan D.S.Najib  secara terus menerus itu.

Jika kita mahui membuat perbandingan? Sesungguhnya tindakkan yang oleh Mahathir meninggalkan parti Umno itu? 

Adalah  lebih hina dan lebih tidak berintegrai lagi berbanding dengan tindakan bekas  senator Ezam Mohd Noor.  Sehausnya.Perbuatan Mahathir itu harus Lokman Adam kutuk sehebat-hebatnya.Jika Sdr.Lokman Adam mampu? Setiap saat dan setiap hari tanpa jemu-jemunya

Kerana jasa dan budi baik parti Umno terhadap Mahathir itu setinggi langit dan sebesar gunung. Dari seorang pernh di pecat dari Umno  oleh Tunku Abdul Rahaman .Kemudian menyertai semua parti Umno dan akhirnya berjaya pegang jawatan Perdana Menteri Malaysia hngga 22 tahun lamanya.

Kemudian berkemelut politik dengan D.S Najib dan akhirnya keluar dari parti Umno buat kali kedua dan lantas menubuhkan parti baharu dengan tujuan hendak menggulingkan Datuk Seri Najib yang menjadi matlamat politk Mhathir? Adakah tindakan Mahathir itu patut ?

Mahathir itu pernh dipect oleh Tungku Abdul Rahmana Putra pada tahun 1969 dan hampir dipenjarakan oleh kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menilaikeistimewaan Mahathir itu? Tak lebih hanya pandai berpolitik untuk mengadu domba.
Mengadu dombakan antara orang-orang Umno dengan orang-orang dari parti Umno itu sendiri agar sering berbalah2an.

Mengadu dombakan kaum Melayu dengan kaum Cina, sebagai platform politiknya nntuk mendapatkan perhatian tentang ketokohan politik peribadinya di kalangan orang-orang Umno? 

Kononnya dialah hero yang mamu menjuangkan hak mutlaq orang2 Melayu?Akhuirnya terjadi peristiwa berdarah pada 13 Mei,I969 antara Melayu dengan kum Cina.

Pada tahun 1972 atas budi baik dan pertimbabgan politik Arwah Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.Mahathir yang telah ditendang oleh Tnku Abdul Rahman itu?

Di terima semula menyertai politik Umno.Dari saat itulah Mahathir kemudiannya dilantaik sebagai menteri kerajaan pusat.

Pon begitu D.S.Najib Tun Razak yangg kini sedang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia hendak digulingkan oleh Mahathir kerana tidak dapat memenuhi kemahuan peribadinya yang melampau.

D.S.Najib di tuduh oleh Mahathir kononnya tidak memberi sokongan moral politik ketika Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 2013. Kononnya itulah sebabnya Mukhriiz tewas di tangan Hishamuddin  Hussein dengan hanya 10 undi aje.


Ketika Hussein On pegang jawatan Perdana Menteri yang ke-3.Mahathir telah diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Bila Tun Hussein Onn berundur? Maka Mahathirlah  yang  mengambil alih jawatan Perdana Menteri itu dan Mahathir dengan kelicikan politiknya secara diktator mampu mengawal keseluruhan ahli-ahli Umno tunduk dan taat setia padanya.
Maka Mahathr berjaya pegang jawatan Perdana Menteri Malaysia itu hingga 22 tahun lamanya. Satu jangka masa yang sangat panjang mengatasi  rekod PM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama,hanya pegang jawatan itu selama 13 tahun sahaja dan kemudianya diserahkan jawatan yang berprestige itu kepada Tun Razak Hussin,sebagai PM Malaysia yang ke-2.

Mahathir bila dilihatnya beliau gagal hendak tumbangkn D.S.Najib melalaui dari dalam Iaitu melalui parti Umno? Maka beliau ambil keputusan keluar dari parti Umno buat kali kedua seperti mana dibuatnya ketika depa berkemelut politik dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi(PM) Malaysia yang ke-5.

Agaknya Mahathir berpendapat dengan berbuat demikian? Beliau (Mahathir) mengharapkan D.S.Najib pun akan berundur seperti mana yang telah dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malangnya formula politik Mahathir yang di impose kan terhadap Tun Abdullah? 

Rupa-rupanya tidak memebri kesan yang positif pada D.S.Najib yang tidak mahu membenarkan Mahathir menang dengan mudah ketika berdepan dengan anak (Melayu Jati),anak Melayu yang berketurunan darah Bugis yang berjiwa pahlawan yang kental itu?

Mahathir dilihat semakin marah dan semakin kecewa apabila dilihatnya anaknya Mukhriz ,Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal  teah dpecat dari parti Umno kerana politiknya nak menonjol anaknya Mukhriz melalui Umno sudah habis dicantas oleh pucuk pimpinan parti Umno.

Maka segeralah Mahathir hendak menubuh sebuah parti politik baharanya untuk digunakan sebagai platform politik terus berusaha hendak menggulingkan D.S.Najib disamping untuk mengorbitkan anaknya Mukhriz terus disebut-sebut  sebagai calom Perdana Malaysia  di masa muka?

Baru-baru ketika depa berada di London di dalam satu majlis ceramah politik Mahathir telah meletupkan satu bomb jangka dengan mengutarakan bahawa perdamaian boleh tercapai anatara belaiau dengan D.S.Najib asalkan Najib bersedia melantik anaknya sebagai Menteri Kewangan melalui senator ship.

Pendek kata untuk menakut-nakutkan parti Umno-BN? Boleh dikatakan semua parti-parti pembangkang yang menjadi musuh-musuh politik utama kerajana Umno/BN telah dibuatnya kawan seperjuangan politiknya. Terutama parti DAP dan Ngo Bersih kini paling banyak dipuji oleh Mahatir.

Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu menyaksikan gelagat Mahathir ini penuh dengan kebencian.Bukan sahaja Mahathir hendak gulingkan D.S.Najib sahaja?

Malah secara terus terng tanpa segan dan silu depa telah melahirkan hasratnya bahawa beliau mahu  mengkuburkan parti Umno satu-sataunya parti yang mengangkat beliau berjaya pegang jawatan Perdanas Menteri hingga 22 tahun lamanya.

Tindakan Mahathir yang hodoh  lagi tidak patut ini? Mahathir dilihat benar-benar dah jadi  sebagai "Kacang dah lupkan kulutnya" sekaligus seoarng tokoh politik yang mengamalkan "nature" politik yang paling kotor kejam dan zalim.

Jika Lokman Adam hendak berbicara tentang "integriti" politik atau tentang  "hypokrit"?Lokman Adam harus fokuskan  analisa politiknya terhadap Mahathir setiap saat,setiap hari dan setiap tahun? 

Bukan kepada bekasa Santor  Datuk Ezam Mohd Noor. Hanya tokoh politik sederhana sahaja berbanding dengan Mahathir itu?

Memang tidak elok meninggalkan Umno ketiaka ini? Tetapi lebih celaka,lebih zalim,lebih tak bertanggung jawab lagi kenapa Mahathir begitu tega hendak mengkuburkan parti Umno dan pecah belahkan Melayu hingga berada di dalam (05) buah parti Melayu?

 Sedangkan undi Melayu dan Bumiputra di Malaysia ini hanya ada  sekadar 60% sahaja.

Rakyat tahu? Melalui parti Umno-lah Mahathir (legasi dari Kerala of India) itu dan anak2nya dah berjaya jadi billior air dalam masa yang paling cepat sekali?  Rakayat jelata tetap berada ditakuk lama juga?( Posted  by abnmulya  // haji abu bakar niggal.blogspot.com at 1.41 am on Oktober 05,2016).
'





PENGURUSAN KES RASUAH GUAN ENG 6 DISEMBER

Peguam perlu tempoh teliti 13,000 muka surat dokumen

AZHARI ZAINOODDIN : 01 Oktober 2016 12:39 AM
Lim Guan Eng dengan gaya dan style-nya sebagai ahli politik pembangkang
PULAU PINANG 30 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Disember ini sebagai lanjutan pe­ngu­rusan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wa­nita, Phang Li Koon berhubung pembeli­an sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Ketetapan itu di­buat Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan agar mahkamah me­netapkan satu tarikh lain bagi pengurusan kes berkenaan.
Menurut Ha­kim Hadhariah, mah­ka­mah tidak mahu kes berkenaan tertangguh lama dan masa dua bulan yang di­berikan kepada pi­hak pembelaan adalah cukup untuk me­neliti dokumen pen­dakwaan.
“Mahkamah me­netapkan 6 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes dan kes ini tidak boleh ditangguh lagi,” kata beliau dalam mahkamah yang penuh sesak.
Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memohon pertimbangan mahkamah untuk memberi tempoh kepada pihak pembelaan yang memerlukan ruang meneliti dokumen melebihi 13,000 muka surat yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Tim­balan-timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud dan Mohd. Dusuki Mokhtar manakala Li Koon diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Pada 30 Jun lalu, Guan Eng, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai pen­­jawat awam iaitu Ketua Menteri negeri ini, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perling­kungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Pertuduhan itu di­dakwa dilakukan Ahli Parlimen Ba­gan itu ketika mempengerusikan me­syuarat Jawatan­kuasa Perancang ne­geri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.
Beliau didakwa mengikut Sek­syen 23 Akta Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Guan Eng di rumah banglo terlibat pada 28 Julai 2015 dan untuk itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terlibat pada tarikh serta tempat sama dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Dalam pada itu, prosiding tersebut seperti dijangka mendapat perhatian ramai selepas hampir 200 orang berkumpul di pekarangan Mahkamah Georgetown bagi mengikuti kes tersebut.
Selain majoriti mereka yang merupakan penyokong DAP, kumpulan yang mendesak Guan Eng meletakkan jawatan ekoran tuduhan rasuah itu turut berkumpul sejak pukul 7 pagi.
Pertembungan antara kedua-dua kumpulan itu juga mencetuskan kekecohan kecil selain menyebabkan kesesakan teruk sehingga berakhirnya prosiding kira-kira pukul 11.30 pagi.
Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku dan keha­diran puluhan anggota polis turut memastikan demonstrasi pendu­duk itu berlangsung aman.( UTUSNA ONLINE).POSTED  BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKLAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1558 PM ON OKTOBER ,2016.

PENGURUSAN KES RASUAH GUAN ENG 6 DISEMBER

Peguam


AZHARI ZAINOODDIN : 01 Oktober 2016 12:39 AM


PULAU PINANG 30 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Disember ini sebagai lanjutan pe­ngu­rusan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wa­nita, Phang Li Koon berhubung pembeli­an sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Ketetapan itu di­buat Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan agar mahkamah me­netapkan satu tarikh lain bagi pengurusan kes berkenaan.
Menurut Ha­kim Hadhariah, mah­ka­mah tidak mahu kes berkenaan tertangguh lama dan masa dua bulan yang di­berikan kepada pi­hak pembelaan adalah cukup untuk me­neliti dokumen pen­dakwaan.
“Mahkamah me­netapkan 6 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes dan kes ini tidak boleh ditangguh lagi,” kata beliau dalam mahkamah yang penuh sesak.
Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memohon pertimbangan mahkamah untuk memberi tempoh kepada pihak pembelaan yang memerlukan ruang meneliti dokumen melebihi 13,000 muka surat yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Tim­balan-timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud dan Mohd. Dusuki Mokhtar manakala Li Koon diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Pada 30 Jun lalu, Guan Eng, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai pen­­jawat awam iaitu Ketua Menteri negeri ini, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perling­kungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Pertuduhan itu di­dakwa dilakukan Ahli Parlimen Ba­gan itu ketika mempengerusikan me­syuarat Jawatan­kuasa Perancang ne­geri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.
Beliau didakwa mengikut Sek­syen 23 Akta Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Guan Eng di rumah banglo terlibat pada 28 Julai 2015 dan untuk itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terlibat pada tarikh serta tempat sama dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Dalam pada itu, prosiding tersebut seperti dijangka mendapat perhatian ramai selepas hampir 200 orang berkumpul di pekarangan Mahkamah Georgetown bagi mengikuti kes tersebut.
Selain majoriti mereka yang merupakan penyokong DAP, kumpulan yang mendesak Guan Eng meletakkan jawatan ekoran tuduhan rasuah itu turut berkumpul sejak pukul 7 pagi.
Pertembungan antara kedua-dua kumpulan itu juga mencetuskan kekecohan kecil selain menyebabkan kesesakan teruk sehingga berakhirnya prosiding kira-kira pukul 11.30 pagi.
Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku dan keha­diran puluhan anggota polis turut memastikan demonstrasi pendu­duk itu berlangsung aman.

Monday, October 3, 2016

"The Malay Dilemma" Adalah Retorik Pembohongan Sulung Oleh Tun M....Akhirnya Beliau Juga Menjadi Keldai Kapitalis Cina...

Buku Malay Dilemma Tulisan Mahathir
OLEH ; ROZMI MOKHTAR
(Nadi Rakyat Bersatu)
Isnin,Oktober 03,2016 @ 9.55pm.



HILANG kemasyhuran, hilang kebanggaan, hilang maruah, hilang jati diri, hilang prinsip, yang tinggal hanyalah sekelumit rasa simpati... itu pun sedang terhakis sedikit demi sedikit... apabila terus-terusan menyalak bukit, akibatnya, yangg sedang dikendong pun jatuh berciciran satu persatu...

■ Tun Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei 1969 dan beliau telah tewas pada pilihanraya umum 1969 (disebabkan kaum Cina memilih PAS). Buku itu telah disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman. 

Kerajaan Pusat pada ketika itu tiada pilihan selain mengharamkan buku tersebut dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian. 

■ Malah, Ahli Parlimen Rawang, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, anak kepada Yang Di Pertuan Agong yang pertama, membantu menyembunyikan Dr Mahathir bagi mengelakkannya dipenjarakan.

■ Maka sesuatu yang amat pelik apabila selepas itu Tun Dr Mahathir bertindak sebagai anti-kerabat diraja walhal kerabat dirajalah yang menyelamatkannya. Mungkin kerana kebenciannya terhadap kerabat diraja menyebabkan beliau membenci Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Majlis Raja2.


■ Buku The Malay Dilemma Dr Mahathir sarat dengan kemarahan dan racun. Kaum Cina sangat bimbang apabila Tun Dr Mahathir mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri dan mereka sudah bersedia apa yang bakal terhidang, kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina dan pengusiran warga Cina keluar dari Malaysia. 

■ Tetapi sebaliknya telah berlaku, mereka terkejut apabila mendapati Dr Mahathir rupanya sahabat paling baik kaum Cina, atau sekurang2nya bersahabat dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina. Tun Dr Mahathir memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion. 

Malah Dr Mahathir turut memberikan RM3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia. (Dan apabila kaum Melayu membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka, maka beliau melakukan apa yang beliau tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lakukan). 

■ Persoalannya, adakah pada ketika itu Tun Dr Mahathir benar2 serius mengenai sentimen perkauman dan The Malay Dilemma atau hanya bermain wayang?. 

Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme kemelayuan sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti DSAI menggunakan platform Islamnya)? 

■ Tun Dr Mahathir perlu mengimbau kembali The Malay Dilemma yang ditulis 45 tahun lalu dan menulis yang baru dengan pindaan. Jika tidak, beliau telah menipu dan buku yang ditulisnya adalah satu pembohongan!. 

■ Jika Dr Mahathir benar2 menterjemahkan dakwaannya di dalam buku The Malay Dilemma 45 tahun lalu kita tidak akan nampak beliau bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara secara total. 

■ Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu telah dipermainkan. Kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina yang berubah menjadi jutawan bilion disebalik tirai DEB. 

■ Satu contoh yang paling jelas adalah perjanjian ERL. Berdasarkan kepada renewal kontrak perjanjian terkini, kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun 2017 dan RM2.5 bilion setiap tahun bermula pada tahun 2027. 

■ Angka ini sangat besar jika mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada permulaan perolehan kontrak pembinaan dari Tun Mahathir. 

■ Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Tun Dr Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2. 

■ Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun. Pembayaran ini akan meningkat 10% setiap tahun sehingga konsesi tamat. Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan kadar cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran yang terus meningkat kepada ERL.

■ Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun 2017). 

■ Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL. 

■ Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi. Ini bermakna YTL akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka. 

■ Overview: Apa yang ditulis Dr Mahathir pada Buku The Malay Dilemma? Adakah hanya sampah ditujukan kepada kaum Melayu agar memberi sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri?. Benarlah seperti kata bekas Setiausah Sulit beliau yang berbunyi; 

"JANGAN DENGAR APA YANG MAHATHIR KATA TETAPI LIHATLAH APA YANG BELIAU BUAT? 

(Dipetik dari Face Book.Com.my0 Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2155 hrs on Oktober 03,2016.

Sunday, October 2, 2016

Sudah Tentu Mahathir Bukan Lee Kuan Yew

AZNAN BAKAR: 02 Oktober 2016 7:43 PM 




KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan dirinya sama dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Jadi, beliau mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyamai Lee Hsien Loong. Malangnya, Mahathir bukan Lee Kuan Yew, dan Mukhriz sangat berbeza daripada Hsien Loong, dan ini yang terjadi apabila terlebih menilai diri sendiri dan anak anda hingga tidak berpijak di bumi nyata.

Itu kupasan oleh Raja Petra Kamarudin mengenai senario yang dialami oleh Dr. Mahathir, Raja Petra membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan Kuan Yew — dan juga antara Mukhriz dengan Goh Chok Tong/ Hsien Loong.
Perbandingan itu termasuk latar belakang akademik Perdana Menteri Singapura itu yang turut terlibat dalam ketenteraan sebelum menyertai politik pada 1984 pada usia 32 tahun.
Mukhriz pula hanya lima tahun dilatih itu pun sebagai timbalan menteri dan pada 2013 Mahathir cuba menonjolkannya sebagai bakal Perdana Menteri - yang mana Mukhriz telah bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013,

Iaitu selangkah sebelum menjadi Timbalan Presiden kemudiannya Presiden yang juga Perdana Menteri pada tahun 2020.(Utusan online).Posted by abnmulya //  Haji abu bakar ninggal. blogspot. com at 2350 hrs on Oktober 02,2016.