Tuesday, May 12, 2015

Kenapa mesti diadakan pilihan raya baru ada apa keperluanya?




Rabu,Mei 13,2015@ 9.23 am.


Mat Sabu menerusi portal media sosial Harakah Dailynet tanggal 12/05/2015 dan hingga hari ini pun iaitu pada tanggal 13/05/2015 dilihat ada menggesa Datuk Seri Najib membubarkan parlimen dan segera mengadakan satu pilihan raya umum tergempar akibat ujudnya kemelut politik yang sedang berlaku antara Mahathir dan Datuk Seri Najib yang sedang menyandang jawatan Perdsana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sesunggunya desakan Mat Sabu itu sangat tidak releven sifatnya dan hanya jadi bahan ketawa oleh seluruh rakyat Malaysia. Hanya disebabkan kemelut politik yang begitu kecil oleh Mahathir Mohamad dan konco-konconya terhadap Najib? Maka satu pilihan raya umum tergempar harus diadakan?
Mat Sabu,Tim.Presdiden Pas.

Justeru itu,maka Mat Sabu dilihat ada mendesak PM agar segera adakan satu pilihan raya umum yang baru dengan segera.

Kononnya,dengan berbuat demikian? Maka pada hemat Mat Sabu bahawa rakyat Malaysia akan dapat membuat pilihan baru untuk memilih dan menobatkan para pemimpin negara yang baru yang menjadi kesukaan rakyat.

Masa matangnya tempoh PRU ke-13 yang berlngsung pada 5 hb.Mei 2013 dulu itu masih jauh lagi iaitu lebih kurang 3  tahun yang akan datang ini iaiitu pada tahun 2018.

Tidakkah Mat Sabu sedar bahawa yang menimbulkan kemelut politik ke atas Najib itu? Hanya oleh Mahathir dan konco-konconya yang sangat kecil bilangannya?

Jumlahnya boleh dihitung dengan jari aje berbanding dengan rakyat Malaysia kini dah berjumlah hampir 30 juta ramainya.Kenapa Mat Sabu mahu menyebelahi kehendak komplot minoriti berbanding dengan golongan suara majoriti?

Tak pernah terjadi di dalam sejarah dunia di negara-negara yang sedang mengamalkan sistem demokrasi.Kehendak dan kemahauan golongan minoriti dilihat dapat layanan yang istimewa?

Apakah Mat Sabu ada kepentingan atau pun terlibat menjadi salah seorang regu dengan golongan yang mengujudkan kemelut politik terhadap Datuk Seri Najib itu?

Sedangkan rakyat tak terlibat apa-apa pun dalam isu kemelut politik antara Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Najib itu:

" Depa nak bergaduh ke? Lantaklah mereka.Rakyat tak kisah. Rakyat hanya nak teruskan kehidupan mereka? Rakyat harus kena kerja kuat untuk menyara kehidupan keluarga mereka.Nak cari makan mesti kena kerja keras," ujar kebanyakan rakyat Malaysia bila ditanya tentang isu kemelut politik itu.

"Mereka bergaduh ke? Nak bercium ke? Kami tak kisah pun. Jangan libatkan kami dan kami tak ada kena mengena dengan kemelut politik mereka itu?

"Kenapa mereka berkemelut politik? Itu mereka punya fasal.Kami tak kisah  Kalau mereka tahu pun tak apa? Kalau mereka tak tahu pun tak apa," kata kebanyakan rakyat Malaysia bila ditanya-tanya tentang isu kemelut politik terjadi di dalam negara ini.

Justeru itu, apakah manfaatnya untuk diadakan satu pilihan raya umum yang mengejut wahai En Mat Sabu? Jangan cepat-cepat libatkan rakyat ketika kamu sedang bergaduh sesama sendiri.Rakyat ada mata dan ada telinga dan sentiasa memerhatikan tindak tanduk kamu itu.

Zaman  ahli-ahli politik nak cuba nak bodoh-bodohkan rakyat sesuka hati dah lama berlalu.Lama dah berlalu...tidak macam pada masa pra kemerdekaan dulu itu.

Rakyat masih banyak yang tidak berpelajaran tinggi.Kini dah sangat ramai yang berpelajaran tinggi.Rakyat lebih cerdik dari setengah-setengah pemimpin politik tanah air yang kini sedang jadi wakil rakyat (MP) baik di parlimen atau  ADUN di setiap negeri atau pun yang sedang jadi Menteri,Menteri besar,Ketua Menteri atau pun senator di Dewan Negara.

Ustaz Tuan  Ibrahim Tuan Man
Desakan Mat Sabu itu didapati sungguh tidak releven dan cadangan yang tidak bernilai dan tidak ada apa-apa manfaat pada kehidupan rakyat biasa seharian.

Desakan Mat Sabu itu hanya jadi bahan ketawa oleh seluruh rakyat Malaysia. Mat Sabu tak ada idea lain ke? Rakyat Malaysia ini Mat Sabu fikir tak ada kerja lain yang lebih mustahak untuk  dikewrejakan ke?

Ada sedikit masalah? Desak nak bubar parlimen dan satu pilihanraya harus di adakan.

Apakah Mat Sabu fikir mengadakan satu-satu pilihan raya itu kerja main-main budak-budak ke?.Jika satu-satu pilihan raya yang telah diadakan untuk rakyat itu masih belum habis tempohnya?Apa perlu mesti adakan pilihan raya baru? Menyusahkan rakyat aje.Satu desakkan yang sangat karut-marut sifatnya.

Tidakkah Mat Sabu yang kini sedang memegang jawatan Timbalan Presiden Pas,satu-satu jawatan yang tinggi di dalam sesebuah parti.Tapi cadangan Mat Sabu itu qualitinya tidak bernilai tinggi? memalukan parti pas aje.

Tidakkah Mat Sabu sedar bahawa desakan beliau itu tiada logik hanya akan membazir dan akan menghabiskan wang negara semata-mata.

Sudahkan Mat Sabu membuat kira-kira bahawa untuk mengadakan satu pilihan raya umum yang baru?Ianya akan memerluka ongkos kewangan "ratusan juta ringgit"terpaksa dikeluarkan oleh rakyat dan negara?

Diingatkan pada Mat Sabu! Jika hendak membuat satu-satu cadangan itu? Hendaklah logik dan releven sifatnya. Anda itu kini Timbalan Presiden Pas se Malaysia. Bukan tokoh kecil. Selaku tokoh besar parti Pas?

Maka segala cadangan dari anda mestilah besar juga dan manfaatnya untuk rakyat pun harus besar juga untuk rakyat. Itulah yang dikatakan idea yang suoer top.Jika Mat Sabu terus berfikir begini?

Namapaknya tak ada peluanglah Mat Sabu akan dipilih semula sebagai TimbalanPresiden Pas, pada pemilihan parti Pas pada bulan Jun ini? Peluang Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat begitu cerah sekali untuk mengalahkan Mat Sabu..( Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blospot.com.at 9.23 am on Mei 13,2015.

No comments: