Saturday, May 6, 2017
UMNO Dan PAS Perlu Raikan Persamaan
KOTA BHARU 6 Mei – UMNO dan Pas perlu meraikan titik persamaan yang ada antara kedua-dua parti tersebut biarpun tidak bersatu menjadi satu.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat perjuangan yang sama untuk mendaulatkan Islam.
Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua parti tersebut mempunyai pendekatan atau kaedah pelaksanaan yang berbeza bagi mencapai matlamat perjuangan tersebut sehingga menyebabkan mereka terpisah.
“UMNO dan Pas tidak perlu lawan sebab memiliki DNA (asid deoksiribonukleik) yang sama, asal daripada satu, kemudian ada khilaf, Ahmad Fuad Hassan yang tidak menang dalam pemilihan, tubuh parti untuk buat cara dia.
“Pas dan UMNO pergi jauh mana sekalipun akan ada titik pertemuan, kalau ada titik persamaan UMNO dan Pas raikanlah dan tidak semestinya bersatu, biarlah duduk atas landasan masing-masing asalkan jangan lupa stesen untuk berhenti,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Memperingati Perjuangan Bangsa di padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini malam tadi.
Yang turut menjadi ahli panel ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun dan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamadzah. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Pas dan UMNO tidak bermusuh, cuma berebut 'uri' dan tapak untuk mencapai matlamat perjuangan.
“Jaluran pertempuran politik sebenarnya dua sahaja, bukan UMNO dengan Pas, musuh sebenar adalah mana-mana parti yang menentang agenda, dasar atau cuba menghapuskan kita.
“Daripada sebelum merdeka sehingga kini 'tok dalang besar' adalah DAP parti fahaman sosialisme ini,” katanya. Jelasnya, DAP amat berbahaya kerana akan berubah mengikut kesesuaian untuk mencapai objektif perjuangan tetapi idealisme mereka tidak berubah sama sekali.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1432 hrs on Mei 07,2017 .
Friday, May 5, 2017
PERALIH KUASA DI SELANGOR?
Abdul Hadi tidak nafikan
05 MEI 2017 @ 3.00AM.
MARANG 4 Mei – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor tatkala desas-desus mengenainya semakin kencang ketika ini.
“Apa yang penting adalah semua pemimpin (Pas) Selangor akan patuh pada arahan Pusat (Pas), itu yang penting. Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” ujarnya.
Ditanya kemungkinan pilihan raya di Selangor akan diadakan lebih awal, Abdul Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selain berpandukan kepada perlembagaan negeri berkenaan.
“Itu terpulang kepada Selangor kerana negeri itu ada perlembagaannya sendiri yang perlu dirujuk kepada perlembagaan. Terpulang kepada Sultan dan tuanku yang ada kuasa sama ada nak terima peletakan jawatan ataupun tidak,” jelasnya.
Abdul Hadi seterusnya menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan Pas memutuskan hubungan dengan PKR sebagai merugikan Pas adalah suatu andaian semata-mata.
Namun, kata beliau, sekiranya perkara itu terjadi, ia akan menguntungkan Pas untuk memberi kerjasama kepada kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat.
“Kita mengharapkan lebih menguntungkan terutama apabila wujud sikap pembangkang yang menasihat, pembangkang yang boleh bekerjasama. Ini boleh menimbulkan keadaan stabil kepada negara yang boleh menguntungkan bukan saja politik tapi juga aspek ekonomi dan juga rakyata," katanya.(Utusan online-polirik).Posted by abnmula // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2241 hrs on Mei 05,2017.
05 MEI 2017 @ 3.00AM.
MARANG 4 Mei – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor tatkala desas-desus mengenainya semakin kencang ketika ini.
![]() |
| DATUK SERI ABDUL HADI AWANG |
Ditanya kemungkinan pilihan raya di Selangor akan diadakan lebih awal, Abdul Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selain berpandukan kepada perlembagaan negeri berkenaan.
“Itu terpulang kepada Selangor kerana negeri itu ada perlembagaannya sendiri yang perlu dirujuk kepada perlembagaan. Terpulang kepada Sultan dan tuanku yang ada kuasa sama ada nak terima peletakan jawatan ataupun tidak,” jelasnya.
Abdul Hadi seterusnya menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan Pas memutuskan hubungan dengan PKR sebagai merugikan Pas adalah suatu andaian semata-mata.
Namun, kata beliau, sekiranya perkara itu terjadi, ia akan menguntungkan Pas untuk memberi kerjasama kepada kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat.
“Kita mengharapkan lebih menguntungkan terutama apabila wujud sikap pembangkang yang menasihat, pembangkang yang boleh bekerjasama. Ini boleh menimbulkan keadaan stabil kepada negara yang boleh menguntungkan bukan saja politik tapi juga aspek ekonomi dan juga rakyata," katanya.(Utusan online-polirik).Posted by abnmula // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2241 hrs on Mei 05,2017.
Wednesday, May 3, 2017
PENDEKATAN PPALING SEMPURNA
Prinsip Wala',Wasatiyah dan Tabayyun Dalam Sesebuah Negara.
NAJIB TUN RAZAK, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri, Mohd. Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Abdullah Md. Zain bergambar kenangan bersama para pembentang kertas kerja pada majlis perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017-Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
Muzadlifah Mustapha Dan Sharaimi Shaik Ahmedullah
04 Mei 2017 @ 3.00 am.
PUTRAJAYA 3 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan prinsip wala’, wasatiyyah dan tabayyun sebagai pendekatan paling sempurna diamalkan dalam sesebuah negara, sekali gus menepati tuntutan agama Islam.
Perdana Menteri berkata, prinsip tiga serangkai itu perlu ada dalam diri individu dan organisasi kerana ia akan melahirkan disiplin, tanzim serta ketersusunan yang mampu mendatangkan kestabilan kepada sesebuah negara.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat dan umat Islam untuk melihat wala’ dalam perspektif ketaatan dan kesetiaan yang lebih luas dalam aspek pentadbiran negara yang dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
“Ulama berpendapat, dalam situasi Malaysia hari ini, wala’ sudah sampai ke tahap wajib diberikan kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yang sah.
“Di Malaysia, kita cukup berimbang, bersederhana, adil lagi saksama dan tidak bersifat diktator sehingga timbul keterlaluan serta ketaasuban membuta tuli yang boleh membawa kepada fahaman atau ideologi ekstrem serta melampau,” katanya.
Beliau berucap dalam majlis perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 ‘Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.
Najib berkata, wala’ penting kerana ia umpama pasak yang bertindak sebagai penentu jatuh bangun sesebuah pasukan atau negara mahupun ummah secara keseluruhan.
Perdana Menteri berkongsi suatu kisah sahabat Nabi yang telah mengkhianati para muslimin dengan membocorkan rahsia atau berkongsi maklumat kepada musuh Islam di Mekah sehingga telah merosakkan strategi pihak Islam yang disusun dengan baik.
Walau bagaimanapun Najib berkata, berbalik pada konsep tiga serangkai itu, tabayyun sentiasa menyeru mereka yang telah tersilap langkah untuk kembali ke pangkal jalan. Perdana Menteri seterusnya menegaskan, kerajaan tidak akan sesekali membiarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut lunas undang-undang yang sewajarnya.
“Sebagai pemimpin, saya terbuka kepada pandangan dan menerima teguran yang membina. “Namun kritikan atau teguran tidak wajar disulami dengan fitnah, cacian atau tohmahan jahat yang bertujuan merosakkan nama baik pemimpin,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot.com.at 11.35 am on Mei 04,2017.

Tuesday, May 2, 2017
5 KERJASAMA MALAYSIA-- BAHRAIN
Oleh Sofian Baharom dan Juani Munir Abu Bakar
Mei 03,2017 @ 3.00 am.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Raja Hamad Isa Al Khalifa semasa menerima kunjungan Raja Bahrain itu di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. Raja Hamad tiba untuk lawatan negara selama empat hari ke Malaysia pada Ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
PUTRAJAYA 2 Mei - Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani satu perjanjian dan empat memorandum persefahaman (MoU) bersempena lawatan negara Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia.
Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Hamad di Seri Perdana, di sini malam ini. Perjanjian tersebut merangkumi sektor perkhidmatan udara manakala MoU pula melibatkan sektor pertahanan, industri kecil dan sederhana serta kerjasama industri, sektor huluan minyak dan gas serta perdagangan.
Perjanjian dan MoU tersebut adalah perjanjian perkhidmatan berkaitan udara antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bahrain dan MoU berhubung kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara serta MoU kerjasama perindustrian kecil dan sederhana serta industri.
Turut dimeterai, MoU berkaitan sektor huluan kerjasama gas cecair asli (LNG) antara syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Pihak Berkuasa Minyak dan Gas Kebangsaan Bahrain (NOGA Holdings) dan MoU antara Dewan Perdagangan dan Industri Bahrain (BCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Terdahulu, Najib mengadakan mesyuarat tertutup bersama Raja Hamad sebelum kedua-dua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani MoU antara wakil Malaysia dan Bahrain.
Raja Hamad kemudiannya diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Najib. Raja Hamad memulakan lawatan negara ke Malaysia bermula Ahad lalu sehingga esok atas undangan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Lawatan itu adalah kali pertama bagi ketua negara Bahrain sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1974. ( Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om at 1410 hrs on Mei 03,2017.

PAS Tidak Gentar Lawan 03 Penjuru.
Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan
>Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah , Kota Sarang Semut, Alor Setar, semalam .
02 Mei 2017 3:00 AM
ALOR SETAR 1 Mei - Pas tidak gentar sekiranya parti itu terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru termasuk daripada PKR bagi 40 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan pihaknya, situasi itu bakal memberi kelebihan kepada Pas.
“Keyakinan kita bukanlah sekadar berdasarkan kajian rambang panggilan telefon seperti yang dilakukan pihak tertentu sebaliknya melalui jentera Pas.
“Berdasarkan kajian kita, Pas ada kelebihan di kawasan yang kita tandingi. Ahli kita bertambah, malah kepercayaan dan sokongan rakyat lebih (memihak) kepada Pas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.Y
Yang turut hadir timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Selain menyasarkan kemenangan 40 kerusi Parlimen, Pas turut berhasrat mengekalkan pemerintahan di Kelantan serta menguasai empat negeri lain iaitu Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi memberitahu, Pas tidak akan berbincang dengan parti lain hanya semata-mata untuk menentukan tiada pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
“Kita tidak boleh berbincang kerana Pas bukan berniaga ‘atas angin’ apatah lagi bersama parti yang tiada kawasan dan cawangan,” ujarnya.
Abdul Hadi juga senada dengan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Mohd. Zawawi Salleh yang menasihatkan ahli-ahli parti supaya mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.
“Apa yang penting adalah kesetiaan ahli terhadap parti, apatah lagi dalam situasi kita hendak berhadapan dengan pilihan raya,” jelasnya.
“Saya hanya mahu anak saya mengikuti perjuangan saya tetapi kedudukannya (dalam parti) ditentukan oleh ahli,” katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi turut mengumumkan pelantikan semula Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung Pas.
Terdahulu, dalam ucapan penangguhannya, Abdul Hadi menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada beliau untuk membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Kita tidak akan lupakan perkara itu sampai bila-bila. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya,” katanya.( Utusn online). PAOSTED BY ABNMULYA /HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1914 HRS ON mEI 02,2017.

Monday, May 1, 2017
PAS TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN PENENTANG ISLAM--abdul hadi.
MUKTAMAR PAS KE-63
Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) bergambar bersama Naib-naib Presiden Pas, (dari kiri) Datuk Mohd. Amar Bin Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad pada penghujung Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat Alor Setar bermula 29 April hingga 1 Mei. - UTUSAN ONLINE.
"Mana boleh kita bersetuju dengan orang yang menentang Islam yang kita bawa?"
"Pas merupakan sebuah parti yang berprinsip dan bergerak berdasarkan syarak untuk bertanding dalam pilihan raya bagi memberi suara Islam kepada rakyat," katanya sewaktu sesi akhir muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini petang tadi.

Nurulanuar Mansor:
01 Mei 2017 5:36 Pm.
01 Mei 2017 5:36 Pm.
ALOR STAR 01 Mei--PAS tidak akan sama sekali berkompromi dengan pihak-pihak yang sama jelas menolak Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 berkata, sejarah menunjukkan sebelum ini Pas pernah dipujuk untuk bertahaluf oleh tiga buah parti.
Namun, kata beliau, Pas menolak tawaran berkenaan kerana pada waktu itu mereka mengakui boleh menerima perbezaan yang ada dengan parti itu.

Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi, pihak-pihak berkenaan sebenarnya mahu menggunakan Pas untuk mencapai agenda mereka.
"Mana boleh kita bersetuju dengan orang yang menentang Islam yang kita bawa?"
"Pas merupakan sebuah parti yang berprinsip dan bergerak berdasarkan syarak untuk bertanding dalam pilihan raya bagi memberi suara Islam kepada rakyat," katanya sewaktu sesi akhir muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini petang tadi.
Abdul Hadi dalam masa sama mengingatkan para ahli Pas agar sentiasa menjaga keharmonian masyarakat walaupun ketika berlaku perbalahan. - Utusan online. ( Posted by abnmujlya // haji abu bakar ninggal.blogspt.com at 3.01 am on Mei 02,2017.
DR.MAHATHIR BAHAYA BAGI PAS.
01 April 2017 3:00 AM
ALOR SETAR 30 April - Tindak-tanduk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar melakukan pusingan U disifatkan amat bahaya bagi Pas.
Wakil Johor, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar berkata, Dr. Mahathir terkenal sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap.
“Kita perlu berhati-hati dengan Mr. U-turn ini, kalau kita tidak berhati-hati, pasti kita akan terperangkap.
“Mr. U-turn ini boleh hentam balik Pas apabila tidak dapat berkawan dengan Pas,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.
Pas sebelum ini memutuskan untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan PPBM yang disifatkan sebagai sebuah parti yang bercelaru. Mohd. Nazari menambah, ahli-ahli PPBM yang merasakan diri mereka tertipu dengan PPBM dipelawa menyertai Pas yang lebih jelas hala tujunya berbanding parti tersebut.
“Ahli PPBM yang rasa ditipu terimalah Pas sebagai keluarga baharu dan jangan beralih pula kepada PAN kerana ia akan melebarkan lagi jurang antara orang Melayu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Nazari berkata, Pas kini tidak lagi dipergunakan oleh DAP setelah tiada lagi sebarang kerjasama politik wujud antara kedua-dua parti.
Katanya, unsur-unsur liberal dan sosialis yang dibawa oleh DAP merupakan ancaman terhadap agenda perjuangan Islam yang selama ini menjadi prinsip Pas.
“DAP cuba gunakan Pas, berkat kebijaksanaan, Pas lepaskan mereka tetapi pukat sangkut kepada kawan-kawan lain pula,” ujarnya.( Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.41 am on Mei 02,2017.
![]() |
| Para perwakilan PAS yang menghadiri Muktamar PAS ya ke-63 di Kedah. |

Subscribe to:
Posts (Atom)