Oleh Nomy Nozwir
September 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Sept – MCA hari ini mengatakan Bajet 2013 adalah ‘bajet
mesra rakyat’ yang meliputi semua sektor dan masyarakat menurut
presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.(gambar kanan).
Katanya, bajet kali ini memperincikan banyak perkara dan mengambil kira semua kebajikan masyarakat secara keseluruhannya.
“Pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 ke 5 peratus dalam keadaan ekonomi
dunia tidak menentu, dan seperti yang dijanjikan oleh perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak, defisit dapat dikurangkan kepada 4 peratus dari
4.5 peratus.
“Sementara itu ada peruntukan sebanyak RM10 billion untuk industri
kecil dan sederhana, jadi ini adalah langkah persediaan untuk menghadapi
gaji minima tahun hadapan,” kata Dr Chua (gambar) dalam kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Katanya lagi, perbelanjaan sebanyak RM500 juta untuk peruntukan
guru-guru dalam bidang tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik diberikan pada masa yang tepat.
Beliau juga berterima kasih kepada perdana menteri kerana menyediakan
RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan menunjukkan bahawa
kerajaan masih mengiktiraf pendidikan Cina di negara ini.
“Selain itu, peruntukan untuk usahawan muda yang berjumlah RM50 juta
diharap dapat membantu golongan tersebut menceburi bidang perniagaan.
“Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar untuk mereka yang berusia 21-30 tahun juga dapat menggembirakan golongan muda.
“Dan pembinaan 123,000 unit rumah mampu milik diharap dapat
menyelesaikan masalah kekurangan rumah di kalangan masyarakat yang
semakin meruncing,” kata Dr Chua.
Dr Chua juga memuji langkah kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1
Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) untuk golongan yang berpendapatan rendah,
disamping diperluaskan kepada golongan muda kerana ini yang
diperjuangkan oleh MCA selama ini.
“Yang paling penting ialah kerajaan meluluskan lebih banyak kamera
litar tertutup (CCTV) untuk dipasang bagi memastikan kejadian jenayah
dapat dikurangkan.
“Selain itu, kesediaan kerajaan menyediakan unit peronda
bermotorsikal diharap dapat mengurangkan jenayah di kawasan perumahan
yang kian berleluasa,” kata presiden MCA itu lagi.
MCA juga berharap perbelanjaan kali ini tidak ada ketirisan,
sebaliknya perbelanjaan ini dibelanjakan dengan berhemah, serta
rasionalisasi subsidi harus dilihat agar tidak membebankan pengguna.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 2352 hrs on September 29,2012.
No comments:
Post a Comment