KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz berkata tindakan yang dilakukan Persekutuan Persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) adalah “tidak salah” kerana
mereka memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
Jelas ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi, pertubuhan itu juga
adalah pertubuhan ahli pendidikan yang turut berkhidmat untuk negara.
“Mereka orang baik-baik ... yang memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
“Itu tak salah,” kata Nazri (gambar) selepas
menerima penyerahan memorandum yang diserahkan Pengerusi Dong Zong, Dr
Yap Sin Tian di pejabatnya di Parlimen hari ini untuk diserahkan kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dong Zong sebelum itu juga turut mengadakan demonstrasi di luar parlimen
dengan dihadiri sekitar 500 ahli persatuan tersebut.
Walaupun dalam keadaan hujan, mereka turut berarak dari Padang Merbuk
ke Parlimen dengan membawa sepanduk dan banner tertulis “Kempen
selamatkan pendidikan Cina”.
Ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini, Yap menegaskan isu pendidikan Cina di negara ini masih tidak diselesaikan.
“Kita telah berbincang dengan kementerian pelajaran termasuk
mengadakan sesi meja bulat dan mengemukakan memorandum serta berjumpa
Timbalan Menteri Dr Wee Ka Siong, namun masalah itu masih tidak selesai.
“Hari ini rombongan kami menyerahkan surat suara hati rakyat kepada
perdana menteri dan mengharapkan beliau akan mengambil tindakan
sewajarnya,” kata Yap.
Antara isi kandungan memorandum itu turut menyebut lapan masalah
utama yang perlu diselesaikan segera, antaranya adalah: masalah
kekurangan guru yang serius di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, petempatan
guru tidak berkelayakan bahasa Cina masih dihantar mengajar di sekolah
Cina, Sijil Peperiksaan Bersama sekolah persendirian yang tidak
diiktiraf, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah
pengelola sekolah, kesalahan surat kelulusan penubuhan Sekolah Menengah
Chong Hwa Kuantan supaya memenuhi keperluan sistem sekolah menengah
Cina, dan penibuhan sekolah Cina persendirian Segamat.
Mereka juga turut mengemukakan masalah peruntukan pembangunan yang
terlalu sedikit kepada SJKC dan masalah pelaksanaan mekanisme normal
penubuhan SJKC dengan menyediakan rizab tanah sekolah dan peruntukan
yang diperlukan untuk membina sekolah.
“Kami menyeru kerajaan melaksanakan dasar pendidikan kepelbagaian
budaya dengan memberi layanan adil kepada semua aliran sekolah.
“Ianya bagi memastikan kesinambungan bahasa ibunda suapaya negara
kita dapat menonjolkan keunikan masyarakat berbilang bangsa,
meningkatkan kemakmuran, kemajuan negara serta mengeratkan perpaduan,”
kata Yap lagi.
Dong Zong juga turut menyerahkan pendirian dan permintaan tujuh
pertubuhan Cina dalam isu pendidikan kepada wakil parti politik Pakatan
Rakyat (PR).
Wee dalam sidang media berasingan pula menegaskan, tidak semestinya
guru yang mengajar di SJKC perlu berbangsa Cina atas faktor
profesionalisme.
“Berkenaan guru tanpa sijil kelayakan Cina, ia kenyataan umum. Kita
tidak boleh letakkan semua guru berbangsa Cina di SJKC ... kita perlu
bersikap professional.
“Ribuan mereka yang mengajar di SJKC mengajar Bahasa Inggeris sejak sekian lama. Mereka dilatih berdasarkan kelayakan.
“Bagi Bahasa Melayu dan Inggeris, sekurang-kurangnya darjah satu
hingga tiga guru boleh bertutur dua bahasa, darjah empat hingga enam
guru mesti pilihan Bahasa Melayu atau Cina,” katanya dan menambah 100
guru yang dikeluarkan daripada sekolah Cina atas keputusan yang kita
buat.”(The Malaysian Insider).Postyed by abnmulya at 1.05 am on Sep.,27,2012.
2 comments:
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? kami juga menyediakan pinjaman akhir tahun, pinjaman untuk christmas pakej, tahun baru, seorang sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.
Am dari Indonesia saya memang seorang pengusaha sukses hari ini berkat Ibu Iskandar Lestari (ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM) saya telah kehilangan harapan dan terobosan finansial yang saya tunggu tidak akan datang saya mencoba untuk memohon kerabat dekat saya baik jauh maupun dekat tapi Sepertinya tidak ada yang datang untuk membantu saya
Jadi saya berdoa kepada Allah untuk memberi saya pertolongan karena saya hampir kehabisan pilihan pemikiran negatif mulai masuk ke dalam pikiran saya tapi tetap saja saya harus memaksa diri saya untuk mematuhi norma lingkungan dengan tidak mencuri.
Tapi pada hari yang menentukan saya memiliki kesempatan untuk mencari melalui internet jika saya dapat menemukan bantuan karena pinjaman ini berada di jalur belakang sehingga teman-teman saya telah memperingatkan saya bahwa ada begitu banyak penipu online.
Tapi saat melihat iklan Ibu Iskandar dan juga dari mereka yang mendapat pinjaman darinya seperti (Angga Annisa, Aditya Aulia antara lain). Saya memutuskan untuk mendaftar jadi Ibu meyakinkan saya bahwa jika pinjaman saya berhasil disetujui dalam beberapa jam, pencairan akan terwujud. Awalnya saya takut tapi segera setelah pinjaman saya disetujui oleh Direksi beberapa jam kemudian cacount saya (BNI) dikreditkan tanpa ada tekanan. ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM memang asli dan sangat dikenal sehingga Anda bisa menghubungi Ibu throu kontak berikut ini. alamat:
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com))
BBM INVITES: ((D890E0B))
Facebook ((www.facebook.com/iskandar.lestari.7))
Website: ((iskandarlestari.wordpress.com))
Atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya jika Anda memiliki pertanyaan untuk diajukan melalui ((yunartowijaya7@gmail.com
Post a Comment