Saturday, September 16, 2017

Pembangkang Gelisah Kejayaan Najib


MAHDZIR KHALID beramah mesra bersama peserta Jalinan Rakyat (JR) selepas merasmikan majlis penutup taklimat pengurusan JR & JR Plus menjelang PRU-14 di Padang Terap, Kedah, semalam. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO 

15 hb.September 217 @ 3.00 am.

PADANG TERAP 15 Sept. – Setiap serangan pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk mengenai pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump hanya menampakkan kegelisahan mereka terhadap satu demi satu kejayaan dibawa Perdana Menteri kepada negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pembangkang kini berada dalam keadaan keluh kesah apabila setiap serangan mereka dijawab menerusi fakta meyakinkan sekali gus menggagalkan usa­ha mereka untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka sampai tak tahu nak kata apa dah kerana apabila serang Najib berkaitan ekonomi, Bank Negara Malaysia (BNM) umum pertumbuhan 5.8 peratus bagi suku kedua 2017. Hendak serang tentang pelaburan dengan China, tak ada masalah langsung untuk pelabur China ke sini.

“Mereka tekan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk takutkan pelabur tetapi syarikat multinasional terus datang ke pelbagai tempat terutama di Pulau Pinang, Johor dan Selangor dengan pelaburan tinggi.

Di­sebabkan kehabisan modal, maka mereka lakukan pula serangan berkaitan pertemuan Najib dan Trump,” katanya. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Taklimat Pemantapan Pengurusan Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-114) di Kolej Mara Kuala Nerang di sini hari ini. 

Mengulas lanjut katanya, tuduhan pembangkang terhadap pertemuan tersebut yang kononnya diadakan secara tidak rasmi gagal dibuat secara meyakinkan kerana Trump jelas amat menghargai kunjungan Najib serta dele­gasi negara.

 “Media-media antarabangsa turut melaporkan mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu dengan Trump selaku presiden kepada sebuah kuasa besar dunia mengiktiraf Malaysia dari segi ekonomi lalu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, segalanya nampak teratur. Hakikatnya Perdana Menteri kali ini sekali lagi berjaya mengatasi serangan pembangkang sekali gus membuat mereka terus gundah gulana,” katanya. 

Terdahulu ketika berucap dalam majlis tersebut, Mahdzir mahu setiap ahli parti menerapkan mentaliti kemenangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kita sentiasa fikirkan kemenangan, insya-Allah kita akan berusaha kuat untuk mencapainya. Tetapi kalau sejak dari awal lagi tidak yakin untuk menang sebaliknya berfikir akan kalah, perkara itu hanya akan membuatkan kita bersikap sambil lewa dan tidak akan bersungguh-sungguh,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.46 am on Septembr 17,2017

Friday, September 15, 2017

Najib minta Tun Dr.Mahathir jangan hipokrit


15 hb.September 2017.

PUTRAJAYA 15 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad jangan bersikap hipokrit kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri telah berbelanja jutaan ringgit kepada pelobi semata-mata untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa pentadbirannya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang mengecewakan adalah Mahathir membayar pelobi yang bermastautin di Hong Kong itu menerusi kontrak arang batu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai jutaan ringgit.

“Berjuta dibayar semuanya kerana hendak berjumpa dengan Bush tapi tidak dapat macam sambutan yang saya dapat.

“Jangan jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya, lawatan saya bukan untuk saya tetapi untuk Malaysia, hubungan baik dengan China, hubungan baik dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud) dan hubungan baik dengan AS adalah untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan kepulangannya dari Britain dan AS di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.53 am on September 16,2017.

Delegasi Malaysia Berasa Bangga

 15 hb.September 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bangganya delegasi Malaysia berada bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Presiden negara itu, Donald J. Trump.
Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun be­liau pernah me­ngiringi Datuk Seri Najib menerusi beberapa lawatan dengan Raja, Presiden dan Perdana Menteri yang lain, namun lawatan kerja AS kali ini mungkin boleh disifatkan sebagai terbaik.

“Hanya jika rakyat Malaysia dapat melihat dengan sendiri kualiti yang dicapai dalam pertemuan tersebut hasil daripada pengendalian Perdana Menteri yang diberi penghormatan oleh Presiden AS dan delegasi beliau, akan membuatkan anda berasa bangga sebagai rakyat negara ini.

“Keadaan ini jarang berlaku atau sesuatu yang tidak pernah setakat ini apabila tiga pegawai tertinggi AS dan ahli Kabinet kanan turut berada di sana.

Trump bukanlah seperti yang digambarkan dalam laporan berita, malah Trump menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin sebuah ne­gara berkuasa besar dan Perdana Menteri berjaya diberikan peng­hormatan oleh pemimpin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Anifah, Trump juga meminta pandangan Datuk Seri Najib berhubung isu serantau dan antarabangsa selain mengarahkan ahli Kabinetnya untuk mengikut pendekatan yang telah dilakukan oleh Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan berasa syukur kerana diberi penghormatan untuk bersama beliau dalam hari bersejarah itu dan anda boleh melihat ia satu pertemuan yang bermakna ke­rana Presiden AS itu memberikan sepenuh perhatian kepada Datuk Seri Najib. – Utusan online ( Posted by abnmulya // haji abu bkar ninggal.blogspot.com.at 1.3 am on Sewptermber 16,2017

Dakwaan Pembangkang Mengenai Pelaburan Di Amerika Syarikat AdalahTIidak Benar

Dipetik dari MyKmu.Net
15 hb.September 2017.

Tidak ada idea sudah hendak dibangkang. Pelaburan baik untuk ekonomi negara pun hendak dijadikan isu. Pembangkang “terkangkang” bila melihat kemesraan Trump dan Najib di White House. Isu DoJ tidak menjadi, satu lagi propaganda mereka sudah mati.

Mulalah pembangkang putar belit tentang pelaburan besar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi Malaysia di Amerika Syarikat. Tuduh semua pelaburan itu sebagai tidak menguntungkan.

Kononnya pelaburan KWSP tidak untungkan rakyat dan hanya untungkan satu pihak sahaja. “Saya ingin jelaskan putar belit kononnya kita menyumbangkan kepada ekonomi AS tanpa mendapat pulangan.

Ia tidak betul” “Jika kita melabur di AS seperti KWSP, kita akan dapat pulangan dan dividen akan diberi semula kepada pekerja yang mencarum. Ia bukan jalan sehala (menguntungkan AS sahaja).

Ada yang putar belit kononnya saya di sini (lawatan ke AS) untuk membeli pengaruh dari AS,” kata Datuk Seri Najib. Bila dividen KWSP sedikit, mereka marah.

Jika mahu dividen tinggi maka perlu buat pelaburan yang menguntungkan. Di zaman Mahathir antara 2000 hingga 2003, dividen KWSP hanyalah 4.25% hingga 6% sahaja.

Namun di zaman Datuk Seri Najib kadar dividen KWSP adalah lebih tinggi, antara 5.7% hingga 6.35%, antara tahun 2013 dan 2016. Terkejut pembangkang bila dengar KWSP mahu melabur AS$4 billion di AS.

Pembangkang di Malaysia memang jahil, mereka tidak tahu bahawa KWSP sudah lama membuat pelaburan bernilai AS$7 bilion di dalam pasaran ekuiti AS.

Manakala sehingga akhir 31 Mac 2017 nilai aset pelaburan KWSP adalah RM747.17 bilion dengan pendapatan dari pelaburan RM11.79 billion, 29% hasil adalah dari pelaburan di luar negara.

Hasil keuntungan pelaburan inilah yang membolehkan KWSP membayar dividen kembali kepada pencarum. PKR pernah mendakwa KWSP rugi sampai RM75 juta.

PKR membuat cerita tersebut dalam Malaysiakini, 11 Jun 2013. Namun Naib Presiden PKR, Rafizi masih lagi kaut dividen KWSP sampai RM40,000. Tidak tutup pun akaun di KWSP.

Oleh itu jangan terpedayalah dengan cerita propaganda mengenai pelaburan KWSP di AS ini.
Jangan jadi macam beberapa orang pendeposit Tabung Haji, tutup akaun kerana terpedaya dengan cerita Rafizi. Namun Rafizi sendiri tidak tutup akaun Tabung Haji miliknya.
Apabila Penerbangan Malaysia Bhd (MAB) membeli pesawat Boeing baharu, ia bertujuan menjadikan ia lebih kompetitif termasuk membeli jenis Dreamliners, selaras dengan program transformasi dan rasionalisasi syarikat penerbangan itu, kata Datuk Seri Najib.
Kini MAS berada di tangga ke-10 yang memiliki pesawat Boeing di dunia. Dengan pembelian pesawat tambahan dari Boeing ini, kedudukan MAS akan menjadi antara syarikat kelima terbaik yang memiliki pesawat Boeing di dunia setaraf All Nippon Airways, Cathay Pasific, Emirates dan Qatar Airways.
Pembelian Boieng oleh MAS bukan perkara baru, pada Julai 2016 lagi, MAS sudah memeterai perjanjian untuk membeli 50 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan pesanan untuk 25 pesawat dan hak untuk membeli 25 lagi pesawat di dalam urus niaga yang dinilaikan sejumlah AS$5.5 bilion. 

“Pada Ogos lalu, media melaporkan kejayaan penstrukturan semula MAS dan pertumbuhan memberangsangkan, ia berada di dalam perbincangan mendalam untuk membeli 30 buah pesawat Boeing 786 atau pesawat Airbus untuk membolehkan MAS terus mengembangkan laluan udara dan perniagaannya” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Bila pesawat bertambah, orang Malaysia pun dapat banyak manfaat terutamanya ketika musim haji dan umrah. Ramai jemaah yang lebih selesa menaiki MAS berbanding penerbangan lain. Bukankah ini bakal memberi manfaat kepada puluhan ribu jemaah?

Kenapa pembangkang hendak bangkang perkara yang baik sebegini? Pembangkang seperti Tony Pua dari DAP memang tidak suka  dengan apa sahaja pelaburan yang baik untuk rakyat.

Masa derma RM2.6 billion, Tony Pua dari DAP ini persendakan Tok Arab. Semalam, Tony Pua ini persenda Trump pula.

Menunjukkan kebodohan mereka bila memakai mop lantai di atas kepala untuk bantah semua pelaburan Malaysia di AS ini.

Cara kebudak budakan dan biadap sebegini harus dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia. Sejumlah 39 syarikat multi nasional yang berada dalam senarai 1000 Forbes beribu pejabat di Lembah Silikon, California.

Syarikat seperti Apple, Intel, HP, Facebook, Yahoo, Twitter, Cisco dan Oracle semuanya berpangkalan di Lembah Silikon. Semua rakyat Malaysia memang “familiar” sangat dengan jenama syarikat syarikat ini.

Ada juga rakyat Malaysia yang bekerja dalam syarikat ini. Oleh itu, mengapa hendak bantah jika syarikat dari Malaysia membuat pelaburan di lokasi yang strategik ini?

Califonia yang menjadi tempat bersemadinya arwah Ustaz Haron Din memang sudah lama menjadi destinasi  pelaburan Malaysia.

Khazanah sudah pun memiliki pejabatnya di Lembah Silikon, California. Khazanah merancang menambah lebih pelaburan sedia ada, berbanding sebanyak AS$450 juta sekarang.

Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dalam syarikat teknologi tinggi ini akan menjadikan Khazanah menjana pendapatan untuk masa depan.

“Kita perlu berfikir ke hadapan, seperti syarikat AS melabur di negara kita kerana mahukan keuntungan. Kejayaan kita yang kini menjadi pengeksport modal adalah petunjuk bahawa kita adalah negara berjaya,” kata Datuk Seri Najib.

 Statistik pada tahun 2016, Amerika Syarikat telah membeli barangan Malaysia dengan nilai eksport RM80.2 billion. Nilai eksport ini dijangka akan bertambah bila Malaysia buat pelaburan di tempat berkumpulnya syarikat multi nasional dunia di Lembah Silikon.

Dengan India, China, Singapura, Turki, Perancis dan Arab Saudi berjaya kumpul pelaburan lebih RM400 bilion. Di Amerika Syarikat, KWSP dan Khazanah bakal jana pelaburan masa hadapan yang lebih besar.

Manakala MAS akan jadi lebih kompetitif dalam industri penerbangan. Semua jumlah pelaburan ini jauh berbeza berbanding Guan Eng dan Azmin yang hanya berbangga dengan pembukaan hub IKEA bernilai hanya RM847 juta di negeri mereka.

Angka itu hanya dihujung kuku sahaja berbanding seluruh pelaburan yang Datuk Seri Najib usahakan. Oleh itu, usahlah mensabotaj pelaburan yang baik untuk rakyat negara ini. Rakyat pula usah mudah terpedaya dengan putar belit pembangkang yang sudah ketandusan idea ini. ( Posted  by abnmulay // haji abu bakar niggal.blogspot .com at 12.31 am on September 16, 2017)

Tulisan :
Beruang Biru
BB578, Jumaat
15 September 2017

Saturday, September 9, 2017

Mahathir Salah Ke,Mahathir Betul Ke,Yang Pasti ( RM32 Bilion) Dah


PERBEZAAN antara hutang 1MDB dengan jumlah RM 32 billion kerugian Bank Negara dalam Skandal Forex ialah, hutang 1MDB disokong oleh jumlah aset yang melebihi nilai hutangnya, manakala RM 32 billion kerugian dalam skandal Forex, sudah lesap tidak bersisa.

Pusing kot mana sekalipun duit tu sudah tidak ada.

Dimata sesetengah orang, penting untuk Mahathir tidak dikaitkan dalam apa cara.

Kalau boleh biar Nor Mohammad Yaakob yang tanggung semua.  Tapi mana boleh Mahathir lepas tangan begitu sahaja sebab rizab Bank Negara ialah wang rakyat dan suka atau tidak sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, dia wajib bertanggung jawab.

Alah, macam dalam kes 1MDB lah,  dimana pemahaman Pakatan, disebabkan Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya, maka semua keputusan Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut, beliau kena tanggung – padahal jauh benar kaitannya tu.

Tapi aneh, duit rakyat lesap RM 32 billion, Mahathir selaku Perdana Menteri tak boleh dikaitkan dengan apa cara sekalipun.  Mana punya law pakai? Dalam apa keadaan pun Mahathir mesti ada peranan.

Jangan kata RM 32 billionlah, RM 32 dari RM 100 yang duduk dalam poket pun kita dah perasan.  Macam mana Mahathir yang konon segala cermat dalam menguruskan kewangan negara boleh tak sedar wang rakyat dibelanja tanpa kawalan untuk tujuan berniaga matawang asing sehingga menyebabkan kerugian besar?

Belum apa yang lain lagi, fakta itu saja (tak sedar wang rakyat dah banyak hilang), dah satu bentuk kecuaian.( Poste by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com at 7.45 on Sseptember  10,2017.).

Dipetik dari myKmu.Net
Tulisan Adamayan, 09 hb.September 2017.


URUS NIAGA LANGGAR PROSEDURE BNM

Tan Sri Ahmad Mohd Don
10 hb.Septembar 217 @ 3.00 am.

MUKADIMAH
Tidak mematuhi prosedur, melanggar mandat dan gagal melaporkan nilai kerugian sebenar. Tiga perkara itu dibangkitkan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 dan 7 September lalu.

Wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN, menyingkap petikan dan intipati keterangan yang diberikan empat saksi berprofil tinggi di hadapan RCI tersebut.

 Bekas Menteri Kewangan
  • Pernah mengarahkan Nor Mohamed dipecat sekiranya tidak meletak jawatan.
  • Tidak mendedahkan siapa yang memberi mandat kepada Nor Mohamed.
Melaporkan kepada Kabinet dalam mesyuarat pada 30 Mac 1994 bahawa kerugian BNM akibat urus niaga mata wang asing cuma sebanyak RM5.7 bilion, sedangkan jumlah sebenar adalah RM15.291 bilion.

Beliau dan Dr. Mahathir tahu tentang kerugian BNM tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak memberikan sebarang arahan lanjut. TAN SRI AHMAD MOHD. DON
Bekas Gabenor BNM

Saksi ke-20 RCI Aktiviti spekulasi berlaku dalam kegiatan perdagangan wang asing yang dijalankan oleh BNM sekitar akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an.

Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimaklumkan bahawa BNM tidak akan terlibat dalam aktiviti yang berbentuk spekulasi semata-mata, sebaliknya tumpuan kepa­da pelaburan yang dapat memelihara nilai rizab dan mengoptimumkan pulangan pelaburan.

Mesyuarat Lembaga Pe­nga­rah BNM pada 15 Februari 1995 berhubung Akaun Tahunan 1994 mengambil maklum jumlah keseluruhan kerugian dialami adalah RM10.6 bilion termasuk RM2.7 bilion da­ripada aktiviti perdagangan mata wang asing.

Keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM setelah beliau mengambil alih jawatan Gabenor pada Mei 1994. TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
Bekas Penasihat BNM

Saksi ke-17 RCI
  • Menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

  • Beliau tidak dipilih secara peribadi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengendalikan urus niaga mata wang asing di BNM. Tidak pernah me­lapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar BNM. 

    Mengakui pihaknya melakukan kesilapan ketika ‘membaca’ situasi pasaran dunia sehingga menyebabkan BNM mengalami kerugian. 

    TAN SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

    Bekas Gabenor BNM
    Saksi ke-16 RCI Mula mengetahui mengenai kerugian besar dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing ketika menjadi Ketua Pejabat Perwakilan BNM di London selepas dimaklumkan seorang pegawai kanan bank pusat berkenaan pada Januari 1994.

    Timbul kebimbangan serius terhadap pengurusan rizab BNM ekoran kerugian dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 dan 1994. BNM mengalami kerugian kira-kira RM32 bilion sepanjang 1988 hingga 1994, jumlah itu turut mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.
    ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu baakar Ninggal.blogspot.com.at 6.57 am on September 2017.

     

    Friday, September 8, 2017

    ANWAR DIPERSOALKAN TIDAK LAPOR KE KABINET

    Anwar Ibrahim,sebelum dipecat oleh Mahathr dari jawatan TPM dan Menteri Kewanagna Malaysia.

    08 September 2017 3:00 AM

    PUTRAJAYA 7 Sept. – Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoal kerana didakwa tidak melaporkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM15.291 bilion akibat urus niaga mata wang asing pada 1993 kepada Kabinet.

    Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk me­nyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, hanya RM5.7 bilion yang dilaporkan dalam mesyuarat Kabinet pada 30 Mac 1994.

    “Datuk Seri sebagai Menteri Kewangan ketika itu tahu tentang kerugian tersebut tetapi tidak memaklumkannya kepada Kabinet,” katanya dalam prosi­ding pendengaran RCI tersebut di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

    Suasana bertukar menjadi ‘panas’ apabila Anwar yang merupakan saksi ke-21 prosiding berkenaan tidak berpuas hati dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Mohd. Sidek selepas Penasihat PKR itu me­ngakui beliau pernah menerima surat daripada Ketua Audit Negara berhubung kerugian BNM tersebut.

    Sebaliknya, Anwar cuba mempertahankan tindakannya ketika itu dengan menyatakan bahawa beliau cuma melaporkan kepada Kabinet berdasarkan penyata tahunan BNM yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara.

    “Pada masa itu, jawapan yang diberikan oleh BNM adalah kerugian atas kertas. Ia mungkin betul, ia mungkin salah,” jelasnya.

    Sementara itu, beliau men­dedahkan, bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberitahu, bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah bertindak melebihi mandat yang diberikan kepadanya ketika mengendalikan urus niaga mata wang asing di bank pusat berkenaan.

    Walau bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan dengan lanjut tentang mandat tersebut atau siapa yang memberikannya kepada Nor Mohamed.

    “Nor Mohamed juga dikatakan tidak memberi laporan yang sebenar kepada BNM, itu yang diberitahu kepada saya," Anwar menambah, Nor Mohamed juga tidak melapor sepenuhnya kepada beliau atau Perdana Menteri. Prosiding RCI dijadualkan bersambung pada 18 September ini. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 1802 hrs on Sepetermber 08,2017.