Friday, September 21, 2012

Pakistan isytihar cuti anjur protes



Seorang penunjuk perasaan Pakistan melempar gas pemedih mata ke arah polis antirusuhan semasa satu demonstrasi membantah penerbitan filem anti-Islam dan kartun Nabi Muhammad di Islamabad, Pakistan, semalam. - AFP

PESHAWAR 21 Sept. - Tunjuk perasaan membantah filem-anti Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW terus memuncak di Pakistan hari ini, mengakibatkan 16 maut sementara 195 yang lain cedera.
Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di jalan-jalan raya di seluruh negara, selepas kerajaan mengisytiharkan cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat bantahan.

Kawalan keselamatan di seluruh Pakistan turut diperketatkan dengan kedai dan premis perniagaan ditutup, manakala jalan raya yang biasanya sibuk menjadi lengang selepas semua parti politik utama dan pemimpin agama menggesa tunjuk perasaan sepanjang hari diadakan.(Utusan online-luar negra)Posted by abnmulya at 1309 hrs on September 22,2012.
.

No comments: