Sunday, March 24, 2013

ROS digesa tidak berlembut terhadap DAP

KUALA LUMPUR 23 Mac - Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa tidak lagi menggunakan pendekatan berlembut terhadap DAP, sebaliknya mengambil tindakan tegas ekoran kegagalan pemimpinnya memberi kerjasama dalam siasatan berhubung kesilapan yang berlaku ketika pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, ROS perlu adil bertindak mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Menurut beliau, DAP tidak boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk pembatalan pendaftaran jika didapati melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

"Perkara ini bukan luar biasa. Kita pernah menyaksikan UMNO diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan tidak sah kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

 "Jika UMNO boleh diharamkan atas dasar kesilapan teknikal, mengapa tidak DAP? Kenapa kita mesti takut dengan DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman semalam, berhubung kesukaran dihadapi ROS untuk menyelesaikan siasatan berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi DAP.

Abdul Rahman memberitahu, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2400 hrs on March 24,2013.

4 DIPERCAYAI PENGGANAS KIRAM DITEMBAK MATI,ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN CEDERA

ANGGOTA tentera mengangkat mayat individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu untuk dihantar ke hospital hari ini. - BERNAMA 

LAHAD DATU 24 Mac - Empat individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram mati ditembak setelah menyerang pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, individu yang ditembak terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan dewasa serta dua kanak-kanak, masing-masing lelaki dan perempuan.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam pertempuran pada pukul 9.45 pagi itu, seorang anggota pasukan keselamatan tercedera di paha kanan akibat terkena tembakan semasa memasuki sebuah rumah tempat kumpulan itu bersembunyi.

"Terdahulu, pasukan keselamatan bertempur dengan dua pengganas Kiram yang berada dalam sebuah rumah di kawasan tersebut sebelum mereka melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan.

"Pasukan keselamatan menggempur rumah itu dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan empat mayat tersebut. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai kecuali sedikit bekalan makanan yang disimpan dalam rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, pihaknya juga menemukan seorang lagi kanak-kanak tercedera di tempat kejadian dan dia telah dihantar ke Hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Jelas beliau, pihaknya percaya kesemua yang ditembak selain daripada pengganas itu adalah individu yang bersubahat dengan kumpulan tersebut.

"Ini berdasarkan arahan pasukan keselamatan sebelum ini kepada penduduk Tanjung Batu supaya keluar dari kawasan operasi semasa kumpulan pengganas Kiram itu menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.

"Keempat-empat mayat itu dibawa keluar dari kawasan operasi bagi tujuan bedah siasat. Termasuk yang ini (ditembak hari ini), jumlah mayat yang ditemukan sehingga kini adalah 67 orang," katanya. - UTUSAN( Utusan on line-dalam negeri).posted bya abnmulya at 1352 hrs on march 24,2013.

Saturday, March 23, 2013

RCI mengenai penceroboh Sulu akan diumumkan pada Isnin,kata Hishamuddin

March 23, 2013 

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri dalam negeri itu berkata Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.

"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya dipetik dari The Star Online.

Sementara itu, beliau (gambar) berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita.

Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya .

Jelasnya, kerjasama baik di antara Kuala Lumpur dan Manila terbukti baru-baru ini apabila kapal pengawal pantai Filipina menahan 38 penceroboh di perairan Tawi-Tawi apabila mereka cuba balik ke republik tersebut.

KDN, katanya, telah mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dengan agensi perisikan serantau sejak daripada dahulu, bertujuan memastikan rantau ini terus kekal aman dan stabil.

Hishammuddin berkata, hubungan perisikan baik bukan sahaja terjalin di antara Malaysia dengan Filipina tetapi juga dengan Aseanapol dan secara kerjasama dua hala seperti dengan Indonesia.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 2.55.am on March 24,2013.

Jelajah Janji Ditepati berakhit,PM mohon mandat 5 tahun lagi.

Oleh HERMAN HAMID 
dan SHOFI MAT ISA 
PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob merasmikan kemuncak siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Kuantan malam tadi. - BERNAMA 

KIRA-KIRA 80,000 orang ramai hadir pada program Jelajah Janji Ditepati edisi terakhir di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, Kuantan malam tadi. - UTUSAN/MAHATHIR ALI 

KUANTAN 24 Mac - Program Jelajah Janji Ditepati berakhir malam tadi dengan Perdana Menteri menyatakan permohonan kepada rakyat agar memberi mandat kuasa lima tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, permintaan kepada rakyat itu adalah berdasarkan janji-janji BN yang sudah pun ditepati oleh parti itu.

Pada masa yang sama, beliau berharap rakyat tidak tertipu dengan janji-janji pembangkang yang menawarkan bulan, bintang dan syurga kerana terbukti janji mereka itu tidak ditepati.

Perdana Menteri yakin, sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN, masa depan Malaysia terus bersinar menjadi sebuah negara berjaya dan unggul.

Berucap pada siri terakhir JJD di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 80,000 orang di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini, Najib berkata:

"Kalau kita dapat menyeberang jambatan melintas sebelah sana (menang PRU-13), saya yakin dengan mandat baru ini, kerajaan akan melakukan lebih baik lagi untuk lima tahun akan datang.

Dalam tempoh empat tahun ini pun kita dapat lihat banyak kejayaan. "Kerajaan pimpinan BN berjanji ke pada rakyat Malaysia, beri kita lima tahun yang akan datang, kita akan buat lebih hebat lagi. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh." - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri9Posted by abnmulya a 1.31 am on March 24,2013.

Friday, March 22, 2013

BN tidak guna bekas jeneral saebagai "alat politik"- Adul Latif Ahmad

Abdul Latiff Ahmad (kanan) beramah mesra dengan warga tentera darat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mac - Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali menggunakan bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai 'alat' untuk mempengaruhi dan menghakis keyakinan rakyat seperti yang dilakukan pembangkang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ini kerana BN merupakan parti yang patuh kepada etika profesionalisme ATM iaitu hanya menzahirkan rasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

"Elemen pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana parti. "Amatlah penting rakyat menilai dengan sewajarnya kehadiran serta agenda bekas jeneral yang memperlekeh anggota keselamatan negara di pentas politik sedangkan dalam BN tidak pernah wujud amalan seumpama itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan sesi dialog bersama warga tentera darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini. Mengulas lanjut Abdul Latiff berkata, selagi tindak-tanduk bekas jeneral itu tidak menjurus ke arah mengganggu-gugat sistem pertahanan negara, rakyat tidak perlu bimbang dan terpengaruh dengan tuduhan mereka.

"Bagaimanapun, tidak seharusnya taktik dan strategi dalam mana-mana operasi diperlekeh, apa lagi dihina kerana situasi sewaktu kelima-lima bekas jeneral berkenaan bertugas adalah berbeza di samping musuh juga tidak sama dengan situasi sekarang," katanya.

Baru-baru ini Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dalam satu ceramah di Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak memperlekeh aset pertahanan negara termasuk mempersoal sama ada radar pertahanan negara berfungsi atau sebaliknya.

Md. Hashim dipetik sebagai berkata: "Kalau dari mula pengganas dapat masuk, kita tidak dapat kesan, tidak ke bodoh? Apa maknanya ini? Selepas itu aset dan kapal kita yang dibeli begitu mahal, mana dia?

Atau kita beli dengan mahal tetapi dapat aset murah?'' Sebelum itu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad serta Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab turut memperlekeh kemampuan anggota keselamatan semasa berpidato di pentas ceramah anjuran pembangkang.(Utusan on line-politik).Posted by abnmulya at 2.22 am on March 23,2013.

Dijemput datang beramai-ramai menyaksikan perlawan pasukan "Dikir Barat" di Padang Hillcrest,Taman Sri Gombak,pada malam ini...

Gambar hiasan:Penulis petik dari Images Internate.




March22,2013 at 8.21pm

Piliharaya umum ke:13 akan tiba pada bila-bila masa sahaja bagi membolehkan parti-parti politik Malaysia mendapatkan mandat baru dalam Parlimen Malaysia yang mempunyai 222 kerusi parlimen dan juga untuk menguasai negeri-negeri yang berada di dalam Malaysia berdasarkan keputusan pilihanraya umum itu nanti.

Oleh kerana penulis adalah penduduk yang berada di dalam Parlimen Gombak.Maka ketika menulis maka penulis lebih memfokuskan pergerakan politik yang berlaku di Daerah Gombak itu sendiri. Pergolakan di tempat-tempat lain penulis tidak ambil peduli.

Dalam Pilihanraua Umum yang berlangsung pada 8 hb.Mac 2008 dulu itu Umno-BN  Gombak dikalahkan teruk oleh pihak pembangakag dengan keputusan 4-0. Satu kerusi parlimen dan 3 kerusi Dewan Undangan di Gombak,Selangor di tangan parti-parti pembangkang iaitu dari PKR/PAS.

Juster itu, pada Pilihan Raya Umum yang ke:13 ini, sesungguhnya Umno-BN berazam dan bertekad bulat untuk menebus semula maruahnya telah teraplit itu dan kerusi-kerusi yang telah hilang itu dengan azam mahu merebut semula ke-empat-empat kerusi yang sedang dipegang oleh parti pembangkang.
Dalam konteks ini Umno-BN Bahagian Gombak itu sendiri boleh dikatakan setiap hari terus bekerja kuat dengan melakukan khidmat bakti pada rakyat di Daerah Gombak dan menyusun tektik-tektik perjuangan pilihanraya agar perhubugan antara para pengundi-pengundi dengan  pemimpin-pemimin Umno-BN kembali pulih semula seperti sediakala iaitu semacam suasana sebelum PRU tahun 2008.

Ketika itu jika Umno letak songkok sebagaai calon pun? Maka calon tersebut akan menang dengan majoriti yang besar dan membuatakan calaon-calon pembangkang gigit jari.Kini senario demikian sudah  berlalu di bawa angin pus-pus terbang bersamanya.Akibat calon-calaon yang menanag tidak peduli kepada pengundi yang telah mengundinya.

Justeru Umno mesti menggunakan tektik-tektik baru untuk memenangi hati nurani rakyat yang telah celik politik.Tektik-tektik yang sedang digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu sangat berkesan.Iaitu dengan cara menabur subsidi itu dan subsidi ini pada rakyat.Datuk Seri Najib sudah sedar jika datang menemui rakyat datang dengan membawa air liur sahaja.Tidk siapa pun yang akan peduli.

Bagi setengah orang-orang politik dan calon-calon yang kedekut yang masih berada di dalam arena politik di masa sekarang ini? Penulis dapati banyak yang tidak setuju dengan cara dan tektik-tektik yang digunakan oleh Datuk Seri Najib itu? Kononnya memanja-majakan rakyat dengan membazirkan wang kononnya.

Orang-orang yang berfikir demikian itu? Sebenarnya mereka ini telah ketinggalan zaman. Mereka tidak sedar bahawa pada zaman ini zaman sanagt perlukan wang untuk menampung keperluan harian yang dari hari semangkin meningkat.Dan pada zaman ini para pemimpin negara sedang mengisi kemerdekaan.Bukan sedang menuntut kemerdekaan.

Semua pihak tidak punya apa-apa pun ketika berjuang menuntut kemerdekaan. Ketika itu bolehlah jadi kedekut kerana semua pejuang bapa kedana belaka.Kini Malaysia telah merdeka 56 tahun lamanya dan para pejuang yang memegang tampuk kuasa semuanya sedang hidup senang lenang akibat kuasa politik yang ada di tangan mereka yang diberi oleh rakyat.

Sedangkan rakyat majoriti masih papa keana hidupnya. Tidak usaha cakap fasal perjuangan jika anda masih kedekut? Tidak akan ada orang yang mahu bekerja jika tidak dapat gaji. Keluar mengundi itu pun satu kerja.jua.

Jadi faham-faham ajelah...."No money no honey,"kata -kata yang sangat popular pada setiap kekasih yang sedang memadu cinta. Jika perut kosong tak cukup makan mana boleh jadi kuat? Jika tenangan tidak kuat macam mana hendak jadi patriotik? Betul tak.....?

ACARA HIBURAN

Pada tanggal 22 hb.Mac hingga 24 hb.Mac 2013 Pemuda Umno Gombak bekerja sama dengan Astro mengadakan Fiesta selama 3 hari bertutut-turut ,di Padang Hillcrest,di Taman Sri Gombak, bermula pada malam ini.

Fiesta itu dinamakan Astro Fiesta Mesra Belia dan acara yang hangat pada malam ini bermula kira-kira jam 8.30 malam akan di adakan acara Dikir Barat dari beberapa buah kumpulan Dikir Barat  tanah air yang sudah tentu datangnya dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu dari Terangganu dan Kelantan khasnya.Kemasukan ANDA untuk menikamti hiburan ini adalah percuma.

Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin
Menurut YBhg Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, selaku Pengerusi Pergerakan Pemnuda Umno Gombak, menyatakan kepada penulis bahawa acara Dikir Barat ini akan berlangsung selama  dua jam setengah.

Masing-masing kumpulan Dikir Barat yang hadir pada malam ini di jangka masing-masing akan menunjukkan kehandalan mereka. Pantang mengalah sebelum berjuang.Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah.

Justeru itu YBhg Datuk Megat Zulkarnian menjemput semua para penduduk di sekitar Taman Sri Gombak khasnya dan juga pada para penduduk Daerah Gombak amanya

Dengan hormatnya dijemput hadir dan dipersilakan datanglah beramai- ramai menyaksikan acara persembahan Dikir Barat yang sudah tentu akan menghiburkan hati anda mendengarnya pada malam ini.

Pada esok harinya bermula dari pagi hingga ke petang ada beberapa acara yang sangat menarik akan di adakan termasuk beberapa acara yang berupa pertandingan. Dan temapatnya ialah di tempat yang sama  iaitu di Padang Hillcrest ,di Taman Sri Gombak ini,di dalam Daerah Perlimen Gombak.

Justeru itu anda dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan acara-acara tersebut dan juga bolehlah anda mencuba nasib anda dengan cara turut sama bertanding pada acara-acara pertanding yang akan di sediakan.

Anda juga boleh memebeli berbagai-bagai barang-barang kesukaan anda yang boleh di dapati di gerai-gerai yang disediakna di sekitar Pada Hillcrest di beberapa gerai yang telah siap didirikan.

Pada hari Ahad pula iaitu pada tanggal 24/03/2013 sebelah petang iaitu pada jam 4  petang akan diadakan Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Parlimen Gombak,di Padang Taman Hillcrest,Taman Sri Gombak.
Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin,Naib Presiden Umno Malaysia.

Maka semau ahli-ahli Umno di Daerah Gombak seluruhnya dijemput hadir ke Majlis Perasamian Jentera Pemuda BN parlimen Gombak seramai-ramainya pada petang itu untuk menampilkan  kerjasama dan kesepakatan ahli-ahli Umno Bahagian Gombak itu sendiri.

Pada hari esok Sabtu dan Ahad anda boleh beli macam-macam barang kesukaan anda.
Datang turut meraikan majlis tersebut di samping menampilkan semanagt kerjasama yang kental sebagai satu saf yang merupakan  window show dari parti Umno-BN Gombak terhadap parti-parti lawan kita yang mana kita berhasrat dan bertekad kuat untuk merampas semual 4 kerusi yang berada di dalam Parlimen Gombak itu sendiri daripada parti-parti pembangkang yang menjadi musuh politik kita.

"Bersatu itu teguh dan bercerai bercerai itu roboh," ujar Datuk Megat Zulkkarnain pada penulis dan sekaligus beliau minta disampaikan melalui portal  blog ini untuk jadi tatapan dan pertimbagan yang bijakisana lagi ikhlas buat seluruh ahli-ahli Umno Gombak yang dihormati dan algi disayanginya.

Gambar hiasan:Yang dipetik dari Images di internet.
Kerjasama dan kedatangan anda? Melalui blog ini, terlebih dahulu Datuk Megat Zulkarnain mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingganya, khasnya kepada semua ahli-ahli Umno seluruh Daerah Gombak.

Penulis tidak dapat hadir untuk menyaksikan permainan Dikir Barat itu kerana pada malam ini mulai jam 8.30 malam akan berlngsung perlawanan bola antara pasukan harimau Malaysia dengan pasukan dari Yaman. Selaku kaki boleh perlawan ini dirasa oleh penulis sangat penting untuk dilinat walaupun melalui kaca di chanel sukan oleh TV Astro di saluran 801.(Posted by abnmulya at 2012 hrs on March 22,2013).

PKR goyang di Parlimen Gombak,Ampang

JUMAAT, 22 MAC 2013 08:38
ADMINISTRATOR

Datujk Seri Mohd Zin Mohamed
Kekerapan Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang ke Parlimen Ampang dan Gombak memberi bayangan awal, kedua-dua kawasan itu yang dikuasai orang kanan PKR, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin semakin goyang serta tidak selamat.

Ini berikutan sokongan kepada Azmin sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Zuraida (Parlimen Ampang) semakin menurun sehingga memaksa Ketua Umum PKR itu sendiri ‘campur tangan’ untuk membantu selepas kedua-dua pemimpin itu gagal menjaga kawasan masing-masing.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, ketika mengulas isu itu berkata, Anwar mungkin sudah dapat menghidu tekanan dihadapi Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk mengekalkan kuasa.

“Mereka orang kuat PKR Pusat. Sudah tentu Anwar tidak mahu kehilangan Azmin dan Zuraida (Ketua Wanita PKR). Mereka sudah berasa tekanannya, kita tunggu dan lihat,” katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang, semalam.

Sehubungan itu, katanya Barisan Nasional (BN) perlu mengambil peluang dengan memperkasakan jentera dan memberi penerangan berterusan kepada rakyat. Sebelum itu, beliau menghadiri sesi taklimat jentera pilihan raya BN yang turut dihadiri Ketua Bahagian UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Azmin Ali

Pada sebelah pagi, Mohd Zin meninjau bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) di Gombak serta memberikan amanat kepada jentera parti di Pejabat UMNO Gombak.

Mengulas mengenai persiapan jentera BN, Mohd Zin cukup berpuasa hati dengan gerak kerja setakat ini dan semua 894 PDM seluruh Selangor beroperasi sepenuhnya sejak 1 Mac lalu.

 “Semangat yang ditunjukkan kali ini cukup memberangsangkan. Jentera sudah siap sedia, cuma kita perlu tingkatkan ‘mood’ rakyat untuk terus memberi sokongan,” katanya.
Zuraida Kamaruddin

Beliau turut mengingatkan jentera supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan mengenai etika memasang bendera, poster dan kain rentang, namun pada masa sama meminta pembangkang juga melakukan perkara sama.

Mengulas mengenai manifesto dan senarai calon BN Selangor, Mohd Zin berkata, ia sudah siap tetapi sedang ‘dimurnikan’ dengan mengambil kira beberapa perkara pada saat akhir.-22/3/2013(Agenda Daily).POSTED BY ABNMULYA AT 1812 HRS ON MARCH 22,2013.