Dewan Rakyat lulus usul bahas filem Innocence of Muslims

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika meluluskan usul mengenai perkara tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkata, perbahasan mengenai filem itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan kepentingan ramai.
"Setelah meneliti perkata ini, saya dapati ia adalah perkara tertentu yang mempunyai kepentingan kepada orang ramai dan perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya meluluskan usul ini untuk dibahaskan mulai pukul 4.30 petang ini," katanya. - UTUSAN online-dalam negeri (Posted by abnm,ulya at2400 hrs on Septe,mber 25,2012.
No comments:
Post a Comment