Wednesday, May 13, 2015

UMNO Kelantan sokong Najib

14 Mei 2015 1:52 AM 

KOTA BHARU 13 Mei – UMNO Kelantan sepakat untuk memberi sokongan penuh terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan segala isu serta ancaman yang diterima.
Datuk Seri Najib Tun Razak

Ketua Penerangannya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, beliau bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri akan terus menyokong sebagaimana mandat dan kepercayaan yang pernah diberikan sebelum ini.

“Beliau (Najib) mendapat mandat besar daripada rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, kenapa menyuruh beliau berhenti disebabkan ada masalah, sedangkan semasa pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu juga lagi besar masalah.

“Tun Dr. Mahathir dulu pinda Perlembagaan, raja, institusi Melayu pun dia bantai tetapi kita tetap pertahankan dia sebab kita tahu dia berniat baik.

Datuk Md Alwi Che 
Ahmad
Sama dengan Najib, bagi peluang untuk dia mempertahankan jawatan dan UMNO Kelantan sepakat bersamanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan bekas Perdana Menteri itu supaya Najib berundur daripada jawatannya disebabkan pelbagai isu yang timbul.

Menurut Md. Alwi, tindakan Dr. Mahathir dilihat tidak adil kepada UMNO dan seolah-olah mahu menghancurkan parti keramat orang Melayu itu.

“Tun Dr. Mahathir tidak berlaku adil kepada UMNO, kalau dia keluar dari UMNO sekalipun, dia belum tentu boleh masuk balik, jangan keterlaluan.

“Kalau tidak setuju, Tun (Dr. Mahathir) boleh tegur tapi dengan cara baik. Mana ada orang tidak ada masalah, zaman pemerintahan dan perjuangan Nabi dulu pun ada masalah,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 7.59 am on May 14,2015.

No comments: