KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin (gambar kanan) menyifatkan bajet bayangan yang dibentang Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai mengecewakan dan tidak
realistik.
Menganggap tiada apa yang istimewa tentangnya, beliau yang juga Ketua
Pemuda Barisan Nasional (BN) membidas pembentangan bajet itu kerana
terlalu banyak menciplak idea yang sudah atau sedang diusahakan
pemerintah.
Antara idea yang ditiru tegasnya ialah penubuhan Lembaga Perumahan
Nasional bertujuan membina rumah mampu milik untuk masyarakat bandar
iaitu sesuatu yang sedang dijalankan kerajaan melalui Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA).
"Contoh kedua, kononnya mereka mahu menguatkuasakan undang-undang
antipersaingan. Tidakkah mereka sedar Suruhanjaya Persaingan Malaysia
(MyCC) sudah diluluskan di Parlimen bagi memastikan tiada unsur monopoli
dalam industri strategik?
"Contoh ketiga, pembinaan Lebuh raya Pan Borneo bagi memancing undi
rakyat Sabah dan Sarawak. Perkara itu juga sudah dicadangkan BN dan kini
sedang diusahakan pembinaannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di
sini hari ini mengenai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN)
yang bakal berlangsung di Dataran Senawang bermula Sabtu depan.
Turut hadir pengerusi penganjur karnival, Nazir Hussin Akhtar Husin,
Pemangku Pengurus Besar Jobs DB Malaysia Sdn. Bhd., Steven Seek dan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone International Bhd., Lau Bik
Soon.
Khairy berkata, pembangkang jelas cuba mengaburi mata rakyat dengan
menjanjikan perkara yang memerlukan perbelanjaan besar tanpa menjelaskan
dari mana datangnya wang untuk menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan.
"Mereka kononnya hendak hapuskan duti eksais, tol serta menurunkan
harga minyak. Dalam perkiraan saya bajet mereka memerlukan sebanyak
RM200 bilion.
"Dari mana mereka hendak dapat dana? Ada mereka jelaskan? Anda tunggu
penjelasan saya mengenai perkara ini di Parlimen nanti," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan Anwar agar lebih berhati-hati
dalam memberi kenyataan meskipun jika benar-benar 'terdesak' untuk
menyenangkan hati sekutunya di barat.
"Berhubung kenyataan Anwar seperti dilaporkan akhbar The Scotsman,
saya rasa tindakan dilakukannya itu tidak betul. Kadang-kadang saya
tengok beliau keterlaluan untuk menyenangkan hati dunia barat.
"Pas pun berdemonstrasi dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah
tetapi pemimpinnya diam pula apabila Anwar membuat kenyataan sebegini.
Apa kita boleh buat?" soalnya sinis(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.23 am on Sept.,30,201`2.
No comments:
Post a Comment