Tuesday, May 19, 2015

Pandikar Amin curi perhatian ahli Dewan Rakyat

19 Mei 2015 1:36 AM 
Tan Sri Pendikar Amin Mulia,Yang Dipertua Dewan Rakyat menjadi tumpuan

KUALA LUMPUR 18 Mei – Jarang sekali dalam sesi Persidangan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rak­yat menjadi tumpuan tetapi hari ini,

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencuri perhatian semua pihak, baik oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang.

Malah, perhatian serta tumpuan ahli Dewan Rakyat kepada Pandikar Amin itu dilihat menenggelamkan terus tarikan terhadap pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Tampil mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas didakwa mahu meletakkan jawatan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pandikar Amin diberi ‘penghormatan’ apabila Ahli Parlimen bertindak spontan menepuk meja beramai-ramai.

Tidak terkecuali, ada beberapa orang wakil rakyat baik di pihak BN dan pembangkang mengusik beliau dengan dimulakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika Dewan Rakyat memulakan sesi pertanyaan lisan bagi soalan pertama.

“Sebelum menteri menjawab, saya ucapkan tahniah­lah kepada Tan Sri kerana kekal sebagai Speaker,” kata Azalina yang kemudian segera dibalas Pandikar Amin bahawa beliau tidak bertan­ding untuk jawatan itu menyebabkan hampir semua wakil rakyat ketawa.

Sabtu lalu, Dr. Mahathir men­dakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat itu mahu meletak jawatan tetapi dakwaan tersebut kemudian segera dinafikan Pandikar Amin apabila memberitahu beliau akan bertugas seperti biasa pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak, Mo­hamed Azmin Ali, turut sama mengusik Pandikar Amin dengan meminta beliau agar jangan tunduk terhadap mana-mana tekanan sehingga mahu meletakkan jawatan.

 “Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan Yang Berhormat,” jawab Pandikar Amin. Selepas itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau gembira melihat Yang Dipertua Dewan Rakyat kembali bertugas.(UJtujsan online)Posted by abnmujlya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at8.49 am o Mei 20,2015.

Pendikar Amin nafi letak jawatan

METRA SYAHRIL MOHAMED DAN MABULMADDIN SHAIDDAN 18 Mei 2015 1:33 AM 

KOTA BELUD 17 Mei – Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Pandikar Amin  Mulia
Bagaimanapun beliau mengaku ada pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu dan hanya berkisar tentang perbincangan politik semasa negara selain melahirkan kekecewaannya terhadap keadaan Parlimen yang setiap kali bersidang, ‘dijamu’ dengan perkara meremehkan.

Jelasnya, ‘pendedahan’ Dr. Mahathir dalam sebuah forum di Ipoh, Perak semalam itu hanyalah pendedahan separuh dan tidak menggambarkan keseluruhan perbincangan.

“Saya tidak akan bercakap yang lebih-lebih kerana saya tidak akan mengaibkan atau pun membuat kenyataan yang menyentuh perasaan Dr. Mahathir.

Beliau mentor saya dan guru politik kepada semua pemimpin yang ada di negara ini. Maka, kalau pemimpin kerdil seperti saya ini, pemimpin kampung, bertemu dengannya, untuk bincang-bincang tentang politik semasa, saya rasa itu bukan satu perkara luar biasa.

“Setahu saya, apabila seseorang itu meletakkan jawatan, peletakan jawatan itu harus ditujukan kepada orang yang berwajib iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau beliau kata saya letak jawatan, itu cerita tidak lengkap sedangkan beliau bukanlah orang yang berwajib untuk saya hantar peletakan jawatan.

Kalau beliau buat kenyataan begitu, satu perkara yang timbul ialah menimbulkan krisis politik dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Dataran GiatMara Kota Belud dekat sini hari ini.

Pandikar Amin mengulas pendedahan Dr. Mahathir dalam satu forum di Ipoh yang kononnya Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah meletakkan jawatan.

Susulan itu, Pandikar Amin dalam satu kenyataan akhbarnya malam tadi menafikan perkara tersebut sambil menegaskan tidak akan meletakkan jawatan dan akan mempengerusikan sidang Dewan Rakyat esok.

Beliau memberitahu, pertemuan bersama Dr. Mahathir itu merupakan pertemuan antara pemimpin dan pemimpin.

“Dalam pertemuan itu, saya harus bertanya apa yang terjadi kepada negara. Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan bahawa saya tidak sokong siapa dan saya sokong siapa kerana peranan saya sebagai Speaker adalah saya orang tengah.

Apabila beliau bercakap begitu (letak jawatan) bermakna adalah, itu cerita bukan sampai habis di situ, ada sebab mengapa.

 “Mungkin antara sebabnya bahawa saya sudah fed up (kecewa) dengan keadaan di Parlimen yang setiap kali apabila ada persidangan sahaja, perkara yang harus tidak diperbesarkan, perkara remeh, dikasi (diberi) remeh. Harus diingat bahawa saya (memegang jawatan) Speaker sudah tujuh tahun,” tegasnya.

Ujarnya, setiap kali beliau menyeru kepada pemimpin-pemimpin terutama ahli-ahli Yang Berhormat iaitu dalam usaha meningkatkan martabat Parlimen Malaysia, mereka harus mempunyai mentaliti kelas pertama, bukan sahaja infrastruktur.

“Jadi kadang-kadang kita sebagai peneraju, kita ada kekecewaan dengan sesuatu perkara yang kita hendak. Itu yang saya ada cetuskan kepada Dr. Mahathir. Jadi itu sebab saya kata, kenapa tidak Dr. Mahathir beri lengkap perbicaraan kami itu.

“Tetapi di saat-saat terakhir ini pula, beliau mengatakan menarik sokongan daripada Najib. Saya berjumpa dengan Dr. Mahathir, saya bertanya, apa sebab? Jadi saya bukan jenis manusia yang pandai menasihat, apa macam saya kasi (beri) nasihat sama Dr. Mahathir, macam mana kita boleh menasihati kepada Najib,” jelasnya.( Utusan on line-Parlimen)..Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.28 amonMay 20,2015.

Sunday, May 17, 2015

Buat apa debat dengan tokoh politik yang merasai kononnya depa aje terpandai?





Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad,May 17,2015 @ 6.19 pm.

Membaca berita yang ada mengatakan bahawa Mahathir Mohamad bersedia berdebat dengan Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia ke -6 pada bila-bila masa ketika ditanya oleh pemberita portal blog tempatan pro-pembangkang.?

Maka hati kecil penulis bertambah jenkel terhadap sikap politik Mahathir yang dilihat terus menerus masih berdendam dengan Najib walaupun baharu sahaja pulang dari menunaikan ibdah umrah di tanah suci MEKAH .
Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden Umno.

Selaku manusia yang jadi hamba-hamba Allah di dunia ini? Memang diakui semua orang ada melakukan kesalahan baik berbentuk besar atau pun kecil? Cakaplah... Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?

Untuk itu Allah swt Yang Maha Mengetahui menyediakan Neraka dan Syurga untuk hamba-hambaNya di akhirat nanti bagi membuat timbangan antara berat pehala atau ringan dosa -dosa kesalahn hamba-hambaNya itu? 

Jika berat dosanya? Maka dicampakkan ke dalam neraka Jahanam. Jika banyak pahala amalan ibdatnya semasa di dunia dulu? Maka dimasukkan ke dalam Syurga.

Semua hambaNya yang mengucap dua kalimah syahadat,setelah mereka sedar dan menyedari bahawa mereka telah melakukan perbuatan mengikuti agama Isalam bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang berdosa?

Baik dosa-dosa yang bersifat besar atau dosa-dosa yang bersifat kecil walau pun sebesar atau sekecil zartah? Mereka dimestikan segera bertaubat meminta ampun dan maaf  ke hadrat Allah swt.

Allah swt  Yang Amat Pemurah lagi Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa membuka pintu taubat kepada setiap hamba-hambaNya yang telah melakukan dosa-dosa? Harus segera bertaubat.Taubat Nasuha.

Kita sebagai manusia yang menjadi hamba-hambaNya yang hidup di bumi Allahswt ini?Diharus memaafkan dan saling maaf memaafkan antara satu dengan lain atas segala kesalahan,segala masalah,segala salah silaf,atas segala perbuatan kita . 

Perbuatan salah laku dan kurang bijak terhadap orang lain yang telah kita lakukan semasa kita masih menghayati hidup sebentar di alam dunia ini.Dosa-dosa kita pada Allah? Kita mesti minta amapun dan maaf pada Allah swt. 

Jika dosa-dosa kita terhadap manusia yang sedang menjadi penghni ini? Baik dosa kecil ata yang besar?Kita mesti minta maaf dan ampun  kepada manusia itu. Kita seharus segera meminta maaf sebelum kita menemui ajal kita.

Misalnya!Dalam isu kononnya pada kaca mata Mahathir Najib telah berbuat salah dan silaf? Tidak bolehkah Mahthir maafkan kesalahan Najib yang kononnya bermasalah pada kaca  mata Mahathir itu? 

Jika Mahathir menuduh Datuk  Seri Najib dengan  berbagai cacat cela itu? Sebenarnya Datuk Seri Najik tidak dibukjtikan bersalah dari segi hukum hakam dunia dan akhirat? 

Maka Mahathir mesti meminta maaf pula pada Datuk Seri Najib  sebelum Mahatir menghembuskan nafas terakhirnya dari dunia Allah ini.
Tun Dr.Mahathir Mohamad,
bekas PM Malaysia dan masih
ahli Umno Malaysia

Kemudian sebagai orang tua yang telah berusia 90 tahun itu? Mahathir wajib,jika  deliau mahu memberi nasihat-nasihat yang jujur dan ikhlas dan bersopan sebagai seoarng bapa kepada anak lakunya.

Bukannya menghentam lumat dimedia sosial tentang sesuatu isu politik yang belaum yang tek berujung dan tidak berpangkal? 

Hanya dengan persepsi yang masih kabur sifatnya..macam teraba-raba kesahihannya,tetapi mengakibatkan boleh memberi keaibaan pada seseorang itu?

Perbuatan semacam ini berdosa bear namanya?Jika tidak segera meminta ampun dan maaf? Maka hukuman dari Allah swt amat berat padanya.

Najib sebagai seorang anak. Mahathir kini dah berusia 90 tahun lebih .Sementara Najib belum pun berusia 60an.Bezanya dah menjangkau 30 tahun lebih tua dari Najib.

Peranan Mahathir sebagai bapa? Amatlah lojik menasihatkan Najib yang mana jarak beza umurnya lebih 30 tahun mudanya.

Seperti kita maklum bahawa Mahathir dan keluarganya baharu sahaja pulang dari kerja-kerja menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.Bukannya pergi melancong?

Ibdah umrah itu adalah merupakan (Haji Kecil)  bagi semua umat Islam sedunia.Itulah sebabnya orang-orang Islam Arab, di Mekah itu, tetap memanggil penganut agama Islam yang menunaikan ibadah umrah itu tetap sebagai Tuan Haji walau pun kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah.


Bukanya ibadah haji yang menjadi rukun Islam ke lima. Pun begitu? Jika berpan dukan dengan pendapat ulama'tokoh-tokoh Islam yang mutabar? 

Bahawa Umat Islam yang menunaikan haji umrah atau pun ibadah haji itu kesemuannya merupaka tetamu Allah swt .Yang Maha Berkuasa dan apabila sampai di depan kaabah, mereka di haruskan meminta ampun dan maaf kepada Allah Swt.dalam apa sahaja bentuk kesalahan dan kekhilapan sebagai hamba-hambanNya

Insya Allah! Maka segala dosa-dosa kita akan diampunkan oleh Allah dan kembalinya kita ke tanah air kita? 

Adalah merupakan sebgai anak kecil yang tidak punya dosa-dosa lagi. Justeru itu, segala cakap-cakap,segala tindakan dan tingkah laku kmita serta aal ibdah kita harus ditin gkatkan lagi dan dijaga dengan  rapinya agar tidak akan melakukan kesalahan seperti sebelum kita ke Makah menunaikan Ibadah Umrah atau pun Ibdah haji?

Segala suruhan Allah berkait dengan amalan solat 5 waktu,bersedekah pada orang-orang miskin,berbaik sangka kepada sebanyak-banyak boleh kepada insan yan g menjadi penduduk dunia ini? 

Segfala yang dilarang oleh Allah swt. seperti mengata konon orang ini tak betul dan sebagainya? Ia merupakan mengumpat. Si pengumpat itu dari segi hukum Islam itu sendiri mesti berjumpa pada orang-orang yang diumpatnya itu?

Dia harus menerangkan kepada orang yang jadi mangsa umpat itu tarikh dan masa dia men guympat dan sekaligus mesti menerangkan apa bendanya yang telah dia umpat itu? Dan kemudiannya mesti minta maaf pada orang yang jadi mangsa umpat itu.

Jika dia (mangsa) umpat itu memaafkan? Maka hapuslah dosa-dosanya itu dan selesailah tugasnya itu.Tetapi si pengumpat masih  bertanggung jawab kepada Allah swt kenapa dia begitu suka mengumapt dan suka jaga tepi kain orang lain?

Dengan kata lain?Bagi semua pengukut agama Islam.Setelah mereka kembali dasri menunaikan ibadah haji atau ibadah umrah?Mereka mesti hanya berbuat benda-benda yang baik -baik sahaja.

AEgala amalan kita terhadap Tuhan dan manusia semuanya harus terus di amalkan sesuai dengan suruhan Allah yang mana kita diharuskan meninggakan segala perbuatan yang mungkar iaitu apa yang dilarang oleh Allah swt.,sekaligus melakukan apa yang Allah suruhkan iaitu berbuat dan melakukan perbuatan  yang baik-baik belaka.

Ertinya melakukan semua perbuatan yang baik-baik belaka,baik dari segi percakapan dan tindakan dan sebagainyasemuanya kerana Allah swt.,
Datuk Seri Muhyiddin Yassin,Tim.
Presiden  Umno.

MENGIMBAS KEMBALI TENTANG JASA BAIK

Jika kita mengimbas kembali tentang jasa baik seseorang itu terhadap kita? Ianya yang harus dikenang? Bak kata pantun melayu purba bahawa hutang budi yang baik itu akan dibawa mati!

Akan dikenang diingatan dan pandangan sepanjang zaman oleh yang masih hidup yang menjadi saksi terhadap semua perbuatan baik kita itu.

Maka,jika tidak kerana jasa baik Tun Abdul Razak, ayahanda Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 dan sebagai Presiden Umno yang ke -2 mengambil keputusan membenarkan Mahathir Mohamad diterima masuk semula ke dalam  parti Umno?

Maka Mahathir tidak lebih hanya sebagai seorang doktor biasa aje yang berada di klinik-nya di Kedah itu.

Menurut apa yang telah diceritakan oleh Datuk Adib Adam (regu Musa Hitam) kepada penulis. Bahawa beliau (bekas Ketua Menteri Melaka) dengan Datuk Haron Idris,bekas Menteri Besar Selangor terlibat dengan cerga menolong berjayanya Mahathir masuk semula ke dalam Umno.

Datuk Adib Adam dan Datuk Haron Idris,bekas Menteri Besar Selangor, jadi regu (Tengku Razaleigh Hamzah)ketika melawan Mahathir pada pertandingan Presiden Umno pada suatu masa dulu.

Kedua-duanya tidak dipedulikn oleh Mahathir setelah Musa Hitam undur diri jadi regu Mahathir.Datuk Haron Idris dan Adib Adam jadi seperti barang dagangan yang tak laku di arena politik Malaysia, sesudah Mahathir Mohamad dah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 atas tiket parti Umno.

Kepada penulis,Datuk Adib Adam telah menyatakan bahawa beliau dan Allah Yarham Datuk Haron Idris bersama-sama yang berhempas pulas memujuk Tun Razak Husin agar mnerima semula Mahathir Mohamad ke dalam Umno.

Apa balasan Mahathir Mohadad terhadap Datuk Haron Idris dan Adib Adam?Kosong belaka. Sehingga pada hari kematian Datuk Haron Idris?
Datuk Sewri Dr.Ahmad Zahid Hamidi,
Naib Presiden Umno.

Dilihat hanya ada beberap orang sahaja pembesar-pembesar Umno yang telah datang menziarahi jenazah beliau yang sangat banyak berjasa pada orang-orang Melayu khasnya.

Sedankan diketika Datuk Haron Idris jadi Ketua Pemuda se Malaysia? 

Datuk Haron Idris merupakan pahlawan pejuang bangsa Melayu yang unggul lagi terbilang  yang sentiasa dikerumni oleh orang-orang Umno untuk berteduh?

Jawatan ketua pemuda Umno yang diketuai oleh Datuk Haron Idris ketika itu? Merupakan golongan pendesak. 

Menentang sesuatu yang tak betul untuk kepentingan orang-orang Melayu yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno  pusat,

Sesunggunya orang-orang Melayu ini mudah lupa.Tidak semacam para penyokog Pas? 

Dilihat Puluhan ribu para penyokong mereka yang datang menziarahi jenazah Tuan Guru NIk Aziz dan Ustaz Fadzil Noorketika jenazah masih di rumah lagi dan juga di kawasan perkuburan di tempat mereka disemadikan di alam baqa'.?

Inilah perbezaan antara penyokong Umno dan Pas.Perbezaan antara orang-orang yang beriman dan bertaqwa? Ketika seseorang tokoh politiknya itu telah meninggal dunia berbanding sekali dengan penyokong-penyokong Umno? Bezanya ibarat bumi dengan langit.
Kenapa jadi begitu?

Firman Allah swt dan seruan Nabi besar Mohamad saw.yang mengharuskan menziarahi orang-orang yang sedang sakit dan mengiringi jenazah orang-orang yang telah meninggal dunia hingga ke kuburan?

Langsung tidak di taati dan diikutii,malah tidak dindahkan sangat  oleh sebahagian besar penyokong-penyokong Umno yang telah dirasuk oleh nikmat dunia yang telah menggelapkan mata hati mereka?

TOKOH YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING

Mereka berdua-lah ( Datuk Haron Idris dan Adib Adam) berulang alik dari Kuala Lumpur pergi ke Kedah,jadi sebagai orang tengah bekerja keras mempengaruhi Tun Razak,agar menerima semula Mahathir Mohamad ke dalam Umno setelah dipecat oleh Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Umno .
Datuk Seri Shafie Afadal,
Naib Presidien umNO.

Pemecatan Tunku itu adalah betitik tolah disebabkan kelancangan dan kecelupartn mulut dan pena Mahathir menghentam kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sesuka hatinya aje terutama di dalam buku Malay Delima tulisannya itu.

Menurut Tungku Abdul Rahman Putra l-Haj bahawa Mahathir itu hanya padai bercakap, tapi tak serupa apa yang beliau boleh bikin?. 

Depa menganggap orang lain tidak arifbilah.Hanya beliau aje  kononnya yang arifbillah.

Jika dibiarkan Mahathir berada di dalam Umno? Kesetabilan politik Umno dan kesetabilan antara kaum yang jadi penduduk di Malaysia ini yang sifatnya majmuk pula itu, akan menghadapi masalah besar nanti.

Akan  ujud keadaan huru hara terutama bangsa-bangsa  asing ketika itu memanggil Mahathir sebagai "ultra" Melayu..Justeru itu bangsa asing yang jadi rakyat Malaysia sangat tersentuh hati dengan kelancangan  mulut Mahathir yang celupar itu?

PELAKU YANG MEMAINKAN PERANAN AGAR MAHATHIR DITERIMA MASUK UMNO.

Menurut apa yang telah diceritakan oleh bekas Ketua Menteri Melaka,Datuk Adib Adam yang menjadi yang jadi reguTimbalan Perdana Menteri pada masa itu  (Datuk Musa Hitam) kepada penulis ketika penulis buat wanwacara dengan beliau di kediaman rasmi Ketua Menteri kerajaan Melaka.

Isi wawancara itu untuk penulis jadikan salah satu di antara isi kandungan di dalam majalah politik bulan terbitan Mulya Utama Enterprises ,kepunyaan penulis sendiri dan jodol majalah itu ialah "SARIPATI"


Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein
Onn.Naib Presiden Umno
Terbitan majalah  SARIPATI yang bertahan selama tiga tahun itu penulis tinggalkan kerana penulis telah mengubah perniagan penulis di perkhidmatan dan mendapast kontrek dengan Kementerian Pertahan Malysia, di bidang perkhidmat "Dobi dan Jahitan" dari tahun 1985 hingga tahun 2005.
.
JIKA tidak kerana usaha gigih Datuk Haron Idris dan Adib Adam,hinggakan mendapat perkenana dari Tun Razak Hussin,Presiden Umno ke-2?

Maka Mahathir Mohamad tidak berpeluang sama sekali dapat menikmati rasa nikmat hidup dan dan kehidupan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan lamanya pula beliau bertakhta  di situ selama 22 tahun.

Suatu masa yang agak panjang juga.Mengatasi rekod Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu,Tunku Ab dul Rahman Putra Al-Haj,bapa kemerdekaan tanah air, hanya jadi Perdana Menteri Malaysia, selam 13 tahun aje.

Sesungguynya Mahathir ini boleh dikatakan semacaam tidak mengenag budi pada orang-orang lain yang pernah taburkan budi terhadapnya.

ISU BERDEBAT DENGAN NANIB?  

Berita Mahathir bersedia berdebat dengan Najib itu telah disiarkan oleh portal Malaysiakini pada jam 6.52 pm pada tanggal 16/05/2015.

Penulis sebagai seorang wartawan dan sebagai seorang penulis sejak ketika jadi penduduk tetap di Singapura dulu.Guru-guru penulis dibadang kewartawanan dan penulisan adalah Allah Yarham Samad Ismail,Pengarang Straits Times dan Berita Harian. 

Encik Othman Wok,pengarang Utusan Melayu,kemudian diangkat jadi Menteri di bawah Lee Kuan Yeu.En.Abdullah Husin pengarang majalah terbitan P.Ramle di Singapura dan banyak lagi guru-guru penulis di bidang penulisan yang telah memberi bimbingan padaa penulis ke arah penulisan.

Disamping itu penulis,adalah seorang penerbit dan editor majalah hiburan yang berjodol "Purnama Filem" terbitan dan kepunyaan penulis sendiri dan juga penerbit buku-buku bacaan umum dan ada juga menerbitkan buku bercorak politik karangan Sdr.Bakhtiar Djamily,pengaran akhbar harian beliau sendiri di Indonesia.

Bakhtiar Djamily adalah merupakan sahabat karib Allah Yarham Datuk Samad Idris,bekas menteri di zaman Tun Razak dan Hussien Onn.Melalui Bakhtiar Djamily penulis dapat berkenalan engan Arwah Datuk Samd Idris yang pernah jadi Menteri Belia dn Sukan.


Khsairy Jamaludin Abu Bakar.
Ketuas Pemuda.
Di kalangan orang-orang perfileman nama arwah Datuk Samad Idris memang tak asing lagi. Beliau lama juga jadi Pengerusi PINAS dan pernah juga jadi Pengerusi Bank Pembangunan.

Buku terbitan penulis itu di Di Singapura Kisah Presiden Suharto ,Indoinesia itu (Sold Out) sebanyak 10,000 naskah dengan harga diketika itu S5.00 senaskah.Tebakl buku tgersebut hampir 200 muka surat.

Penulis  dan kawan seperjuangan dengan penulis sering mengunjungi Datuk Samad Idris di pejabatnya di FINAS. Ketika kami berbual-bual tentang kisah para pemimpin tinggi negara kita Malaysia dengan Datuk Samad Idris.

Datuk Samd Idris, ketika kita berbual-bual kosong itu.
Selaku Pengerusi Bank Pembangunan ketika itu telah menyatakan banyak di anatra anak-anak para pemimpin utama negara meminjam berjuta-juta ringgit tanpa dokumen jaminan telah diberikan kepada mereka.

Menurut Datuk Samad Idris."Kadang-kadang kita ini sebagai pekerja dah jadi serba salah.Tak beri nanti susah jadinya? Jika dah beri pun susah juga?" keluhnya.

"Yang nak meminjam itu anak-anak mereka tetapi yang telephone kita adalah bapanya di mana punya kuasa politik dan di dalalm pemerintahn yang menggerunkan kita sebagai pekerja aje,"kelunya semakain memanjang.

Sedmakin memanjang ketika mengenangkan di mana letakanya keadilan itu sendiri? Seharusnya yang mesti dibantu dan ditolong adala rakyat yang miskin? Tetapi sebakliknya...

Penulis tahu siapakah nama anak-anak pemimpin itu dan berapa jumlah pinjaman yang mereka dapat tanpa dokumen yang diperlukan oleh bank yang seharusnya diberi kepada bank?Tetapi biarlah ia jadi rahsia penulis sendiri.

Tetapi hari ini?Ada tokoh pemimpin utama barani mengatakan ketika beliau berkuasa dulu? Kononnya langsung tak peduli  pada anak-anak beliau.

Ertinya tidak menggunakan  kuasa politik untuk membantu anak-anak beliau? Poorlah... Sanggupkah depa itu bersumpah laknat? Bersumpah atas nama Tuhan...dan sekaligus melafaskan perkataan sumpah laknat yang harus dilafaskan oleh setiap orang yang bersumpah laknat itu?

ISI KAN DUNGAMN BUKU MENGEANI PRESIDEN SOHARTO

Di anatara isi kan dungannya?Adalah berintisarikan tulisan Saudara Bakhtir Djamily,sahabat akrab penulis yang mengkisah asal usul Suharta dan kisah perjuangan Suharto di dalam tentera Indonesi hingga jadi Presiden Indonesia selepas pemimpin besar Indonesia Presiden Soekorna tumbang.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
Ketua Wanita Umno
Presiden Suekarno di gulingkan  oleh tentera Indonesia sebaik sahaja gerakan parti komunis di Indonesia dihancurlkan olehTentera Indonesia yang diketuai oleh Soharto.

Justeru itu minat terhadap politik nasional dan dunia sejagat adalah memang jadi kegermaran utama penulis.

TOPIK YANG DISIARKAN PORTAL MALAYSIAKINI

Berhubung dengan topik yang disiarkan oleh portal Malaysia kini, ada menyiarkab kesediaan Mahathir Mohamad berdebat dengan  Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib Tun Razak.?

Selaku seorang ahli Umno, sesunggunya penulis merasa bahawa kesediaan Mahathir untuk berdebat dengan Najib itu?

Tak usah dilayan lngsung.Biarlah Mahathir dengan kesediaannya itu?Alasan yang utama kenapa penulis berhemat demikian?Disebabkan pada penilaian penulis  Mahathir sejak dia jadi politikus Malaysia hingga dia jadi PM Malaysia?

Beliau adalah sebagai seorang yang semacam sering mendabik dada kononnya beliau sahaja-lah yang TERBAIK dari semua insan-insan di dalam dunia ini?

Jika beliau tidak merasa dah  ada orang terbaik di Malaysia ini? Khususnya di zaman kekuasanya beliau jadi Perdana Menteri dulu? Maka dia tidak sanggup dan tidak suka jadi PM  selama 22 tahun yang mana terpaksa menerima cercaan dan ngomelan dari musuh-musuh politiknya dan juga dari rakyat.

SEDANGKAN diketika itu? Dah banyak sangat rakyat Malaysia khasmya di luar ataupun di dalam parti Umno itu sendiri. Dah ada begitu banyak orang-orang dan tokoh politik Malaysia  yang masih muda dan bertenaga boleh dikata lebih pandai dari beliau tidak mahu diberinya peluang untuk mempampirkan kebolehan masing-masing.

Sebaliknya beliau dilihat begitu seronok bertahkta di situ semacam Presiden Soharto di Indonesia berkuasa jadi Presiden Indonesia selama 32 tahun. Mungkin Mahathir pun semacam mahu pecah rekod yang telah dicapai oleh Suharto?

Satu hal yang nyata.JIKA tidak didesak oleh gerakkan politik hebat oleh Anwar Ibrahim yang ditendand dari jawatan Timbalan Persana Menteri.Penulis kira Mahathir masih belum mahu berundur.

Akibat slogan kata REFORMASI ciptaan Anwar Ibrahim punyas gemanya yang sangat hebat dan telah menggegarkan kestabilan politk kerajaan Umno/BN pimpinan beliau ketika itu? 

Jika tidak kerana gema seruan reformasi ciptaan Anwar Ibrahim itu?Maka pada hemat penulis Mahathir akan buat tak peduli aje segala desakkan yang dibuat  oleh golongan dari kalangan Umno itu sendiri.

Slogan pergerakkan Anwar Ibrahim ketika itu yang sangat popular dan ledakannya pula bersifat taufan "Puting Beliong" melanda bumi? Beserta dengan pekikan slogan yang berbunyi REFORMASI,undur-undur, undur Mahathir undur dan desakannya itu pula bergema hebat di seluruh ceruk rantau nunsantara Malaysia

Desakan itu telah diorbitkan oleh para penyokong Anwar yang tegar,baik dimana sahaja majlis ceram dimana para penyokong Anwar Ibrahim boleh dikatakan setiap malam ada sahaja mengadakan ceramah-ceramah politik di serata tanah air.

Ceramah politik mahukan Mahathir uddur...sebagai nyanyian biasa yang jadi buah mulut anak-anak kecil pula.


Mas Ermieyati Shamsudin,
 Ketua Puteri Umno,berasal dari Melaka.
Hasilnya? Kerajanan Umno/BN tumbang di Terengganu, pada (PRU) tahun 1999 itu. 

Kelantan,Kedah pula PAS dilihat dah jadi sangat kuat dan sekaligus maka bertaburan calon-calon dari parti pembangkang menang dalam Pilihan Raya umum tahun 1999 itu yang terdiri dari keADILan/PAS/DAP.


Tiga parti itu bergabung jadi satu tenaga yang kuat di dalam(Barisan Alternatif) yang dilihat telah berjaya mengubah landskape politik Malaysia semasa Mahathir masih jadi PM Malaysia.

Maka ramailah parti-parti di dalam gabungan Barisan Alternatif jadi wakil rakyat baru, pilihan rakyat berbanding sebelum Anwar Ibrahim melancarkan angin REFORMASINYA yang begitu lancang tiupannya dan reaksi dari rakyat ketika itu dilihat telah memberi sokongan yang sangat positif sifatnya.


BERCAKAP FASAL ISU DEBAT.

Berbalik semula kita bercakap fasal isu debat antara Najib dan Mahathir  yang mana Mahathir dah ada mengatakan bahawa beliau sanggup. Penulis berpendapat adalah lebih baik tak usah dilayan acara itu.

Membuangkan masa dan wang ringgit sahaja.Tak ada manfaatnya pada rakyat.Malah lebih membahangkan lagi soho kepanasan yang sedang membara berhubungan kemelut politik Najib/Mahthir itu.

Berdebat-debat itu bukan tugas yang hakiki pada PM Najib.Kerja-kerja debat itu? Adalah khas acara untuk budak-budak yang masih berada di sekolah perengkat tinggi seperti di perengkat SPM dan di Universiti -Universiti aje.

Kita mahukan anak-anak sekolah ini agar boleh dan biasa dan berani mengeluarkan pendapat dan buah fikiran masing-masing secara bebas dan segala isi perdebatan mereka itu bernas pula ideanya.Bukan kerja Perdana Menteri atau menteri-menteri di dalam kabinet Datuk Sri Najib.

Jangan ikut macam CARA negara Amerika berpolitik.Mereka itu baik dari pemimpinnya, mahu pun pada rakyatnya yang jadi pengundinya? SSEcara total dilihat sudah begitu jauh ke depan  cara berfikirnya dan sekaligus begitu maju di dalam soal tendang tereajang politik.

Rakyatnya dah maju begitu jauh sekali berbandng dengan pemipin dan rakyat Malaysia.Para pemimpinnya dan rakyatnya yang terlibat di dalam politik negara dan juga di dalam sebarang Pilihan Raya Umum? 

Mereka sudah cukup matang dengan isu politik yang diperkatakan oleh calon-calon pemimpin itu?

Mereka berkempen hanya beberap bulan aje  menjelang tiba hari mengundi. Sesudah pilihan raya itu usai?Mereka semua dah jadi diam dan tak akan bercakap fasal politik lagi.Mereka dilihat begitu sibuk pula dengan kerja-kerja untuk mengisi dan mengkotakan segala janji-janji ketika kempen pilihan raya itu di adakan.

Tidak semacam di negara kita ini? Berpolitik sepanjang masa dan zaman?.Tak habis-habis berpolitik? Mentang-mentang-lah bercakap itu sangat senang hanya tugas lidah aje? 
Datuk Abdula Azizi Abdul Rahim,
Ketua Putra Umno.

Maka tak penat-penat mereka nak bercakap  DAN TERUS BERCAKAP TANPA NOKHTA.Sedangkan cakap fasal hal tokoh sesuatu parti itu ? Adalah mengumpat namanya dan berdosa di sisi Allah swt. 


Parti yang dasar perjuanganya berteraskan idelogi Islam pun? Dilihat lagi teruk kuat mengumpat.Apatah lagi dengan parti-parti yang dasarenya  sekular? Anih! Mana satu rakyat boleh jadikan panduan hidup?

Berdebat itu? Sebenarnya adalah tugas anak-anak sekolah.Mereka inilah barisan pelapis yang akan menyambung tugas para pemimpin negara di hari ini,jadi pengganti pula  di masa muka.


Iaitu setelah para pemimpin yang ada hari ini, pergi menemui Allah swt dan disemadikan di kawasan perkuburan. .

Dari mana kamu datang? Maka di situlah kamu dikembalikan.Jika baaik amalan kamu di dunia ini.? Maka aman damailah kehidupan kamu di alam baqa'itu sementara menunggu hari dibangunkan semula oleh Allah swt. iaitu di hari pertimbagan  di hari Al-Mizan.

Di kesempatan ini penulis menyeru dan mengharapkan bahawa kemelut politik antara Datuk Seri Najib/Mahathir ini harus diakhiri dengan segera. Jika para pemimpin Umno itu sendiri terutama Mahathir yang masih ahli Umno yang dilihat baru sahaja pulang dari melakukan ibadah umrah di Mekah.

Memang tak ada sesiapa pun untung sama sekali,jika kemelut politik ini dipanjang-panjangkan sedemikian rupa. Yang malu,yang rugi? Pastinya ialah Umno itu sendiri.Betapa banyak rahsia yang harus tidak diketahui oleh pihak pembangkang terutama para pembangkan dari golngan parti bangsa asing iaitu Cina.
Tengku Adnan,Setiausaha Agong Umno.

Percayalah!!! Apapun parti politik yang menjadi anutan mereka? Hakikatnya mereka amat bersuka ria dengan ujudnya kemel;ut politik ini Najib/ Mahathir itu? 


Lihatlah portal-portal  media sosial yang dilihat pro-pembangkang..? Mereka dilihat begitu senang melupakan segala kata-kata cerca yang pernah Mahathir tujukan terhadap mereka?

Akan tetapi demi untuk memecah belahkan perpaduan politik Melayu itu sendiri? Nah dengan senyum simpul yang manis dan dengan ketawa yang besar berpura-pura? Dengan penuh sabar disertai dengan gelak ketawa lebar yang berselaput dengan kepura-puraan kononnya telah melupakan segala kata-kata cerca-merca oleh Mahathir terhadap mereka dulu itu?


Yang pentingnya?Mereka dilihat begitu senang hati kerana dapat memberi arena iaitu memberi (ruangan yang begtu luas)di portal media sosial mereka ruagan yang meluas kepada Mahathir dan knco-konconya menhenmtam Najib?

Orang-orang Melayu yang berfikir sempat? Iaitu pada orang-orang yang berfikir( one way street  politik) iaitu politik satu hala sahaja kononnya mereka kini dah jadi kawan baik Mahathir dan konco-konconya.

Gua sanggup tolong luu...demi untuk memecah belah antara pemimpin Melayu dalam Umno pro-Mahathir,bertarung nyawa dengan pemimpin Umno juga iaitu penyokong pada Datuk Seri Najib.Arean pertarungan dah di sediakan oleh mereka sebagai batu api.Berlawanlah .bertengkarlah kamu habis-habisan.

Siapakah yang sangat rugi? Melayu juga yang rugi. Yang untung hanya sedik dirasai oleh Melayu celop yang bersengkokol dengan parti-parti pembangkang yang nak berkuasa lebih tinggi lagi dari kuasa yang ada di tangan mereka.

Mereka dilihat tidak puas hati dengan apa yang telah dan sedang dikurnikan oleh Allah swt. Gabungan  Pakatan Rakyat sedang berazam untuk tiba dan berkuasa di Putra Jaya.Biar lambat asalkan selamat.

Sedarlah wahai bangsa-bangsa ku Melayu!!! Kita dah hilang Singapura.Kemudian kita hilang Batu Putih.  Pulau Pinang pula kini sedang dikuasi oleh orang asing yang dasar politiknya sangat CONTRA dengan Umno?
Datuk  Rauf,Setiausaha kerja Umno,
orang Melaka juga.
Justeru itu siapa yang bersalah? Jawabnya adalah kita semua Melayu yang bersalah.Berkonfrantasi tidak habis-habisnya dengan bangsanya sendiri?

Sila contohlah bagaimana caranya Nabi besar kita Mohamad saw. berjuang meningghikan syhiar Islam di tanah Arab?

Hanya didalam masa yang singkat sahaja Nabi kita telah berjaya mencipta keagungan empire Islam di duniaa Arab dan di sekitarnya.

Boleh dikatak berjaya menguasai tiga suku bahaghian dunia ini.

Disebabkan kesalahan dan kelekaan para pemimpin Islam sesudah nabi wafat?Di mana dilihat bahawa para pemimpin Islam itu sendiri leka dengan lantunan dek buaian kemewahan sendiri dan menghambur wanga negara dengan cara yang membazir dan salah.


Sekaligus dilihat tidak tahu menguna dan menjaga nikmat yang telah Allah swt berikan itu? Akirnya empire  Islam yang begitu gah?Akhirnya jatuh satu demi satu,runtuh satu demi satu dipersada dunia.

Justeru itu,tidakkah kita semua  berharat untuk mendirikan semula keagunagan empira Islam yang telah runtuh itu? Kita mulakan dengan Malaysia dulu kemudian di tempaty-tempat lain pula?

Jika anda semua mahu itu terjadi? Ia boleh terjadi? Dengan syarat Penganut Islam mesti bersatu semula dalam satu wadah dan dan patuh dengan laranga Allah Swt dan melakukan dengan tekun dan penuh khusyuk segala perinta dan suruahan Allah swt. Taufik dan hidayahNya akan menyusul kemudian.

Orang Islam di dalam Pas,dan di PKR mesti pulang ke pangkalan jalan .Pulang keribaan Umno semula.Orang-orangUmno pula seharusnya tidak boleh terus membuat kesimpulan pulangnya mereka ke ribaan Umno? Bukan pulang sireh ke gaggang?

Tetapi kepulangan mereka itu kerana keinsafan yang tulus ikhlas, bahawa jika Melayu sama Melayu terus berpecah-belah? 

Yang jadi manghsa ialah kepada Melayu itu sendiri.Akan jadi dagang di negara sendiri? Sedangkan bangsa asing bertepuk tangan dan bersorak sorai kesukaan melihat Melayu dah bewjaya mereka pecah belahkan.

Hanya menunggu masa sahaja untuk mereka perintah dan menjajahnya.Ibarat kejayaan dah berada di ambang pintu cita-cita dan harapan mereka.

Umno  dan pengikiut-pengikutnya harus mengakui bahawa Umno kini sudah tidak punya (bargin power) lagi semacam dulu. Justeru itu Umno harus membuat adjustment yang baru cara wasatiah terhadap orang-orang yang mahu diajak jadi kerabat barunya di perjalaan agar Melkayu itu tidak akan hiklang di dunia ini?

Buat apa masih berlgak sombong dan bongkak? Tetapi kalah banyak kerusi di dalam parlimen dan ADUN di beberapa negeri di Malaysia? Terjadi dari satu PRU ke PRU yang lain pada PRU ke-12 dan PRU ke-13 dah kalah teruk?

Kerusi-kerusi di Palimen dilihat jadi semakin mengurang. Tidak mencukupi dua pertiga dari jumlah kerusi parlimen Malaysia yang berjumlah 222 kerusi?

Fikir-fikirkanlah tentang situasi yang sangat berbahaya ini?Ianya merupakan isu yang sangat besar memerlukan tindakan yang luar biasa sifatnya untuk dipulihkan semula? Umno jangan jadi bodoh sombong tak boleh diajar. Pandai tak boleh dibuat ikhtibar?

Di dalam tulisan ini ada penulis hiaskan sebanyak 11 keping gambar pemimpin-pemimpin Umno yang merupakan gelaran (TOP 11) kecuali Mahathir. Jumlah tokoh-tokoh ini? Lebih satu dari nama-nama (Top 10) tokoh-tokoh niaga yang bertaraf billioner di Malaysia.Mereka yang 11 orang ini adalah harapan bangsa di hari muka Malaysia.

Kerana mereka kini adalah tenaga penting yang boleh memberi  apa sahaja warna kepada bangsa Melayu di Malaysia ini. Mereka menjadi tenaga-tenaga kuat yang diharapkan oleh rakyat Melayu Umumnya di Malaysia.

Bertindaklah sesuai dengan kata-kata yang pernah dilafaskan oleh pemimpin besaer German yang bernama Hitler. 

"Demi kecintaan dan kesayangan aku pada negara ku German dan bangsaku German.Aku sanggup menanda tangani apa sahaja perjanjian dengan siapa sahaja?

"Demi kecintaanku pada negaraku German dan bangsaku German,aku sanggup melanggar roboh apa sahaja segala perjanjian yang telah aku tanganni dengan sesiapa sahaja," 

Itulah, sumpah setia Hitler terhadap negara dan bangsanya German yang sangat-sangat penulis kagumi dan sentiasa berada di dalam lobok hati  penulis,anak kelahiran Melaka,negeri bertuan yang punya panglima purba yang agung,berketurunan panglima  Hang Tuah yang pernah bermadah, "Tak Melayu akan hilang di dunia?" (Posted by abnmulya //Haji Abu Bakar Ninggal. blogspot.com at 18 19 hrs on May 17,2015.

Saturday, May 16, 2015

Najib hargai sokongan,kesetiaaan UMNO Johor

17 Mei 2015 1:26 AM
Perdana Menteri Menteri Malaysia ke-6 negerawan ulong dan terbilang walaupun baru memegang jawatan PM lebih kurang hanya baru 6 tahun.Jika hingga 22 tahun? Malaysia akan jadi makmor dan damai.

JOHOR BAHRU 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan penghargaan atas pemuafakatan dan kesetiaan Badan Perhubu­ngan UMNO Johor kepada beliau sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, ‘cara Johor’ itu ditunjukkan dalam pertemuan dengan barisan kepemimpinan UMNO Johor malam tadi yang kemudian menyatakan sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui pentadbiran negara.

‘‘Sokongan orang Johor bukan sokongan membawa rebah, sebab kadang-kadang ada juga soko­ngan yang membawa rebah. Sokongan orang Johor dengan memberi peringatan kepada saya.

''Dengan maklumat timbal balas, ada isu dalam kalangan rak­yat yang perlu ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana,’’ katanya pada majlis Penyerahan Projek PPR Melana Indah Fasa I kepada kerajaan negeri dan me­lancarkan projek PPR Sungai Mela­na Fasa II, di sini hari ini.

Najib menyifatkan ‘cara Johor’ menjadikan negeri ini kubu kuat serta tulang belakang kepada UMNO walaupun politik negara tidak pernah sunyi daripada cabaran dan permasalahan.

Sementara itu, di Klang, Maj­lis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor hari ini menyuarakan sokongan padu kepada kepemimpinan Najib dan mahu beliau terus menerajui kerajaan.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, Najib merupakan antara Perdana Menteri terbaik kerana telah mencapai ba­nyak kejayaan antaranya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata, Mubarak akan menyusun strategi untuk membantu BN merampas semula Se­langor daripada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar pula menegaskan, sesebu­ah negara itu hanya boleh ditadbir oleh seorang ketua dan setiap rakyat pula perlu memainkan peranan seperti yang diharapkan.( Utusan on line-politik).Posted by abnmulta / Haji abu bakar ninggal.
blogspot.com.at 11.02 am on May 17,2015.

Friday, May 15, 2015

Tindakam Kit Siang melampau-Haron Din

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB @ 16 Mei,2015 1.36am.


Dr,Haron Din (kiri) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Ahmad Yakob selepas Majlis Perasmian Kuliah Darussyifa di Kias, Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/ JAZALY AMRY JAAFAR 

KOTA BHARU 15 Mei - tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak menghormati sensitiviti serta perjuangan Pas apabila ‘mengajar’ dan ‘menyanggah’ pelaksanaan hukum hudud di negeri ini dianggap amat melampau, sekali gus mencerminkan akhlak sebenar pemimpin DAP itu. 

Penegasan itu dinyatakan Murs- yidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sambil menyifatkan tindak-tanduk pemimpin DAP itu telah melukakan hati pemimpin serta rakyat di negeri ini yang sekian lama menantikan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

“Saya hendak bertanya dahulu, adakah boleh diterima pada akal dan amalan yang paling minimum sekalipun apabila kita berada di rumah seseorang hamba Allah, kita menyebut perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah. Adakah itu akhlak baik atau tidak?

“Kelantan adalah kubu kuat Pas, negeri yang akan melaksanakan hudud, elokkah pada moral mana-mana bangsa atau kelompok masyarakat sekalipun apabila ma- suk negeri itu (Kelantan) dan menyebut perkara tidak baik (persoal hudud) di hadapan tuan rumah.

“Kalau kata baik silakan, bagi saya tindakan itu sangat tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kuliah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Dalam ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, di sini Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Sementara itu, Haron turut menasihati sesetengah pemimpin dalam kalangan parti itu supaya tidak berterusan melakukan perkara yang bertentangan dengan perjuangan parti.

Katanya, tindakan seperti itu hanya akan merosakkan hubungan sesama sendiri selain menambah masalah sedia ada di dalam parti.

“Saya nasihatkan pada diri dan semua ahli Pas, jangan sesekali kita melakukan tindakan yang boleh merosakkan hubungan sesama kita, selain tidak menambah masalah baharu yang sengaja kita buat. 

“Kita juga jangan membuat tindakan yang boleh mengganggu sensitiviti umat Islam, antaranya perkara yang melibatkan hukum Allah (hudud). Perkara itu amat sensitif.

“Kalau sokong (hudud) kita membantu, kalau menentang, kita telah membuat sesuatu yang sangat melukakan hati umat Islam. Saya nasihatkan jangan tambahkan kelukaan hati yang sedia ada,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu B akar Ninggal.b logspot.com.at 12.04 noon May,16,2015.

Dakwaan Mat Sabu itu,tak lebih dari hanya nak sedapkan hatinya yang sedang gundah gulana




Oleh Haji Abu Baakar Ninggal
Jumaat,Mey 15 @ 6.33 pm.


JAWAPAN Mat Sabu kepada pemberita tentang peluang beliau untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas pada pertandingan pada bulan June depan itu?

Adalah merupakan jawapan yang tidak lebih dari untuk menyedapkan hati beliau yang kini boleh dikatakan sedang gundah gulana sama ada beliau akan tersingkir dari jawatan itu dengan jumlah undi yang begitu kecil akan dimilikinya.
Mampukah Mat Sabu mempertahankan jawatan
 Tim.Presiden Pas pada Muktamar Pas pada bulan
June 2015 ini?

Jawapan yang merupakan taktik perang saikologi politik( perang ureat saraf) terpaksa Mat Sabu zahirkan kononnya beliau akan menang 100%.

Kenyataannya itu telah pun disiarkan oleh portal Malaysiakini pada jam 10.32 pagi,hari ini,tanggal (15/05/2015).

Kenyataan politik oleh Mat di portal Malaysia kini itu adalah kenyataan Mat Sabu yang sok sendiri.? 

Ia,sangat melulucukan dan mengelikan hati penulis khasnya dan mungkin juga pada para penyokong Pas itu sendiri di seluruh Malaysia.

Kalau ikut hukum akal yang lazim?Dakwaan Mat Sabu itu sungguh mustahil jadi kenyataan yang hakiki dan ianya tidak diterima oleh akal yang sihat. 

Macam mana logiknya Mat Sabu akan boleh menanag 100%? Sedangkan bahagian-bahagian kawasan parti Pas yang telah mencadangkan nama beliau hanya beberapa buah bahagian Pas sahaja?

Sebenarnya jawapan yang diberikan oleh Mat Sabu itu? Bersifat perang saiklogi untuk menyedapkan hatinya SENDIRI yang kini dilihat semacam dah jadi begitu gundah gulana.

Gundah gulana kerana beliau sendiri dah sedar dan dah dapat merasakan bahawa sebilangan besar para perwakilan Pas yang akan hadir di Mutamar Pas, pada bulan Jun 2015 itu nanti, bertekad kuat untuk mengenyahkan Mat Sabu dari sebarang jawatan AJK parti Pas yang akan dipilih pada Mesyauarat gong Pas.

Ini, disebabkan kebelakangan ini,iaitu sejak hubungan Mat Sabu rapat dengan Guan Eng?Didapati sikap politik Mat Sabu dilihat sering bertentangan dengan sikap dan dasar Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau dilihat semacam dah tak begitu mesra lagi dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan sering bertentangan pendapat pula dengam boss-nya itu.

Contohnya?Jika Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,selaku Presiden Pas buat kenyataan politik yang merupakan menghentam DAP atau PKR?

Mat Sabu dilihat dengan serta merta,pantas seperti kilat,akan mengatakan itu adalah kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu kononnya bersifat pribadinya dan kononnya bukan kenyataan politik yang mewakili parti Pas itu sendiri.Kenyataan Mat Sabu seperti tersebut di atas itu?

Sesungguhnya secara otomatik dilihat bahawa Mat Sabu semacam menghina Presiden Pas itu sendiri.Amalan Mat Sabu ini? Sesungguhnya telah melanggar etika senioriti di dalam parti Pas itu sendiri? Ia ,merupakan kesalahan yang besar dan ia tidak dapat dimaafkan oleh AJK Pas yang lain-lain.Disebabkan Mat Sabu dah lawan bossnya.

Sikapnya itu(Mat Sabu) boleh  dianggap melampau sekalihus mempamirkan sikap tidak tahu hormat pada ketuanya yang punya banyak authoriti  mengeluarkan sebarang statement (kenyataan)politik tanpa dirundingkan pada AJK pusat parti.

Dalam isu Guan Eng  menuduh kononnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  sebagai pengkhianat dan tidak bermaruah dalam berpolitik? Mat Sabu juga dilihat hanya berdiam diri aje dan tidak ada dilihat beliau ada menegur sikap yang telah dipamirkan oleh Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang itu.

Sedangkan Ketua Mursyidul Am Pas yang bijaksanaa, Tuan Guru Dr.Haron Din menentag keras perkataan-perkataan yang telah digunakan oleh Guan Eng terhadp Hadi awang dengan mengatakan  bahawa budak-budak kecil pun tidak sanggup kurang ajar pada Tuan Guru Hadi Awang? 

Tetapi ianya telah dilakukan oleh Guan Eng ,seorang Setiausaha Agong DAP ( Belum disahkan oleh ROS) seharusnya mesti pandai belajar menghormati Tuan Guru Hajai Abdul Hadi Awang,seorang ulama' besar di Malaysia dan tersohor di negara-negara Islan di dunia terutama di negara Islam di Timur tengah.Lim GUan Eng dan Lim Kit Siang siapa? Tak lebih sebagai jagoh politik kampungan aje.

ISU CERAMAH KIT SIANGA DIKOTA BAHARU TENTAG HUDUD.

Kemudian dalam masa dua tiga hari ini pula? Kenyataan Mat Sabu menyokong Lim Kit Siang dalam isu hudud di dalam ceramahnya di Kota, Baharu,Kelantan baru-baru ini? 

Sikap Mat Sabu mem pertahan kan ucapan Lim Kit Siang itu? Semakin membuatkan penyokong-penyokong Pas di perengkat Pusat dan para perwakilan Pas bertambah meluat melihat gelagat Mat Sabu akhir-akhir ini.

Menurut mereka Mat Sabu yang dulunya jadi (Ayam Tambatan) Pas?Kini dah bertukar sikap dan membelakangkan idelogi tulin yang menjadi dasar-dasar perjuangan Pas,iaitu  berusaha untuk memertabatkan syair Islam di Malaysia ini?

Tetapi Mat Sabu dilihat sebaliknya? Secara terus terang dilihat telah  membelakangkan dasar-dasar Pas untuk memertabatkan syair Islam, di Malaysia ini,seperti mana yang telah termaktup di dalam Perlembagaan Malaysia telah mencatatkan bahawa  (agama Islam ) itu? Adalah agama rasmi bagi ( Persekutuan Tanah Melayu).

Posted by abnmulya /Haji abu bakar ninggal. blogspot,com at 1833 hrs on May 15,2015.

Wednesday, May 13, 2015

UMNO Kelantan sokong Najib

14 Mei 2015 1:52 AM 

KOTA BHARU 13 Mei – UMNO Kelantan sepakat untuk memberi sokongan penuh terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan segala isu serta ancaman yang diterima.
Datuk Seri Najib Tun Razak

Ketua Penerangannya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, beliau bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri akan terus menyokong sebagaimana mandat dan kepercayaan yang pernah diberikan sebelum ini.

“Beliau (Najib) mendapat mandat besar daripada rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, kenapa menyuruh beliau berhenti disebabkan ada masalah, sedangkan semasa pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu juga lagi besar masalah.

“Tun Dr. Mahathir dulu pinda Perlembagaan, raja, institusi Melayu pun dia bantai tetapi kita tetap pertahankan dia sebab kita tahu dia berniat baik.

Datuk Md Alwi Che 
Ahmad
Sama dengan Najib, bagi peluang untuk dia mempertahankan jawatan dan UMNO Kelantan sepakat bersamanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan bekas Perdana Menteri itu supaya Najib berundur daripada jawatannya disebabkan pelbagai isu yang timbul.

Menurut Md. Alwi, tindakan Dr. Mahathir dilihat tidak adil kepada UMNO dan seolah-olah mahu menghancurkan parti keramat orang Melayu itu.

“Tun Dr. Mahathir tidak berlaku adil kepada UMNO, kalau dia keluar dari UMNO sekalipun, dia belum tentu boleh masuk balik, jangan keterlaluan.

“Kalau tidak setuju, Tun (Dr. Mahathir) boleh tegur tapi dengan cara baik. Mana ada orang tidak ada masalah, zaman pemerintahan dan perjuangan Nabi dulu pun ada masalah,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 7.59 am on May 14,2015.