Sunday, April 30, 2017

Usul Tamatkan Tahaluf Siyasi Pas Dengan PKR Dilulus Sebulat Suara

PARA perwakilan berdiri sambil melaungkan "setuju" sebanyak tiga kali sebagai menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi Pas dengan PKR. - UTUSAN ONLINE  
NURULANUAR MANSOR
April 30,2017 @ 8.19pm.               

ALOR SETAR 30 April - Usul menamatkan tahaluf siyasi Pas dengan PKR diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan di Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah,

Kota Sarang Semut dekat sini sebentar tadi. < Usul berkenaan dibentang oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Zulkifli Ismail dan disokong oleh wakil Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam pembentangannya, Zulkifli memberikan sebab pengkhianatan PKR terhadap Pas sebagai kepada usul yang dibawa oleh 21 kawasan serta Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas Pusat sebelum ini.

Zulkifli turut mendakwa PKR cuba mewujudkan gelombang sekular sosialis yang disifatkan sebagai sangat berbahaya.

Lebih 1,000 perwakilan termasuk kepemimpinan tertinggi parti berdiri lalu menyatakan 'setuju' sebanyak tiga kali bagi meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi bersama PKR berkenaan apabila ditanya oleh Pengerusi Tetap, Hussin Ismail. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1259am on Mei 01,2017)..

Saturday, April 29, 2017

PUNCA PAS TOLAK DAP,PPBM

MUKTAMAR PAS KE-63 

SEBAHAGIAN daripada perwakilan yang menghadiri Majlis Perasmian SEBAHAGIAN daripada perwakilan yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-63 di Kompleks Pas Kedah semalam. 

29 April 2017 11:45 PM 

ALOR SETAR 29 April – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip berasaskan kaum itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, majoriti penduduk Malaysia juga adalah orang Islam sebab itu dalam sebuah negara pelbagai kaum mesti menghormati semua kaum.

“Apabila dia (DAP) fahaman 'cauvinisme’ yang teras tujuannya ialah untuk satu kaum tanpa menghormati kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita (Pas),’’ kata pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-63 di sini, hari ini.

Mengenai Parti Pribubumi Bersatu Malaysia (PPBM) Abdul Hadi berkata, Pas telah menetapkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan parti tersebut.

“Kita tidak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, PPBM tak ada ketentuan arah kerana pemimpin kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tak ada hubungan dengannya,” kata beliau.

Ditanya mengenai tindakan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, beliau berkata, perkara itu akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Syura. 

“Hubungan itu mestilah tidak melanggar rukun dan perjua­ngan Pas dalam memperjuangkan Islam. Jika bercanggah kita akan mengambil tindakan (putus).

Selain itu, parti yang bekerjasama dengan kita mestilah hormat menghormati dalam sesuatu perbezaan,” katanya. Abdul Hadi turut menjelaskan, sasaran parti itu untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan lima negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak 'ekstrem' jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang ditandingi PAS.

“Kita adalah parti yang berpijak di alam nyata. Kita ada 195 kawasan dari 222 kerusi Parlimen, jadi 40 kerusi itu tidak ekstrem dan munasabah, parti lain tak ada kawasan dan cawangan dan mereka sebelum ini bergantung dengan Pas,” katanya.( (UTUSAN ONLINE-POLITIK).pOSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1318 HRS ON A
PRIL 30,2017

Perbahasan Muktamar Tahunan Pas ke-63 Bermula Dengan Sedih

April,30,2017 @ 9.09 am.
MUKTAMAR Tahunan Pas ke-63 bermula dengan taklimat mengenai kejadian ribut yang melanda Kompleks Pas Kedah semalam oleh Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

ALOR SETAR 30 April - Perbahasan Perbahasan Muktamar Tahunan Pas ke-63 ekoran kejadian ribut yang melanda tapak ekspo di Kompleks Pas Kedah lewat petang semalam.

Sesi perbahasan dimulakan dengan taklimat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai kejadian yang menyebabkan 18 orang cedera tersebut.

Takiyuddin memberitahu, kejadian tersebut merupakan kejadian yang tidak dijangka, namun, tindakan pantas Badan Amal Pas berjaya mengawal keadaan dan membantu mereka yang terlibat. 

"Seramai 3,000 orang berada di kawasan sekitar Kompleks Pas Kedah itu semasa kejadian berlaku. 

"Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka," katanya dalam ucapan yang disampaikan sebelum perbahasan bermula. 

akiyuddin juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam kejadian itu terutamanya Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, petugas Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal .blogspot.com at 1249 noon on April 30.2017.

Jangan Terpengaruh Hasutan "Kelawae Politik"

30 April 2017 12:20 AM 

Ahmad Zahid Hamidi
KOTA KINABALU 29 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak tindakan beberapa pemimpin pembangkang di negeri ini yang mendakwa kononnya kerajaan Pusat telah merampas hasil minyak Sabah dan hanya memberikan lima peratus ro­yalti kepada kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, individu-individu tersebut umpama ‘kelawar politik’ yang hanya muncul ketika musim pilihan raya untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Beliau berkata, pemimpin Pusat tidak pernah mengabaikan Sabah, malah kerjasama erat dengan kerajaan negeri terbukti apabila ba­nyak peruntukan diumumkan untuk negeri ini demi pembangunan dan kemakmuran rakyatnya.

 “Apabila musim buah-buahan tiba, kelawar-kelawar politik ini mula muncul kerana terhidu bau buah, mereka akan mengambil kesempatan dan selepas musim buah, semuanya hilang.

Ahmad Zahid berkata, kela­war-kelawar politik itu turut membawa slogan Sabah untuk Sabahan yang bermatlamat supaya rakyat negeri ini terhasut dengan kepercayaan bahawa hak-hak mereka telah dirampas.

“Saya datang dari Semenanjung bukannya mahu ambil Sabah kerana Sabah memang untuk rakyat Sabah. Tolak orang-orang ini, berikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai pengajaran kepada mereka,” tegas beliau.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 11.48am on April 30,2017.

ISU FOREX : ANWAR MAIN SANDIWARA

 Abdul Razak Idris :29 April 2017 3:00 AM

SHAH ALAM 28 April – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kesalahan ke atas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung isu skandal kerugian Bank Negara melalui aktiviti spekulasi mata wang yang berlaku sekitar 1990-an seolah-olah satu sandiwara politik bagi melindungi pihak pembangkang.

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, kenyataan Anwar itu dianggap pelik kerana Penasihat PKR yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengaitkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin
sebagai individu bertanggungjawab di sebalik skandal tersebut.

“Namun, hakikatnya Anwar dikatakan telah mengu­bah kenyataannya ketika memberikan keterangan da­lam siasatan kerugian Bank Negara itu. Kenyataan terbaharu Anwar itu bagaikan petanda bahawa beliau boleh berubah-ubah mengikut ke­sesuaian politiknya selain berkemungkinan telah me­nerima Dr. Mahathir (sebagai sekutu politik).

“Sudah menjadi kebiasa­an apabila kita mendengar kenya­taan yang diubah-ubah. Rakyat mungkin tidak percaya jika kenyataan yang dikeluar­kan adalah tidak konsisten dan mencurigakan.
Photo Anwar Ibrahim pada perengkat awal ditendnag
oleh Mahathir dari jawatan TPM,dari Menteri
Kewangan dan sekaligus dari Tim.Presiden dan
 keahlian Umno. Dah lupa kah Beb? Kerana you
 banyak penyokong2 you dilokap,dipenajarakan 
dan disembur dengan pancutan air gas oleh 
polis rusuhan di ibu kota Kuala Lumpur.Sanggup
 you bersandiwara lagi? (pengarang abnmulya).
 .

“Saya mengandaikan inilah sandiwara politik yang cuba dimainkan untuk menjuarai hati rakyat agar dapat menutup kebatilan silam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada tahun 1993, Anwar menafikan kerugian Bank Negara akibat perdagangan mata wang itu ketika memberikan maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Parlimen.

Namun, setahun selepas itu, Anwar memberitahu Parlimen bahawa apa yang berlaku membabitkan Bank Negara itu melibatkan kerugian kecil sahaja dan hanya ‘atas kertas’.

Walau bagaimanapun, menerusi satu forum di Pulau Pinang pada tahun 2012, Anwar menukar ceritanya pula dengan memberitahu bahawa kerugian itu berjumlah AS$10 bilion (RM43.4 bilion) dan turut menamakan tiga individu terlibat termasuk Dr. Mahathir dan Daim.
(Utusan online).).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1459 hrs on April 29,2017.

PAS MANTAPKAN GAGASAN SEJAHTERA,BLOK KETIGA POLITIK HADAPI PRU-14.

MUKTAMAR PAS KE-63.

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) ke -63 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar SAFRIZAL AZMI
April 29,2017 @ 2.59 pm.

ALOR SETAR 29 April - Meneruskan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) sebagai siasah PAS mendepani politik negara, parti itu hari ini menegaskan akan memantapkan kerjasama dengan sekutu Gagasan Sejahtera, blok ketiga parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gerakan Gagasan Sejahtera akan diperkemaskan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, bekas pegawai tinggi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Merujuk suasana politik semasa yang sarat dengan bicarawara PRU14, berikutan mandat tempoh kerajaan sedia ada akan tamat Jun 2018, beliau berkata agenda pemantapan Gagasan Sejahtera yang lebih sistematik dan kemas akan dirangka dalam masa terdekat ini.

Mengulangi pendirian asas perjuangan parti yang berlandaskan syariat Islam, beliau mengingatkan masyarakat tentang bahayanya mereka memilih parti yang secara terang-terangan menentang syiar Islam kerana ia merupakan ancaman besar terhadap negara yang boleh memecahbelahkan rakyat berbilang kaum.

"Mereka (parti politik tersebut) saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.

"Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan `Islam sebagai Agama Persekutuan''," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan wakil daripada beberapa parti politik dan pemerhati luar negara.

Dalam ucapan dasar bertema "Sejahtera Bersama Islam", Abdul Hadi turut menyelar kalangan umat Islam yang begitu teruja diri dipermainkan oleh mereka yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam.

Menegaskan BPMS berkesan dalam masyarakat yang bencikan budaya keras, kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, beliau memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak memaksa dan mengugut PAS dalam menyatakan pendirian, terutama yang melibatkan strategi politiknya.

Beliau menegaskan Pas hanya menentang sikap cauvinis dan perkauman sempit yang dimainkan parti tertentu. Bercakap pada sidang media kemudian, Abdul Hadi berkata, Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Majoriti penduduk Malaysia juga adalah orang Islam, sebab itu dalam sebuah negara pelbagai kaum mesti menghormati semua kaum. Apabila dia (DAP) membawa fahaman "cauvinisme" yang teras tujuannya ialah untuk satu kaum tanpa menghormati kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita (PAS) , " katanya.

Abdul Hadi memberi contoh tentang usul persendirian rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi.

Mengenai konsep Gagasan Sejahtera, beliau berkata, ia adalah gagasan baharu yang lebih bersifat setiakawan dan melibatkan parti-parti politik, NGO dan tokoh-tokoh pelbagai kaum dan masyarakat majmuk, dengan menonjolkan Islam sebagai penyelesai masalah menerusi pendekatan politik, ekonomi dan sosial.

"Ini yang perlu kita pertimbangkan melalui politik matang dan sejahtera. Ia sebagai satu alternatif kepada pakatan yang pernah kita (PAS) adakan apabila ada rakan-rakan politik yang tak menghormati pendirian Islam yang kita bawa," katanya.

Pada 16 Mac tahun lepas, Pas mengumumkan membentuk blok ketiga politik dengan Ikatan, sebuah parti pelbagai kaum pimpinan Abdul Kadir.

Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata, Pas telah menetapkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti, pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita tak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi tak ada ketentuan arah kerana pemimpin kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tak ada hubungan dengannya," katanya.

Mengenai PRU14, Presiden Pas itu berkata, sasaran untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan lima negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pahang -- pada PRU14 adalah tidak "ekstrem" jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang ditandingi PAS.

 "Kita adalah parti yang berpijak di alam nyata. Kita ada 195 kawasan dari 222 kerusi Parlimen, jadi 40 kerusi itu tidak ekstrem dan munasabah, parti lain tak ada kawasan dan cawangan dan mereka sebelum ini bergantung dengan PAS," katanya.( Utusan online).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1646 hrs on April 29,2017.

PPBM TIADA ARAH TUJUAN--Abdul Hadi Awang


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) ke-63 di Kompleks Pas Kedah,-UTUSAN/

Safrizal Azmi Sharilfuddin Saari 
29 April 2017 1:07 PM 

ALOR SETAR 29 April - Pas telah membuat penilaian bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang tidak mempunyai arah tujuan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu, Pas mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PPBM.

"Pemimpin (PPBM), siapa 'imam' dan siapa 'makmum' pun kita tak tahu," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini, hari ini.

 Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man.  - UTUSAN ONLINE (posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1528 hrs on April 2,2017.