KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) - Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.
Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di
sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber
cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai
jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus
sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan
atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang
dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga
sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran
udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati
apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus
matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. - BERNAMA
Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at12.05amon Oktober 03,2012.
No comments:
Post a Comment