PUTRAJAYA 29 Sept. - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komoditi percaya peruntukan Bajet 2013 sebanyak RM432 juta untuk
program penanaman semula pokok kelapa sawit mampu melonjakkan kembali
harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana
dengan peruntukan tersebut sudah pasti mampu memberi impak yang besar
kepada aktiviti huluan dan hiliran industri tersebut.
Katanya, ditambah pula dengan adanya beberapa perayaan dan festival
utama dalam tempoh terdekat ini, sudah pasti permintaan terhadap
minyak masak sawit akan meningkat.
``Harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami penurunan kerana
kelembapan ekonomi negara-negara pengimport, khususnya di benua Eropah
dan juga peningkatan pengeluaran minyak soya di Amerika Syarikat
(AS),'' katanya kepada pemberita selepas menyertai program Berjalan
Untuk Kesihatan anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi di sini hari ini.(UTUSAN ONLINE-TERKINI).POSTED BY ABNMULYA AT 12.07 AM ON SEPTEMBER,30,2012.
No comments:
Post a Comment