Friday, September 21, 2012

Ribuan umat Islam protes.

Oleh ZABRY MOHAMAD, RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, KAMIL MASLIH, ASMA HANIM MAHMOOD dan ZAAIN ZIN

Sebahagian daripada kira-kira 300 peserta berarak membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad di Kuching, Sarawak, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ribuan umat Islam seluruh negara hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk bergabung suara dengan berhimpun bagi mengutuk keras penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS) dan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis.

Dalam protes aman yang dianjurkan serentak iaitu selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini, para peserta perhimpunan aman itu antaranya melaungkan seruan Allahuakbar serta meminta masyarakat dunia menghormati agama lain termasuk Islam.

Di ibu negara, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan bantahan itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pergerakan Pemuda UMNO serta di hadapan Kedutaan AS, anjuran Dewan Pemuda Pas.(Utusan online-dalam negeri)posted by abnmulya at 12.57 noon on Septeember 22,2012.
...

No comments: