KUALA LUMPUR 27 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan
tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pilihan raya kampus
baru-baru ini.
Menyifatkan proses pilihan raya itu sebagai satu manifestasi
berhemah, Perdana Menteri berharap para pelajar berkenaan dapat
berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara.
"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus
baru-baru ini. Manifestasi demokrasi yang berhemah. Semoga berkhidmat
dengan gigih untuk universiti dan negara," katanya menerusi laman
Twitter malam tadi.
Pilihan raya kampus sesi 2012/2013, yang diadakan bagi memilih wakil
pelajar baharu dengan mandat bertugas selama setahun, menyaksikan
penguasaan calon proaspirasi apabila menang di sebahagian besar
universiti di negara ini.
Sementara itu, dalam tweet berasingan hari ini, Perdana Menteri turut
menyarankan agar nilai perpaduan dipupuk kepada rakyat pada usia yang
masih muda.
Beliau berkata kecintaan kepada negara akan datang secara semulajadi apabila seseorang itu menghargai keamanan.
"Pendedahan kepada nilai perpaduan patut dipupuk pada umur amat muda
kerana kecintaan kepada negara datang secara semulajadi apabila kita
menghargai perpaduan," katanya. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2351 hrs on Sept.,27,2012.
No comments:
Post a Comment